Wednesday, November 23, 2011

Sarapan itu PENTING!!!!!!!





Membantu anda lebih fokus dan pantas!
Kajian mendapati sarapan akan membantu meningkatkan konsentrasi, kemahiran menyelesai masalah dan menajamkan lagi koordinasi mata dan tangan. Oleh itu, anda dinasihatkan bersarapan terlebih dahulu sebelum mula bekerja.

Bantu capai berat badan ideal
Kajian juga mendapati individu yang memilih bersarapan secara sihat mampu mengekalkan berat badan ideal berbanding mereka yang tidak konsisten waktu makannya. 

Memilih untuk bersarapan akan mengurangkan rasa lapar menjelang tengahari malah mampu menjadikan anda lebih bijak dalam memilih jenis makanan pada waktu makan yang berikutnya.

Menurut kajian lain, 80% daripada mereka yang berjaya menurunkan berat badan adalah mereka yang bersarapan dan mereka juga cenderung memilih diet rendah lemak.

MENU SARAPAN RENDAH LEMAK YANG SESUAI DICUBA
-Telur hancur digaul bersama sedikit susurendah lemak dan hirisan sayuran. Nikmati begitu sahaja tau bersama dua keping roti mil penuh.
- Susu kocak dengan gabungan buah kesukaan anda bersama yogurt rendah lemak.
- Bijrin sarapan dicampur bersama kekacang dan kismis. Nikmati bersama susu rendah lemak.
- Yogurt tanpa perisa dengan sebiji buah epal.
- Telur separuh masak.
- Lempeng pisang digaul sedikit kelapa.
- Bihun goreng dengan melebihkan sayuran serta isi ayam tanpa kulit untuk keperluan protein.
- Sesekali anda boleh nikmati nasi lemak tetapi hadkan pada anggaran dua senduk nasi sahaja.
- Biskut mil penuh ataubiskut kraker juga boleh dinikmati bersama segelas susu atau jus segar.

Jika anda memilih kuih-muih, pastikan dalam kuantiti di berikut;

- 1 biji karipap
- 2 ketul kuih lapis
- 1 biji cucur badak
- 1 biji pau kacang merah, kaya atau kacang hijau
- 2 ketul kuih talam
- 1 ketul ketayap

Jadi, mulakan hari anda dengan bersarapan!




No comments:

Post a Comment