Saturday, March 9, 2013

Panduan Diet Air Putih...

Diet air putih ini tidak sesuai diamalkan oleh anda yang mengalami masalah kesihatan terutamanya jantung, diabetes dan sebagainya




Berikut adalah panduan untuk mengamalkan diet air putih;

PERTAMA
Seseorang yang melakukan diet air putih mestilah mengatur sebarang aktiviti yang dilakukan. Jangan melakukan aktiviti yang memerlukan banyak tenaga dan boleh mengeluarkan peluh yang banyak.

KEDUA
Sebelum anda ingin melakukan diet air putih, pastikan anda mendapat nasihat daripada pakar, lebih-lebih lagi anda yang mempunyai penyakit jantung dan diabetes.

KETIGA
Jika anda melakukan diet air putih lebih dari seminggu tetapi tidak boleh meninggalkan rutin lain yang biasa dilakukan, anda boleh memasukkan jus buah.

KEEMPAT
Tidak dibenarkan sama sekali diet menggunakan air mineral. Anda harus menggunakan air suling yang mempunyai sifat magnetik untuk meningkatkan proses detoksifikasi

KELIMA
8-10 hari sebelum anda melakukan diet air putih, anda perlu makan lebih banyak buah dan sayuran, minuman jus sayuran dan jus buah. Ini untuk membantu mempersiapkan badan untuk detoksifikasi.

KEENAM
Dalam tempoh anda melakukan diet ini, kemungkinan anda mengalami masalah pening dan pusing secara tiba-tiba. Jadi, anda diingatkan supaya berhati-hati ketika berdiri, menarik dan hembus nafas untuk meningkatkan pengaliran darah.

KETUJUH
Jauhi makanan berat yang berlemak, berminyak dan makanan pedas. Elakkan daripada makan secara berlebihan. Jika anda tidak mengubah kebiasaan makan, kemungkinan berat badan and aakan bertambah dengan cepat.

Friday, March 8, 2013

Manfaat Lain Diet Air Putih..

Seseorang yang diet dengan minum air putih selama 12 minggu sebelum makan sebanyak tiga kali sehari, mereka dapat mengurangkan berat badan  sebanyak 2-3kg. Oleh itu, banyakkan minum air putih kerana ia adalah cara mudah, menyihatkan tanpa ada kesan sampingan, selain membuang toksin dalam badan dan melancarkan penghadaman.



1. Lebih Kenyang
Sebelum anda mengambil hidangan utama, minumlah segelas air putih. Hasilnya, ia akan membuatkan anda tidak terlalu lapar sehingga jumlah makanan berkurangan

Selain itu, minum air putih dalam jumlah yang cukup dapat membantu meningkatkan metabolisme badan dan mengurangkan keinginan untuk mengunyah. Tidak dinafikan keinginan untuk makan timbul akibat rasa haus.

2. Tingkatkan Metabolisme Badan
Ia membantu anda kerana apabila badan kekurangan cairan, metabolisme badan berjalan dengan lebih lambat dan proses pembakaran lemak pada badan berada pada tahap maksimum.

Ahli kesihatan turut mengatakan dengan minum segelas air suam setiap pagi, ia dapat meningkatkan fokus pada fikiran.

3. Rehidrasikan Badan
Jika seseorang mengalami dehidrasi, tindakbalas pada badan akan menjadi lambat dan boleh mengakibatkan seseorang itu jatuh sakit. Oleh itu, badan memerlukan cairan agar dapat berfungsi dengan lebih baik. Tambahan lagi, ia akan membuatkan kulit anda menjadi halus, lembab dan rambut lebih sihat.

4. Otot-otot Tetap Sihat
Air membantu dalam pembentukan otot-otot dalam badan. Apabila badan terhidrasi dengan baik, anda pun dapat bersenam dengan maksimum. Selain itu, air dapat memebuatkan anda lebih segar selepas melakukan senaman berat.

5. Mengeluarkan Toksin Dalam Badan
Apabila anda minum air dalam jumlah yang cukup, badan anda akan mengeluarkan toksin dalam badan terutamanya ketika aktiviti membakar kalori. Kekurangan cairan juga boleh menyebabkan pembengkakan pada pergelangan kaki.

6. Menjaga Kesihatan Seluruh Organ Badan
Seseorang yang minum air yang cukup setiap hari mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah, kesihatan lebih baik dan memperbaiki fungsi hati dengan maksimum.
Sistem imunisasi anda lebih baik, tidak mudah sakit dan lebih bertenaga ketika bersenam.


10 Cara Kekal Langsing Tanpa Berdiet Bermati-matian..




1. PORSI KECIL
Jika anda ingin tetap langsing, pesanlah makanan anda dalam jumlah yang sedikit. Ahli gizi, Stephanie Middleberg menyarankan supaya memesan makanan dalam jumlah yang sedikit seperti kopi, sup atau yogurt.

2. SALAD @ SUP
Makanan ini mengandungi sedikit kalori dan membantu memenuhi perut anda. Pesanlah sup atau salad sebelum anda beralih kepada menu utama.

3. SARAPAN
Jangan lupa mengambil sarapan sebelum memulakan sebarang aktiviti. Sarapan boleh mengelakkan anda daripada mengambil kalori yang berlebihan pada waktu malam.

4. ELAK MAKAN DEPAN TV
Jika perut terasa lapar ketika menonton, ambillah snek yang kaya dengan serat atau makanlah buah-buahan

5. ELAK MAKAN LEWAT MALAM
Cara lain untuk menjaga berat badan adalah tidak makan sebelum tidur. Biasanya kalori akan memberi tenaga pada badan dan anda tidak perlukan tenaga semasa tidur.

6. JANGAN AMBIL PAKET GULA
Ketika menikmati kopi atau teh yang kurang manis, elakkan daripada menggunakan gula dalam paket (sachet). Cukup dengan satu sudu teh gula atau gantikan dengan madu atau sirap maple.

7. MAKANAN KECIL
Semasa keluar berjalan-jalan, pastikan anda mengambil makanan seperti buah-buahan atau sayuran agar perut tidak kosong. Jika tidak, kemungkinan and akan memesan makanan yang berlebihan.

8. GANDUM
Ambillah makanan seperti roti gandum kerana gamdum akan membuatkan perut anda kenyang lebih lama dan menjaga paras gula darah berbanding roti tawar biasa.

9. BAHAGIKAN MAKANAN
Sebelum anda makan, kongsikan 1/4 jumlah hidangan makanan anda dengan pasangan atau kawan-kawan.

10.MULAKAN BERSENAM
Anda tidak semestinya ke gimnasium untuk tetap sihat. Hanya mulakan dengan berjalan kaki atau naik turun tangga sekurang-kurangnya tiga jam dalam seminggu.



Wednesday, March 6, 2013

4 Jenis Makanan Berisiko Membawa PENYAKIT...

Makanan memang sedap dimakan, namun haruslah berpada-pada dalam mengawal nafsu makan. Antara 4 jenis makanan yang berisiko membawa penyakit ialah makanan yang


1. Mengandungi Terlalu Banyak Lemak dan Kolesterol

Daging, telur dan hasil tenusu seperti mentega dan keju adalah sumber protein, vitamin dan galian yang baik tetapi ia juga mengandungi banyak lemak dan kolesterol. Begitu juga dengan makanan berproses dan snek contohnya kentang goreng.



2. Mengandungi Terlalu Banyak Gula

Kek, coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat atau serat.



3. Mengandungi Terlalu Banyak Garam

Makanan segera, makanan bertin, daging diawet dan makanan ringan bergaram. Berisiko menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit atau 'edema'.


4. Mengandungi Terlalu Sedikit Serat

Tanpa pengambilan serat, makanan mengambil masa 70 -80 jam untuk melalui saluran penghadaman. Kurangkan masa yang diambil makanan bagi melindungi serangan usus besar dan rektum.