Friday, January 20, 2012

5 TIPS Mudah Atasi Masalah Perut Buncit..



MINUM AIR
Perut penuh adalah disebabkan oleh penyimpanan air, kurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Ia akan mencairkan kepekatan garam dalam tubuh dan meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan.

MAKAN DENGAN PERLAHAN
Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul, tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Terlalu banyak garam hanya akan menambahkan lagi garam dalam tubuh dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

HINDARI SEMBELIT
Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

OLAHRAGA
Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke pundi hempedu untuk keluar sebagai air kencing.

Thursday, January 19, 2012

9 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan.

SUCIKASIHCOLLECTION

 Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang.JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

1. Sering letih dan lesu
2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.

3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.

4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
 5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.

6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.

7. Cepat marah dan mudah murung.


8. Kitaran haid tidak normal.

9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.

Wednesday, January 18, 2012

7 TIPS Permulaan Merangsang Diri Untuk Cergas...

Jika anda mengalami masalah berat badan, meningkatkan kecergasan diri merupakan satu langkah efektif bagi menangani masalah anda. Selain membantu usaha menurunkan berat badan, senaman boleh meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Malah pergerakan lebih cepat, paru-paru boleh bekerja lebih cekap dan anda akan rasa lebih HEBAT dan BERTENAGA...

Mari kita lihat 7 TIPS untuk merangsang diri kita supaya CERGAS...


1.MOTIVASI

Tanamkan motivasi dalam diri anda. Motivasi diri merupakan penggerak paling utama yang akan membantu otak kita memprogram diri bagi mencapai matlamat..Tetapkan motivasi untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan anda atau untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.


2.SUKA RELA

Anda suka rela berusaha bersenam untuk langsing dan sihat. Keinginan suka rela adalah penting bagi memastikan usaha anda berterusan bagi jangka masa panjang. Jika tidak, anda akan rasa terbeban dan usaha anda tidak akan berkekalan untuk masa yang lama. Bagaimana anda ingin melihat hasilnya jika anda cepat putus asa?

3. NASIHAT DAN TUNJUK AJAR PAKAR

Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar pakar. Yang ini bergantung kepada kemampuan anda. Sekiranya anda mampu, anda boleh menyertai kelas gimnasium yang menyediakan instruktor yang boleh membantu mencapai sasaran anda. Atau anda boleh menyertai kelas aerobik dengan bayaran lebih murah dari khidmat gim. Malah anda boleh membeli CD senaman dan ikuti gerak langkahnya di rumah.

4.TETAPKAN SASARAN JANGKA PENDEK

Tetapkan sasaran jangkamasa pendek. Contohnya, sasarkan senaman atau aerobik 3 kali seminggu minima 30 minit satu sesi dan penurunan berat 0.5kg -1.0 kg seminggu. Cuba capai sasaran jangka pendek dulu, barulah anda akan termotivasi untuk mencapai sasaran yang lebih besar.

5. KIRA BMI SEKARANG DAN BMI SASARAN

Kira BMI anda sekarang dan tentukan anda berada di tahap mana sekarang. Kemudian kira berapa BMI ideal bagi anda,kemudian tentukan berapa jumlah kg yang perlu anda turunkan dari sekarang. Sekiranya anda perlu turun 15kg, maka sasarkan 1 kg seminggu. Oleh itu, anda perlu sekurang-kurangnya 15 minggu untuk mencapai sasaran anda..Setkan dalam minda anda, pastikan anda mampu capai target tersebut.

6.RANCANG JADUAL MENU HARIAN
 
Rancang jadual menu harian anda. Tentukan jumlah kalori yang anda boleh ambil sehari dan elakkan pengambilan gula, garam dan minyak berlebihan. Contohnya, jika anda biasa minum minuman manis pada waktu pagi, tengahari dan petang, cuba kurangkan pengambilan kepada 2 atau 1 kali sahaja sehari. Gantikan minuman manis dengan air kosong kerana kalorinya adalah sifar.

7. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL 
 
Anda boleh banyakkan aktiviti fizikal tidak kira di pejabat atau di rumah seperti menaiki tangga ke pejabat, letak kereta di tempat yang sedikit jauh, berkebun, mengemas rumah, menyapu sampah, mengemas rak buku, mengemas almari, mengemop lantai, mengelap cermin rumah atau membasuh kereta.

Friday, January 13, 2012

Jenis Bentuk Badan Anda dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda...

BENTUK EPAL

Bentuk anda: Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki juga langsing.

Maksudnya: Keseimbangan antara hormon seksual termasuklah testosteron dan estrogen dan hormon tekanan misalnya serotonin dan 'dopamine' mungkin boleh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di sekitar pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin menjadi sebegini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah dan terlalu sedikit aktiviti.


contoh bentuk badan epal

Isu Kesihatan: Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.

BENTUK PEAR

 Bentuk anda: Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha yang besar.

Maksudnya: Berita baiknya lemak yang ada pada bahagian punggung dan paha anda tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan juga diabetes. Jadi jangan risau dengan saiz punggung yang lebar.




contoh bentuk badan pear
Isu Kesihatan: Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

BENTUK PISANG
Bentuk anda: Anda memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki (lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.

Maksudnya: Berita baiknya ialah risiko untuk anda mendapat penyakit jantung, diabetes, dan kanser payudara sangat rendah. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai lemak tubuh berbanding otot, anda tetap berisiko.

contoh bentuk badan pisang
Isu Kesihatan: Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan pengambilan kalsium.

BENTUK AVOCADO
Bentuk anda: Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha anda akan kelihatan beroto dan kuat.

Maksudnya: Anda berisiko mendapat tiroid. Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar menurunkannya. Orang yang mempunyai berat badan ini mudah diserang tekanan dan sukar tidur.


contoh bentuk badan avocado
Isu Kesihatan: Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah anda. cubalah untuk sentiasa hidup riang.

Sumber: Majalah Rapi, Bil. 139.



Thursday, January 12, 2012

Apa Bahaya TOKSIN Terhadap Tubuh ????


Toksin badan berkumpul kerana beberapa faktor. Toksin masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, udara, kosmetik dan sumber-sumber lain. 

Apa itu toksin?
Toksin adalah bendasing dalam badan yang tidak dikenali oleh badan dan tidak disimpan dan cuba disingkirkan oleh organ perkumuhan seperti hati dan ginjal. Toksin juga bendasing yang biasanya cuba dikeluarkan oleh peluh melalui pori-pori kulit atau ditolok keluar dari badan melalui pundi atau kolon (usus).

Apa Bahaya Toksin?
Masalah kesihatan berlaku akibat perasa dan pewarna tiruan, bahan penjeruk, racun serangga, dan makanan diproses yang bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser dan toksik yang meracun badan dan darah. Kanser bukanlah satu-satunya masalah kesihatan yang boleh berlaku namun ia adalah yang paling sering berlaku kerana toksin..
Satu lagi penyakit yang boleh berlaku ialah Lupus. Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan badan menyerang diri sendiri dan organ-organnya. Lupus berlaku kerana toksin terdapat dalam darah dan organ badan serta badan tidak boleh membezakan toksin dengan organ yang mengandunginya.


Selain kesan diatas, toksin terutamanya racun serangga dan logam berat boleh meyebabkan sakit otot, keletihan dan tekanan. Toksin menyebabkan anda lemah dan sukar untuk fokus. Jika anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang, toksin-toksin ini akan masuk kedalam badan setiap hari dan tidak dinafikan anda akan merasa kesan negatif daripadanya...

Tuesday, January 10, 2012

Kurangkan KALORI Tanpa Kurangkan Makan???

Prinsip paling mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Anda dinasihatkan mengurangkan 500kcal kalori sehari daripada pengambilan kalori harian sekiranya ingin susut antara 0.5kg - 1.0 kg seminggu. Akan tetapi, anda dinasihatkan JANGAN BERLAPAR kerana ia akan menurunkan metabolisme tubuh. Maka, badan tidak akan menyusut walaupun anda berlapar..

Jadi, macam mana caranya anda nak KURANGKAN KALORI tanpa KURANGKAN MAKAN?

TIPS PERTAMA

1. Pilih makanan yang berNILAI tinggi

Makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi biasanya mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah air yang sedikit. Jadi, berhati-hati memilih makanan sebegini. Lebih tinggi faedah kesihatan yang terkandung dalam makanan, lebih rendah jumlah kalorinya maka ia lebih baik untuk anda.

Contohnya,

Satu set Mc Chicken Mc Donald mengandungi;

1 biji  burger Mc Chicken : 365 kcal
Kentang goreng (medium sized) : 360kcal
1 gelas Coca cola: 105kcal
Jumlah: 830 kcal
(41.5% daripada pengambilan 2000kcal keperluan kalori harian)

Satu set nasi ayam mengandungi;

1 mangkuk nasi ayam, 1 ketul ayam panggang, sedikit salad dan tomato, sedikit kicap dan sos, serta semangkuk kecil sup : 600kcal

(30% daripada pengambilan kalori harian 2000kcal)







Bandingkan antara dua makanan di atas, yang mana akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan lebih berkhasiat dari segi kandungan nutrisinya. Malah, anda boleh bandingkan yang mana lebih kurang kualiti makanan contohnya mempunyai paras lemak dan gula yang lebih tinggi?

TIPS KEDUA
Pilih cara penyediaan makanan yang sihat, misalnya bakar, kukus atau rebus. Juga kurangkan penggunaan santan dan minyak dalam penyediaan makanan.


Contohnya;

Kalori seketul ayam goreng: 255kcal












Kalori seketul ayam bakar: 173kcal







Jadi, antara dua pilihan di atas? Yang mana satu pilihan anda, tepuk dada tanya minda anda...



TIPS KETIGA

Kawal saiz hidangan anda. Lebih baik anda makan dalam saiz hidangan kecil tetapi kerap (5 kali sehari) daripada makan dalam saiz hidangan besar tetapi tidak kerap (2-3 kali sehari). Ini kerana, makan lebih kerap dalam saiz yang kecil boleh meningkatkan metabolisme tubuh. Sebaliknya, makan dalam saiz yang besar walaupun hanya 2 kali sehari akan menyebabkan anda mudah rasa lapar dan mendorong anda makan lebih banyak. Malah, masa makan yang agak jauh akan menyebabkan metabolisme badan menurun.



TIPS KEEMPAT
Baca label makanan...

Contoh
Label makanan ini menunjukkan;

1. Serving size ( saiz hidangan) : jumlah yang diambil sekali makan ialah 1/2 cawan (114g)

2. Calories (kalori bagi sekali hidangan) : 90kcal

3. Serving Per Container (Jumlah hidangan dalam satu pek) : 4, maksudnya satu pek ini ialah untuk 4 kali makan

4. Bahan - bahan lain dalam hidangan :
    sodium (kandungan garam) : 300mg bagi setiap hidangan (114g)
    Dietary fiber (serat) : 3g bagi setiap hidangan (114g)

5. Nutrien-nutrien lain
    Vitamin A: 80%, Vitamnin C: 60%, Calcium: 4% dan Iron 4%
   
Dengan membaca label makanan, anda boleh menentukan saiz hidangan yang perlu anda ambil dan berapa jumlah kalori yang anda makan..

Selamat mencuba, dengan azam & disiplin pasti anda akan berjaya...

Sunday, January 1, 2012

10 KESAN Terbaik Turunkan Berat badan...

1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Dalam satu kajian di Sweden, para pengkaji menggunakan imbasan CAT bagi mengukur saiz otak 290 wanita lingkungan usia 70an.

Hasil mendapati, wanita yang mempunyai masalah kebocoran kecil pada otak mereka pernah berhadapan masalah berat badan semasa usia muda. Manakala, wanita yang sihat sel otaknya tergolong dalam kelompok yang mempunyai berat badan ideal semasa muda.

Masalah kebocoran kecil ini mengurangkan daya ingatan seseorang.Pakar sains percaya, penyakit salur darah yang dihidapi penghidap obesiti boleh mengganggu peredaran darah ke sel-sel otak, seterusnya boleh membunuh.

2. JIMAT WANG

Kajian membuktikan seseorang perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5% bagi menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak RM3000 dalam setahun.

3. LEBIH KUAT

Kajian terhadap 9400 dewasa pertengahan umur mendapati orang dewasa yang mempunyai perut berlapis (spare tires) lebih berisiko menghadapi masalah lemah otot dan daya bersenam yang rendah sebanyak 57%.

4. PANJANGKAN JANGKA HAYAT JANTUNG

Risiko masalah pada dinding jantung dan denyutan jantung tidak normal adalah 50% lebih tinggi di kalangan pesakit obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal dan sihat. Obesiti boleh menyebabkan atrium jantung (bahagian atas jantung sebelah kiri) meregang dan seterusnya menyebabkan denutan jantung semakin laju dan tidak selari.

5. LINDUNGI LUTUT

Setiap satu paun berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis (masalah lutut yang melanda usia 40an) sebanyak 10% hingga 15% dikalangan wanita dan 5% hingga 10% dikalangan lelaki.

6. ELAK KANSER

Kajian mendapati, mereka yang berlebihan berat badan tetapi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun atau lebih mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 21%.

Wanita yang obes juga berisiko menghidap kanser endometriosis sebanyak tiga kali ganda berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.

7. MUDAH BERNAFAS
Kajian menunjukkan, bagi individu obes, setiap 10% berat badan yang turun membantu melancarkan fungsi paru-paru sehingga 5%. Mereka yang berjaya menurunkan 25% berat badan pula akan melancarkan sistem pernafasan sebanyak 10%. 

Berat badan berlebihan mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otot-otot pernafasan seterusnya menyebabkannya terpaksa bekerja lebih keras dan kurang efektif.

8. LUASKAN SALURAN DARAH

Mereka yang obes yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 7% mampu mengelakkan gejala kerosakan pada salur darah. Keadaan ini secara tidak langsung mangatasi masalah atherosclerosis, serangan sakit jantung dan strok.

9. KESEIMBANGAN BADAN

Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membuatkan seseorang itu sukar mengawal tubuh badannya, walaupun dengan bantuan persenyawaan in vitro (IVF). 

Kajian terhadap 372 wanita yang menjalani IVF mendapati, mereka yang obes mempunyai 32% lebih rendah peluang untuk hamil berbanding wanita dengan berat badan ideal.

Mereka yang obes juga berisiko mengalami keguguran kandungan sehingga 43% daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

10. MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN

Kajian terhadap  612  wanita oleh University North Carolina mendapati wanita yang obes memerlukan masa yang lama sehingga dua jam semasa proses kelahiran anak berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.

Tidur Lama Penyebab Badan Lesu?


Pernahkah anda terasa begitu mengantuk walaupun anda tidur lama?
Sedangkan pada hari biasa hari bekerja, anda tidak pula berasa mengantuk.

Sebenarnya, kelesuan berlaku kerana ANDA TERLEBIH TIDUR! Mengapa?
Timothy Rogers, Pengarah Pusat kajian masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit mengatakan tabiat tidur lama pada hari minggu telah mengganggu pusingan biologi dalam tubuh anda.

Apabila kita bangun dari tidur dengan tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon kortisol akan terganggu. Hormon ini adalah sejenis hormon kecergasan. 

Jika anda bangun awal dan terus sahaja bergerak aktif selepas itu, ia sebenarnya dipengaruhi hormon kortisol. Maka, apabila anda bangun lewat anda telah 'terlepas' dari menggunakan hormon ini. Itulah yang mengakibatkan rasa lesu dan keletihan.

8 TIPS Mencegah Gastrik dan Ulser Perut..

1. Jika sering rasa sakit perut, segeralah berjumpa doktor bagi mengenalpasti punca sebenar.


2. Elak makan ubat tahan sakit aspirin, ibuprofen atau lain-lain ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs). Gantikan dengan parasetamol . Pengambilan ubatan berasaskan herba juga tidak digalakkan. 


3. Makan secara bijak. Makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit. Ini boleh menampan penghasilan asid perut.


4. Elak makan makanan pedas, masam dan makanan yang dijerukkan. 


5. Kurangkan pengambilan makanann berminyak, bergoreng dan berlemak.


6. Berhenti merokok. Asap rokok memberi kesan kepada penghasilan asid dalam perut. 
Merokok menambahkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka, dan meningkatkan risiko ulser menjadi kanser.




7. Bersenam secara konsisten mampu membantu anda untuk mengurangkan risiko diserang pelbagai penyakit.


8. Tangani masalah dan tekanan yang anda alami. Emosi negatif seperti kemurungan, depresi, dan suka marah mampu mencetuskan masalah gastrik. Sentiasa bertenang dan luahkan masalah anda dengan keluarga atau teman rapat  yang boleh dipercayai.