Monday, February 18, 2013

TIPS Sihat Hadapi "MONDAY BLUES"


1. Senaraikan apa yang perlu anda lakukan pada hari Isnin.
Lakukannya ini pada hari Jumaat. Ini penting agar hari Ahad anda tidak terganggu dengan senarai kerja "tiba-tiba ada"

2. Janganlah bermalas-malasan di atas katil sepanjang hari cuti.
Aktifkan diri dengan pelbagai kegiatan cergas agar momentum tenaga anda sentiasa berada di tahap terbaik.

3. Usah keluar malam Isnin (hari Ahad).
Buat apa memenatkan diri kalau anda tahu yang anda perlu "berjuang" di pejabat esok harinya? Simpanlah tenaga sikit.

4. Buang jauh-jauh rasa resah.
Hendak resah sebab apa? Mahu tak mahu, kerja itu anda harus selesaikannya. Tenangkan fikiran dan rehatkan minda. Pasanglah lilin aromaterapi untuk merangsang ketenangan.

5. Sebaiknya, amalkan senaman ringan sebelum tidur.
Sebaiknya senaman itu haruslah berkaitan dengan pernafasan.


Wednesday, February 6, 2013

Cara Buang TOKSIN Dalam Badan...Pembersihan Dari Dalam



MINUM

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air atau lebih kurang 2 liter air setiap hari membantu membuang toksin yang banyak dalam badan.

Cecair membantu mengeluarkan kekotoran melalui sistem perkumuhan badan anda. Tetapi elakkan minuman manis, kopi atau teh semasa program detoks kerana ia boleh mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

SAYUR SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan nutrisi penting dan bertindak sebagai agen antioksida. Apabila anda melalui program detoks, anda perlu memastikan tubuh mengekalkan jumlah nutrisi yang konsisten untuk tenaga sepanjang hari.

Anti oksidan membantu menghadapi radikal bebas, mengukuhkan sistem imun dan melambatkan penuaan. 

BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYUR

Apabila anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda sebenarnya mengambil banyak karbohidrat dan serat. Sebagai makanan yang rendah indeks glisemik (GI), ia memberi aliran tenaga yang stabil sepanjang hari dan membantu anda mengelakkan snek yang tidak bermanfaat seperti makanan ringan.

Semasa program detoks, makanlah buah-buahan segar sebagai snek untuk menambah jumlah serat dan membenarkan badan mengekalkan kesihatan usus.

MINUM SUP

Memasak sup sayur yang menyihatkan dalam satu periuk yang besar dan menyimpan dalam bekas hidangan harian di dalam peti ais, memberikan anda keselesaan pra-penyediaan makanan yang tinggi dalam nutrisi.

Terdapat pelbagai resepi sup detoks dalam laman web yang boleh anda pilih. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan pilihan perasa sup anda.

Sungguhpun garam penting dalam diet, pengambilan garam yang terlalu banyak boleh membatalkan usaha detoks anda. Pilih garam laut semulajadi dan gunakan secara berhati-hati.

ELAKKAN TERLAMPAU MEMAKSA DIRI

Objektif melakukan program detoks adalah untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik. Pastikan anda mengikuti program yang seimbang dan mudah dicapai untuk membantu peralihan gaya hidup yang sihat dan ini termasuk pilihan makanan yang betul.

Elakkan 'pembersihan' drastik yang memakan masa pendek, menimbulkan ketidakselesaan dan kesukaran dalam jangka masa panjang.

Semoga berjaya!



CARA MENYAYANGI TUBUH ANDA






Tidak ramai yang sedar betapa pentingnya kita untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan. Setiap sepuluh tahun, orang dewasa akan kehilangan antara 2.7 - 3.2 kilogram otot yang kemudiannya digantikan dengan lemak sekiranya tidak bersenam.

Lingkungan umur 19 - 39 merupakan tempoh kritikal untuk membina kesihatan tulang. Meminum air sebanyak lapan gelas sehari adalah perkara yang paling penting. Apa yang kita tidak ketahui adalah, peningkatan umur akan mengurangkan sensitiviti seseorang untuk berasa dahaga.

Apabila kita keliru antara rasa lapar dan dahaga, kita akan lebih cenderung untuk makan berlebihan. Apa yang boleh anda lakukan adalah menghilangkan rasa lapar dengan minum lebih banyak air. 

Amalan ini bukan saja mengatasi masalah kulit kering bahkan ia juga akan membantu kita untuk mengurangkan berat badan.

Tuesday, February 5, 2013

14 PUNCA Berat Susah Nak Turun..


1. Minuman Soda
Soda adalah salah satu minuman yang mengandungi banyak gula dan kalori. Dalam satu gelas soda terdapat 65 kalori. Namun kalori ini tidak menjadikan perut kita kenyang.

Jadi, walaupun anda mengambil ekstra kalori dalam minuman ini, keinginan untuk mengambil makanan dengan jumlah yang banyak tetap ada. Dengan mengambil soda satu hingga dua gelas sehari, kemungkinan berat badan anda akan bertambah lebih 30%.

2. Kurang Tidur
Tidur kurang dari lima jam sehari pada waktu malam boleh mempengaruhi minda anda sekaligus bertanggungjawab dalam mengawal keinginan untuk makan. Jadi, semakin sedikit waktu tidur anda, semakin banyak makanan yang akan anda ambil.

Jadi, tidurlah dan berehatlah dengan cukup.

3. Tidak Bersarapan
Seseorang yang melambatkan sarapan berisiko empat kali lebih besar untuk mengalami obesiti.

Sebabnya, perut yang kosong pada waktu pagi akan melambatkan metabolisme badan dan menahan rasa lapar. Ini menyebabkan anda makan berlebihan pada waktu tengahari.

4. Makan Terlalu Cepat
Kunyahlah makanan secara perlahan-lahan kerana anda akan mengambil lebih sedikit kalori setiap kali anda makan.

Sekurang-kurangnya 20 minit masa diperlukan bagi perut menghantar isyarat ke otak bahawa and asudah kenyang.

5. Kurang Minum Air Putih
Lebih banyak anda minum, lebih cepat untuk melangsingkan badan kerana air putih memberi kesan kenyang pada perut.

Dalam kajian, seseorang yang berdiet dan minum dua gelas air sebelum makan akan kurang berat badan 30% lebih banyak berbanding mereka yang tidak minum.

6. Berkawan Dengan Orang Yang Sama Berat
Seseorang berisiko menjadi obes jika berkawan dengan orang yang obes.

Ini bukan bermaksud melarang anda berkawan dengan orang yang mengalami obesiti, tetapi gaya hidup dan pola pemakanan kawan sangat mempengaruhi.

Untuk mengelakkan penambahan berat, ajaklah kawan anda melakukan senaman rutin dan menjauhi makanan berkalori tinggi.

7. Makan Ketika STRESS
Ketika stress, anda cenderung untuk mengambil makanan yang enak seperti ais krim atau kek coklat.
Ketika keinginan untuk makan saat stress, alihkan fikiran anda dengan aktiviti senaman seperti berjalan kaki, joging atau berbasikal.

8. Makan Karbohidrat Secara Sederhana
Pengambilan karbohidrat seperti nasi putih, mi segera dan bubur ayam dapat meningkatkan hormon serotonin yang memberikan perasaan senang sehingga anda ingin makan lagi.

Anda boleh gantikan karbohidrat sederhana dengan karibohidrat kompleks seperti nasi merah dan oatmeal. Karbohidrat kompleks lebih lambat dihadam dan meningkatkan gula darah dengan stabil.

9. Terlalu Banyak Menonton TV
Ketika menonton TV, badan anda terpaku dengan TV lebih-lebih lagi dengan snek di tangan.

Seseorang yang mempunyai berat badan berlebihan dan kurang menonton TV akan membuatkan berat badan berkurang sehingga 50% atau lebih kurang 5.4kg dalam setahun.

10. Makan Dalam Pinggan Bersaiz Besar
Pinggan yang lebih besar membuatkan lebih banyak makanan yang anda akan makan, lebih banyak kalori dan lemak yang masuk ke dalam badan.

Cubalah mengambil pinggan yang bersaiz kecil agar jumlah makanan terkawal. Pinggan yang kecil akan memberi ilusi bahawa makanan yang anda ambil sudah penuh.

11. Memesan Makanan Combo
Menu combo di restoren biasanya lebih baik dari ala carte. Tetapi menu combo menyebabkan anda mengambil lebih banyak kalori tambahan.

Untuk selamat, lebih baik anda memesan menu ala carte dan hidangan yang sedikit.

12. Minum Kopi Susu
Kopi amat baik untuk kesihatan dan manfaat pembakar lemak ketika bersenam. Itupun, kopi hitam yang dicampur gula perang.

Namun, jika kopi dicampur susu seperti latte atau cappucino, ia tidak memberi manfaat kesihatan kecuali menambah kalori dan lemak.

13. Makan Dengan Potongan Besar
Seseorang yang makan dengan potongan besar dan makan dengan cepat boleh menambahkan kalori 50% berbanding mereka yang makan dalam potongan kecil dan mengunyah perlahan-lahan.

Semakin kecil saiz makanan yang masuk dalam mulut, kemungkinan besar berat badan anda akan turun.

14. Makan Lewat Malam
Seseorang yang makan selepas jam 8 malam akan mendapat lebih banyak kalori dan mempunyai indeks jisim tubuh (BMI) yang lebih tinggi.

Tidak salah makan selepas jam 8  malam, pilih makanan yang rendah gula dan lemak.

15. Malas Bersenam
Walaupun telah mengurangkan berat badan, anda mungkin tidak dapat mengecilkan bahagian pinggang tanpa senaman. Badan akan lebih cepat berisi apabila anda bersenam.

Oleh itu, buatlah rutin dengan bersenam dan motivasikan diri agar tidak malas demi mencapai target.


TIPS Diet Cara Semulajadi Tanpa Ubat KURUS..


  • Makan mestilah teratur dan mengikut waktu
  • Nikmati makanan yang rendah lemak
  •  Buat langkahan kaki sebanyak 10 000 langkah setiap hari
  • Pilih kudapan yang sihat
  • Sentiasa periksa kandungan lemak dan gula yang tertera dalam label makanan
  • Jaga jumlah makanan. Jangan tambah jumlah makanan kecuali sayuran
  • Berdiri selama 10 minit setiap satu jam
  • Katakan TIDAK pada minuman manis
  • Elakkan mengambil makanan semasa menonton televisyen
  • Ambillah sekurang-kurangnya lima hidangan buah dan sayuran setiap hari

Sunday, February 3, 2013

LIMA Cara Mudah Bakar Lemak Paha..



1. Tegakkan Badan Sambil Bersandar Pada Dinding

Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi. Cuba bertahan selama mana yang anda boleh dan berdiri tegak semula.

Kebanyakkan orang boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama. Pastikan badan anda tegak semasa dalam posisi seperti 'duduk'

Cuba capai 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga satu minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan lima kali setiap hari. Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mungkin pada mulanya agak susah tetapi lama-kelamaan anda pasti biasa melakukannya.



2. Teknik Menggunting

Mudah sahaja. Baring di atas lantai dengan kedua-dua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan seperti menggunting. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. 

Kemudian tukar kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini sebanyak 12 hingga 15 kali untuk setiap set. Anda dapat rasakan tekanan di otot-otot bahagian paha anda.



3. Pusingan Bulatan

Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai. Angkat sebelah tangan ke atas dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.

Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak lima kali sebelum mengulangi langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai Kasut Tumit Tinggi

Pakai kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot betis dan paha. Tapi harus diingat amalan memakai kasut tinggi sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur badan. Jadi anda perlu berhati-hati.

Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi dua inci.



5. Melompat Atas Trampoline

Cuba lompat di atas trampoline. Ianya sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.

Lakukan aktiviti ini selama setengah jam. Ia dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Aktiviti ini juga menarik dan boleh dilakukan bersama keluarga.

Cara Menyerlahkan PESONA DIRI ANDA...


1. Yakin Pada Diri
Jika anda yakin pada diri pastinya anda berasa selesa dan menghargai kelebihan yang dimiliki. Paling penting, terima diri seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Walaupun anda mempunyai para rupa sederhana, namun apabila mempunyai keyakinan diri orang lain akan tertarik untuk mendekati anda.

Adele adalah contoh individu yang mempunyai keyakinan diri walaupun bersaiz 'plump'
2. Berdikari
Belajarlah berdikari. Usah terlalu mengharapkan bantuan atau terlalu bergantung kepada orang lain. Keupayaan anda melakukan pelbagai perkara sendiri membuatkan teman-teman sekeliling berasa kagum.

Ia juga menyerlahkan pesona diri anda yang mempunyai pelbagai kemahiran. Namun, dalam sesetengah perkara usah malu meminta bantuan jika anda tidak mampu melakukannya sendiri

 3. Usah Menjadi Orang Lain
Jadilah diri sendiri dan usah meniru orang lain. Tetapi jangan sesekali berlagak seperti anda tahu serba serbi kerana ia akan membuatkan orang lain berasa jengkel.

Gunakan kebijaksanaan anda untuk memikat hati orang lain. Misalnya tidak lokek berkongsi ilmu dengan teman-teman.

4. Jaga Penampilan
 Selain komunikasi, anda mesti menjaga penampilan diri agar dapat menyerlahkan pesona diri. Pilih pakaian yang sesuai mengikut majlis, personaliti dan umur.

Usah mengenakan fesyen yang keterlaluan sehingga kelihatan hodoh. Ingat! jangan sesekali menjadi mangsa fesyen. Dalam masa yang sama, rapikan diri seperti bersolek secara sederhana.

5. Hormati Orang Lain
Sikap mulia ini membuatkan orang lain menghormati diri anda. Walaupun tidak suka dengan sesuatu perkara, jangan mengikut emosi meluahkan kebencian sehingga orang lain hilang hormat pada anda. Jangan mengundang kemarahan orang lain seperti memperkecilkan kebolehan teman.

Sebaliknya berilah kata-kata semangat kepada teman-teman. Cara ini membuatkan mereka rasa dihargai dan selesa dengan anda.

6. Bijak Berkomunikasi
 Anda perlu bijak berkomunikasi. Untuk sesi perkenalan, usah bertanya terlalu banyak agar orang tidak berasa rimas. Pilih topik yang menarik dan dilarang sama sekali mengutuk dan mengumpat orang lain.

Ia bagaikan cermin yang memberi gambaran negatif mengenai sikap buruk anda. Jadi berhati-hatilah berbicara agar tidak keterlaluan.

7. Pegang Pada Janji
Percaya atau tidak, sikap anda yang tidak amanah  atau mungkir janji akan mencacatkan seluruh penampilan anda. Orang akan hilang kepercayaan dan melabel anda sebagai tidak amanah.

Apabila berjanji, sebaik mungkin laksanakan janji tersebut. Jika anda amanah menjaga rahsia teman, pastinya saham anda akan semakin tinggi kerana mereka akan meletakkan anda sebagai seorang yang amanah.

8. Serlahkan Bakat Terpendam
Ramai yang mempunyai bakat tapi malu untuk tampil ke depan. Jika tidak, tiada yang tahu kelebihan yang anda miliki. Namun anda perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk menonjolkan diri.


Saturday, February 2, 2013

Tips Cara Mudah Kawal Berat Badan..



TIPS SATU

Yakini perut anda. Sering tanyakan pada diri apakah anda perlu makan? Adakah tubuh benar-benar memerlukannya atau anda cuma tertipu dengan nafsu?

TIPS KEDUA

Jika anda sudah makan dan masih berasa lapar, alihkan perasaan itu kepada perkara lain yang memerlukan tumpuan misalnya membaca majalah yang digemari, berbual dengan teman-teman atau pun menulis sesuatu di diari.

TIPS KETIGA

Nyalakan lilin beraroma. Kajian menunjukkan lilin aroma epal dan pudina dapat menahan rasa lapar.

TIPS KEEMPAT

Paling penting, pilihlah makanan yang mengenyangkan ketika makan.


Friday, February 1, 2013

Fakta Salah!!!! Berhenti Bersenam Buatkan Otot Jadi Lemak..


Walaupun berkali-kali sudah diberitahu, masih ramai yang keliru dengan kenyataan ini. Kononnya apabila berhenti bersenam, otot akan bertukar menjadi lemak. Sebenarnya otot dan lemak mempunyai tisu yang berbeza. 

Jika tidak digunakan secara maksimum, otot akan kembali mengecil. Kalaulah anda makan tanpa henti dan malas pula bersenam, itulah yang akan meneybabkan lemak kembali berkumpul. Semoga anda lebih faham dengan kenyataan ini.