Sunday, February 3, 2013

Cara Menyerlahkan PESONA DIRI ANDA...


1. Yakin Pada Diri
Jika anda yakin pada diri pastinya anda berasa selesa dan menghargai kelebihan yang dimiliki. Paling penting, terima diri seadanya kerana tiada manusia yang sempurna di muka bumi ini.

Walaupun anda mempunyai para rupa sederhana, namun apabila mempunyai keyakinan diri orang lain akan tertarik untuk mendekati anda.

Adele adalah contoh individu yang mempunyai keyakinan diri walaupun bersaiz 'plump'
2. Berdikari
Belajarlah berdikari. Usah terlalu mengharapkan bantuan atau terlalu bergantung kepada orang lain. Keupayaan anda melakukan pelbagai perkara sendiri membuatkan teman-teman sekeliling berasa kagum.

Ia juga menyerlahkan pesona diri anda yang mempunyai pelbagai kemahiran. Namun, dalam sesetengah perkara usah malu meminta bantuan jika anda tidak mampu melakukannya sendiri

 3. Usah Menjadi Orang Lain
Jadilah diri sendiri dan usah meniru orang lain. Tetapi jangan sesekali berlagak seperti anda tahu serba serbi kerana ia akan membuatkan orang lain berasa jengkel.

Gunakan kebijaksanaan anda untuk memikat hati orang lain. Misalnya tidak lokek berkongsi ilmu dengan teman-teman.

4. Jaga Penampilan
 Selain komunikasi, anda mesti menjaga penampilan diri agar dapat menyerlahkan pesona diri. Pilih pakaian yang sesuai mengikut majlis, personaliti dan umur.

Usah mengenakan fesyen yang keterlaluan sehingga kelihatan hodoh. Ingat! jangan sesekali menjadi mangsa fesyen. Dalam masa yang sama, rapikan diri seperti bersolek secara sederhana.

5. Hormati Orang Lain
Sikap mulia ini membuatkan orang lain menghormati diri anda. Walaupun tidak suka dengan sesuatu perkara, jangan mengikut emosi meluahkan kebencian sehingga orang lain hilang hormat pada anda. Jangan mengundang kemarahan orang lain seperti memperkecilkan kebolehan teman.

Sebaliknya berilah kata-kata semangat kepada teman-teman. Cara ini membuatkan mereka rasa dihargai dan selesa dengan anda.

6. Bijak Berkomunikasi
 Anda perlu bijak berkomunikasi. Untuk sesi perkenalan, usah bertanya terlalu banyak agar orang tidak berasa rimas. Pilih topik yang menarik dan dilarang sama sekali mengutuk dan mengumpat orang lain.

Ia bagaikan cermin yang memberi gambaran negatif mengenai sikap buruk anda. Jadi berhati-hatilah berbicara agar tidak keterlaluan.

7. Pegang Pada Janji
Percaya atau tidak, sikap anda yang tidak amanah  atau mungkir janji akan mencacatkan seluruh penampilan anda. Orang akan hilang kepercayaan dan melabel anda sebagai tidak amanah.

Apabila berjanji, sebaik mungkin laksanakan janji tersebut. Jika anda amanah menjaga rahsia teman, pastinya saham anda akan semakin tinggi kerana mereka akan meletakkan anda sebagai seorang yang amanah.

8. Serlahkan Bakat Terpendam
Ramai yang mempunyai bakat tapi malu untuk tampil ke depan. Jika tidak, tiada yang tahu kelebihan yang anda miliki. Namun anda perlu bijak memilih masa yang sesuai untuk menonjolkan diri.


No comments:

Post a Comment