Sunday, February 3, 2013

LIMA Cara Mudah Bakar Lemak Paha..



1. Tegakkan Badan Sambil Bersandar Pada Dinding

Rehatkan tangan pada dinding dan turunkan badan perlahan-lahan. Turunkan badan sehingga kedudukan badan seperti sedang duduk. Bayangkan anda sedang duduk di atas kerusi. Cuba bertahan selama mana yang anda boleh dan berdiri tegak semula.

Kebanyakkan orang boleh bertahan untuk beberapa saat sahaja pada permulaan. Setelah membiasakan diri, anda pasti akan dapat bertahan lebih lama. Pastikan badan anda tegak semasa dalam posisi seperti 'duduk'

Cuba capai 10 saat pada permulaan dan bertahan sehingga satu minit setelah melakukannya beberapa kali. Lakukan lima kali setiap hari. Latihan ini agak mencabar kesabaran dan kekuatan mental anda. Mungkin pada mulanya agak susah tetapi lama-kelamaan anda pasti biasa melakukannya.



2. Teknik Menggunting

Mudah sahaja. Baring di atas lantai dengan kedua-dua belah tangan di sisi. Angkat kedua belah kaki lebih kurang 45 darjah. Bayangkan pergerakan seperti menggunting. Silangkan kaki anda dengan kaki kanan bersilang di atas kaki kiri. 

Kemudian tukar kepada kaki kiri pula bersilang di atas kaki kanan. Ulang langkah ini sebanyak 12 hingga 15 kali untuk setiap set. Anda dapat rasakan tekanan di otot-otot bahagian paha anda.



3. Pusingan Bulatan

Baringkan badan anda secara mengiring di atas lantai. Angkat sebelah tangan ke atas dan letakkan tapak tangan sebelah lagi di atas lantai di hadapan perut anda. Angkat sebelah kaki ke atas setinggi yang boleh. Tarik nafas dan pusingkan kaki yang anda angkat itu mengikut pusingan jam.

Gerakkan seluruh kaki tanpa menggerakkan pinggul anda. Buat pusingan jam sebanyak lima kali sebelum mengulangi langkah tersebut menggunakan kaki yang sebelah lagi pula. Lakukan sehingga 10 set jika boleh.

4. Pakai Kasut Tumit Tinggi

Pakai kasut bertumit tinggi mampu membentuk otot betis dan paha. Tapi harus diingat amalan memakai kasut tinggi sebenarnya boleh memberi kesan buruk kepada kaki dan postur badan. Jadi anda perlu berhati-hati.

Kajian mengatakan bahawa kita tidak sepatutnya menggunakan kasut tumit tinggi yang melebihi dua inci.



5. Melompat Atas Trampoline

Cuba lompat di atas trampoline. Ianya sangat baik untuk peredaran darah dalam badan, pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, mengurangkan selulit dan membentuk kaki yang cantik.

Lakukan aktiviti ini selama setengah jam. Ia dapat membakar hampir 200 kalori dalam badan. Aktiviti ini juga menarik dan boleh dilakukan bersama keluarga.

No comments:

Post a Comment