Wednesday, January 23, 2013

PETUA-PETUA TRADISIONAL UNTUK MENGURANGKAN BERAT BADAN



Ini adalah petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan..Petua ni saya dapat daripada majalah RAPI BIL.62 keluaran 15 FEBRUARI 2007...
Jika anda seorang yang rajin mengamalkan petua-petua tradisional, mungkin anda boleh mencuba petua-petua ini;

1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selapas makan tengahari dan malam.

2. MINUM AIR ASAM JAWA
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut lepas minum) 

3. MINUM TEH CINA/TEH HIJAU
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu. 

4. NAK LANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN
CARANYA: Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps: kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh kurus rasanya)

5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur, biarkan kering sampai pagi.

6. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT LAGI! 
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.

SELAMAT MENCUBA petua-petua yang telah disenaraikan. Nak tahu berkesan ke tak kenala cuba sendiri..mana tahu anda boleh jadi macam ni...

Tuesday, January 22, 2013

6 Cara MUDAH Penjagaan Asas Wajah Untuk Kekal Jelita...

Kulit wajah semulus siti nurhaliza menjadi idaman setiap wanita

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakan kulit terjadi kerana anda kerap menegangkannya tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

Berikut adalah 6 langkah MUDAH bagi menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah;

1. Minum air kosong 8 -10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh meyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa cuci wajah sebelum beriadah ataupun bersenam.

4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembab.

5. Pastikan anda melindungi kulit dari sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika anda mengalami masalah kulit yang SERIUS, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat. 


6 TIPS MUDAH DIET YANG ANDA MUNGKIN TERLEPAS PANDANG .....

1. Mulakan sarapan dengan yogurt
 Pengambilan yogurt rendah lemak ketika bersarapan membantu menghilangkan lemak pada perut dan mengawal perut buncit....






 2. Kurangkan garam
Pengambilan garam yang banyak dalam diet harianakan menyebabkan pertambahan sodium dalam badan. Keadaan ini menyebabkan perut anda terasa penuh dan mengembung ke hadapan.

3. Minum air
Apabila anda terasa perut and akembung dipenuhi air akibat penyimpanan air yang berlebihan. Anda boleh kurangkan dengan minum air yang banyak. Bukan saja melancarkan pembuangan air dari badan malah mengaktifkan fungsi hempedu untuk mengeluarkan bendasing dalam badan.

4. Ambil serat yang tepat
Buah epal atau pir mengandungi air yang banyak dipercayai dapat mengimbangi penyimpanan air dan mengelakkan pengembungan pada perut.

5. Makan secara perlahan

Kunyah makanan anda dengan perlahan dan telan makanan apabila betul-betul hancur. Jika makanan ditelan terlalu cepat,  udara yang tersekat dalam usus akan membentuk gas menyebabkan perut penuh dan boleh membentuk perut buncit.

6. Pilih karbohidrat kompleks
Salah satu prinsip berdiet ialah memilih karbohidrat kompleks seperti nasi beras merah, roti gandum, pasta, bijirin, ubi, jagung, pisang dan sebagainya.

PETUA PETUA TRADISIONAL MENGURANGKAN BERAT BADAN..

Monday, January 21, 2013

Manfaat Sukan Badminton


Bagi anda yang sukakan permainan badminton, selain baik untuk kesihatan dan kecergasan, disini saya kongsikan beberapa manfaat sukan badminton




1. BOLEH BAKAR BANYAK KALORI
Jumlah kalori yang terbakar selama bermain badminton bergantung pada cara anda bermain. Rata-rata pemain dengan berat 68kg dapat membakar sekitar 272 kalori untuk tempoh masa satu jam. Tetapi jika anda bermain untuk satu pertandingan, sebanyak 500 kalori mampu dibakar dalam masa satu jam.

Tetapi pembakaran kalori ini dipengaruhi oleh berat badan pemainnya. Sebagai contoh, berat badan 90kg boleh membakar sebanyak 544 kalori dalam satu jam permainan. Sedangkan individu dengan berat badan 55kg hanya membakar 327 kalori dengan durasi yang sama.

2. MEMBERI MANFAAT KARDIO YANG BESAR
Bermain badminton merupakan latihan kardio yang lebih besar berbanding squash dan tenis
3. MELATIH KEKUATAN KAKI
Satu kajian yang dilakukan di luar negara menunjukkan bahawa sukan badminton merupakan olahraga yang dapat melatih kekuatan kaki. 15 peratus daripada gerakan permainan badminton adalah gerakan cepat seperti melompat dan berlari.

4. MEMBERI KEPADATAN TULANG
Permainan ini dapat meningkatkan kepadatan tulang selain dapat menjauhkan daripada ancaman osteoporosis.

Jadi, bagi anda yang suka bermain badminton..teruskan usaha anda.


Sunday, January 20, 2013

JUMLAH KALORI DALAM MAKANAN RINGAN...

KALORI DALAM MAKANAN



1/2 CAWAN AISKRIM = 270 KALORI
= kalori yang diguna untuk
70 minit berjalan kaki
29 minit berlari
33 minit berenang
46 minit berlari


1/2 CAWAN KACANG GORENG = 160 KALORI
= kalori yang diguna untuk
53 minit berjalan kaki
28 minit yoga
33 minit membersihkan laman rumah




1 SLICE KECIL PIZZA = 330 KALORI
= kalori yang diguna untuk
85 minit berjalan kaki kelajuan sederhana
35 minit berlari
47 minit berbasikal
56 minit menari
112 minit yoga

1/2 TIN MINUMAN COLA = 100 KALORI
= kalori yang diguna untuk
20 minit berjalan kaki kelajuan sederhana
12 minit latihan angkat beban
15 minit berlari



1 MANGKUK KECIL POTATO CHIPS = 155 KALORI
= kalori yang diguna untuk
40 minit berjalan kaki kelajuan sederhana
26 minit menari
22 minit berbasikal
19 minit berenang 
17 minit berlari




3 KEPING BISKUT SANDWICH BERKRIM = 160 KALORI
= kalori yang diguna untuk
41 minit berjalan kaki kelajuan sederhana
27 minit menari
19 minit berenang 
18 minit berlari



1 KEPAK AYAM GORENG = 915 KALORI
= kalori yang diguna untuk
279 minit bermain golf
209 minit berenang
105 minit 'circuit training' dengan rehat minima
70 minit bermain hoki





1/2 MANGKUK KECIL FRIES = 380 KALORI
= kalori yang diguna untuk 
73 minit berkebun
37 minit berbasikal
34 minit bermain bola baling/ bersukan

Kesan Negatif Turun Berat Badan Dengan CEPAT!



Penurunan berat badan yang terlalu drastik adalah BAHAYA terhadap kesihatan dan boleh mendatangkan pelbagai kesan sampingan. Lebih baik anda mengurangkan berat badan secara berperingkat dan lakukan dalam tempoh yang panjang. Selain itu, susuli dengan senaman dan pengawalan kalori. Pastikan pengambilan air harian juga mencukupi.

Berikut antara kesan NEGATIF jika berat badan turun MENDADAK

  • Kulit berkedut dan menggeleber
  •  Berat badan naik mendadak jika menghentikan program diet dan senaman
  • Muka pucat  
  • Keletihan
  •  Selalu sakit
  •  Pening kepala





Wednesday, January 16, 2013

9 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN............

9 TANDA TOKSIN BERLEBIHAN DALAM BADAN....

Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang.JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

1. Sering letih dan lesu
2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.

3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.

4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
 5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.

6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.

7. Cepat marah dan mudah murung.


8. Kitaran haid tidak normal.

9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.

Faktor Penyebab Diabetis..



Diabetes boleh mengganggu kehidupan seharian dan menyebabkan terjadinya penyakit-penyakit lain. Jika ia berlanjutan, anda berkemungkinan diserang strok, penyakit buah pinggang dan koma. Diabetes yang berlanjutan juga boleh menyebabkan masalah rabun yang cenderung untuk menjadi buta. Masalah gangren (tisu mati) juga boleh terjadi dan masalah saraf, contohnya tidak merasa sakit akibat terpijak kaca atau besi tajam.

BERAT BADAN BERLEBIHAN
Masalah obesiti boleh membawa kepada penyakit diabetis

KETURUNAN
Jika ibu atau bapa anda menghidap penyakit ini, anda harus lebih peka terhadap kesihatan anda

CORAK PEMAKANAN TIDAK TERKAWAL
Pengambilan minuman atau makanan tinggi gula adalah tidak digalakkan

KURANG BERSENAM
Tidak aktif menyebabkan berat badan berlebihan dan mendorong penyakit diabetis

UMUR DAN JANTINA
Diabetis lebih banyak berlaku dalam kalangan kaum lelaki dan berusia pertengahan


Tuesday, January 15, 2013

Pantang Larang Pengidap Diabetes..

Jika anda pengidap diabetes, terdapat makanan-makanan yang perlu dielakkan kerana mempunyai kandungan gula ringkas dan boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.

Antaranya;

  • Gula pasir, gula merah, gula batu dan gula melaka
  • Gula-gula
  • Sirap mahupun air gula
  • Jeruk dan halwa
  • Kuih muih yang manis
  • Susu pekat
  • Buah-buahan dalam tin
  • Minuman ringan dalam tin
  • Madu lebah dan jem (kecuali yang dikhaskan buat pesakit diabetes)
  • Air berkarbonat
  • Semua makanan yang tinggi kadar gula di dalamnya
Bagi pesakit diabetes, amat perlu bagi anda menjaga pemakanan kerana penyakit diabetes boleh memudaratkan lagi kesihatan sekiranya tidak dikawal. Dibawah ini saya kongsikan beberapa kesan penyakit diabetes yang tidak dikawal.




Ingat pesanan ni..jadikan sebagai motivasi diri

Thursday, January 10, 2013

6 PENYEBAB BERAT BADAN MENINGKAT...



MAKAN KERANA STRESS

Kajian dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stress di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.

Ketika stress, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.

MAKAN TENGAHARI DI LUAR

Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.

Sebaiknya, ketika sedang berusaha menurunkan berat badan bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan.

MELEWATKAN WAKTU MAKAN

19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.

Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahri dengan terlalu banyak.

MENYAMBUT PERAYAAN

Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.

Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama kawan yang lain.

MENGUNYAH GULA-GULA GETAH

Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi.

SNEK DARI KAWAN SEPEJABAT

Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donut atau sebekas kek yang enak.

Monday, January 7, 2013

5 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERDIET..

Mempunyai tubuh yang agak gempal dan mengalami masalah obesiti merupakan perkara yang merungsingkan terutama bagi individu yang sedang berdiet namun tetap tidak mampu menurunkan berat badan. Jika ingin lebih sihat dengan diet harian, anda perlu menjaga setiap makanan yang disuap masuk ke mulut.



1. BUDAYA MAKAN LEWAT MALAM


Makan lewat malam memang memberi kesan terhadap diet anda. Jika anda sering menikmati hidangan di tengah malam peratusan untuk anda menjadi gemuk amat tinggi. Pada waktu malam kalori tidak dapat membakar lemak seperti waktu siang kerana kita kurang melakukan sebarang aktiviti pergerakan. Oleh itu, anda disarankan mengambil hidangan sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur agar usus dapat memproses makanan sebelum anda tidur.

2. MAKAN DI LUAR

Cuba elakkan menjamu selera di luar, sebaiknya memasaklah sendiri di rumah. Ini kerana makanan yang terdapat di luar kebanyakkannya kaya dengan bahan perasa yang boleh menggemukkan disamping tidak baik untuk kesihatan. Bagi mereka yang bekerjaya anda mungkin tiada masa untuk memasak namun sebolehnya pilihlah makanan yang berkhasiat jika ingin menikmati sebarang hidangan. Namun jika terdapat masa terluang terutamanya di hujung minggu luangkanlah masa untuk memasak sendiri.

 3. MAKANAN SEGERA (FAST FOOD)


Memang menu makan segera begitu sedap dan menyelerakan, namun tahukah anda makanan segera mengandungi kalori yang tinggi sehingga 2000kcal. Kebanyakkan makanan ini kaya dengan minyak dan jarang mempunyai vitamin dan mineral. Bukan tidak boleh menikmati makanan segera, sebaik-baiknya hadkan kepada 1-2kali sahaja sebulan.

4. KEK & ROTI

Makanan seperti kek dan roti bukanlah menu yang terbaik dalam diet anda. Makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan sendiri. Kebanyakkan daripada kandungannya mengandungi tepung yang diperkaya, lemak yang tinggi serta gula. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda sentiasa memeriksa kandungan nutrisi makanan yang ingin diambil. Jika ragu-ragu, periksalah bahan yang digunakan.

5. MAKANAN BERGORENG

 Makanan bergoreng sememangnya berkalori tinggi. Oleh itu, elakkan menikmati makanan bergoreng di restoren kerana ia mempunyai kandungan minyak dan lemak tepu yang tinggi. Sekiranya teringin gorenglah sendiri di rumah dengan menggunakan kuantiti minyak yang sedikit dan pilih minyak sayuran yang lebih berkhasiat.Namun sebaiknya gantikan cara menyediakan makanan daripada bergoreng kepada mengukus dan memanggang kerana ia lebih sihat.



 




TABIAT MAKAN BERLEBIHAN....Binge-eating Disorder

Gangguan makan lewah atau binge-eating disorder adalah masalah pemakanan serius yang mana seseorang itu kerap memakan sejumlah makanan yang luar biasa banyaknya.

Mereka yang mengalami gangguan makan lewah mungkin malu dan berazam untuk berhenti. Tetapi dorongan nafsu yang kuat membuatkan anda tidak mampu menahan keinginan untuk makan.

Gejala-gejala makan lewah (binge-eating disorder)

  • Memakan makanan yang luar biasa banyaknya
 
  • Makan walaupun sudah kenyang atau tidak lapar
  • Makan dengan cepat semasa episod makan lewah
  • Makan sehingga rasa terlebih kenyang yang tidak menyelesakan
  • Kerap makan sendirian
  • Rasa tabiat pemakanan luar kawalan
  • Rasa kemurungan, menjelikkan, memalukan bersalah atau sedih mengenai pemakanan anda
 
  • Mengalami kemurungan dan kegelisahan
  • Rasa terpinggir dan mengalami kesukaran bercakap mengenai perasaan
  • Kerap melakukan diet tanpa sebarang penurunan berat badan
  • Hilang dan menambah berat badan berulangkali, dikenali sebagai diet yo-yo