Thursday, January 10, 2013

6 PENYEBAB BERAT BADAN MENINGKAT...



MAKAN KERANA STRESS

Kajian dilakukan CareerBuilder.com mendapati 37% responden mengatakan stress di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat sehinggakan anda ingin mengambil makanan yang enak.

Ketika stress, jangan sesekali terus mengambil kerepek kentang atau biskut. Sebaliknya, cubalah menarik nafas dalam-dalam dan hembus secara perlahan-lahan sebanyak 5-10 kali. Jika ingin juga mengunyah, bawalah snek sihat dari rumah seperti kacang atau buah-buahan.

MAKAN TENGAHARI DI LUAR

Sebanyak 20% responden mengatakan makan tengahari di luar pejabat turut menambahkan berat badan. Ini kerana, kita tidak tahu pengolah makanan dan berapa jumlah kalori dari makanan yang disediakan.

Sebaiknya, ketika sedang berusaha menurunkan berat badan bawalah bekal dari rumah. Bukan sahaja sihat dan murah tetapi anda boleh menentukan bahan yang ingin dimasukkan dalam makanan.

MELEWATKAN WAKTU MAKAN

19% pekerja mengaku mereka kerap melewatkan waktu makan kerana banyak kerja yang harus diselesaikan. Apabila lapar, anda lebih cenderung untuk makan berlebihan.

Untuk mencegahnya atau tidak sempat makan, sediakan yogurt, buah atau snek yang berisi campuran buah kering dan kacang. Makanlah seketika untuk mengalas perut dan supaya anda tidak makan tengahri dengan terlalu banyak.

MENYAMBUT PERAYAAN

Ketika anda dinaikkan pangkat atau mendapat pekerjaan lain, anda lebih cenderung untuk meraikan rakan dengan makanan yang enak dan berkalori tinggi seperti kek, coklat atau pizza.

Bayangkan dalam sebulan ada 5-6 sambutan yang dilakukan, belum lagi dengan hidangan makanan yang enak. Ini boleh menambahkan kalori dalam badan. Untuk atasinya, anda boleh makan apa yang disediakan tetapi kurangkan jumlah pengambilan atau bahagikan bersama kawan yang lain.

MENGUNYAH GULA-GULA GETAH

Sebanyak 16% responden mengatakan mereka tidak tahan dengan godaan yang ada di atas meja terutamanya kek, coklat atau jeli. Walau bagaimanapun, anda boleh gantikan dengan snek yang sihat seperti kacang almond, buah kering atau biskut bersama sebotol air.

Jika keinginan datang, segeralah minum segelas air putih agar perut terasa kenyang dan menahan daripada mengunyah lagi.

SNEK DARI KAWAN SEPEJABAT

Penyebab lain adalah godaan untuk menikmati snek yang dibawa oleh rakan sekerja. 10% responden mengatakan tidak mampu menahan godaan apabila rakan sekerja membawa sekotak donut atau sebekas kek yang enak.

1 comment: