Monday, January 7, 2013

5 PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN SEMASA BERDIET..

Mempunyai tubuh yang agak gempal dan mengalami masalah obesiti merupakan perkara yang merungsingkan terutama bagi individu yang sedang berdiet namun tetap tidak mampu menurunkan berat badan. Jika ingin lebih sihat dengan diet harian, anda perlu menjaga setiap makanan yang disuap masuk ke mulut.



1. BUDAYA MAKAN LEWAT MALAM


Makan lewat malam memang memberi kesan terhadap diet anda. Jika anda sering menikmati hidangan di tengah malam peratusan untuk anda menjadi gemuk amat tinggi. Pada waktu malam kalori tidak dapat membakar lemak seperti waktu siang kerana kita kurang melakukan sebarang aktiviti pergerakan. Oleh itu, anda disarankan mengambil hidangan sekurang-kurangnya empat jam sebelum tidur agar usus dapat memproses makanan sebelum anda tidur.

2. MAKAN DI LUAR

Cuba elakkan menjamu selera di luar, sebaiknya memasaklah sendiri di rumah. Ini kerana makanan yang terdapat di luar kebanyakkannya kaya dengan bahan perasa yang boleh menggemukkan disamping tidak baik untuk kesihatan. Bagi mereka yang bekerjaya anda mungkin tiada masa untuk memasak namun sebolehnya pilihlah makanan yang berkhasiat jika ingin menikmati sebarang hidangan. Namun jika terdapat masa terluang terutamanya di hujung minggu luangkanlah masa untuk memasak sendiri.

 3. MAKANAN SEGERA (FAST FOOD)


Memang menu makan segera begitu sedap dan menyelerakan, namun tahukah anda makanan segera mengandungi kalori yang tinggi sehingga 2000kcal. Kebanyakkan makanan ini kaya dengan minyak dan jarang mempunyai vitamin dan mineral. Bukan tidak boleh menikmati makanan segera, sebaik-baiknya hadkan kepada 1-2kali sahaja sebulan.

4. KEK & ROTI

Makanan seperti kek dan roti bukanlah menu yang terbaik dalam diet anda. Makanan seperti ini kadangkala di luar kawalan sendiri. Kebanyakkan daripada kandungannya mengandungi tepung yang diperkaya, lemak yang tinggi serta gula. Jika anda membaca label makanan, pastikan anda sentiasa memeriksa kandungan nutrisi makanan yang ingin diambil. Jika ragu-ragu, periksalah bahan yang digunakan.

5. MAKANAN BERGORENG

 Makanan bergoreng sememangnya berkalori tinggi. Oleh itu, elakkan menikmati makanan bergoreng di restoren kerana ia mempunyai kandungan minyak dan lemak tepu yang tinggi. Sekiranya teringin gorenglah sendiri di rumah dengan menggunakan kuantiti minyak yang sedikit dan pilih minyak sayuran yang lebih berkhasiat.Namun sebaiknya gantikan cara menyediakan makanan daripada bergoreng kepada mengukus dan memanggang kerana ia lebih sihat.



 




No comments:

Post a Comment