Tuesday, January 22, 2013

6 Cara MUDAH Penjagaan Asas Wajah Untuk Kekal Jelita...

Kulit wajah semulus siti nurhaliza menjadi idaman setiap wanita

Kulit muka yang tidak dijaga dengan baik menyebabkan proses penuaan berlaku lebih awal dari sepatutnya. Begitu juga dengan kulit yang aktif. Kerosakan kulit terjadi kerana anda kerap menegangkannya tetapi tidak membersihkannya dengan sempurna, tidak gunakan pelembab serta sering terdedah kepada matahari.

Berikut adalah 6 langkah MUDAH bagi menjaga kecantikan dan kesihatan kulit wajah;

1. Minum air kosong 8 -10 gelas sehari untuk mengekalkan kelembapan kulit.

2. Sebelum tidur, basuh muka anda dengan air bersih. Kekotoran dan bakteria yang tidak dibersihkan boleh meyebabkan kulit berjerawat dan timbulnya garis penuaan pramatang.

3. Jangan lupa cuci wajah sebelum beriadah ataupun bersenam.

4. Amalkan tiga langkah penjagaan kulit muka. Pertamanya, cuci muka dengan air suam dan gunakan pencuci yang berasaskan glycerin. Lepas cuci muka, gunakan penyegar (toner) dan disusuli dengan pelembab.

5. Pastikan anda melindungi kulit dari sinaran matahari sebaik mungkin. Gunakan krim pelindung matahari SPF 15 bagi melindungi kulit terbakar dan masalah kedutan.

6. Jika anda mengalami masalah kulit yang SERIUS, berjumpalah dengan pakar kulit atau dermatologis. Dapatkan khidmat nasihat tentang apa yang patut anda buat. 


No comments:

Post a Comment