Friday, April 12, 2013

10 CARA Mudah Bakar 100 KALORI...


1. BERBINCANG SAMBIL BERDIRI
Berdiri selama 20 minit beberapa jam sehari semasa bekerja boleh membakar ekstra 100 kalori. Selain berbincang, anda boleh lakukan aktiviti menjawab telefon, minum atau memeriksa fail sambil berdiri.
20 minit = 100kcal
2. TELEFON KAWAN
Berbual di telefon juga dapat mengurangkan kalori yang berlebihan. Tidak perlu 50 minit berterusan, anda boleh telefon kawan yang berbeza sebanyak lima hingga enam kali.
50 minit = 100kcal
3. WINDOW SHOPPING
Berjalan-jalan di pusat membeli belah selama 40 minit. Anda boleh berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat barang yang anda suka.
40 minit = 100kcal
4. CIUMAN KASIH SAYANG
Menurut pakar seksologi, Jaiya Kinzbach  ciuman bersama pasangan boleh membakar sehingga 90 kalori.
5. JURUFOTO AMATUR
Jika anda mempunyai masa terluang pada hujung minggu, cubalah mengambil gambar yang cantik di kawasan rumah anda. Berjalan-jalan sambil memetik kamera, kalori pun terbakar sama.
30 minit = 100kcal
6. BERJOGGING
Jika anda bosan berjogging seorang diri, ajaklah kawan-kawan berjogging bersama atau berjogging sambil ditemani muzik.
20 minit = lebih 100kcal
7. BERGURAU SENDA
Ajaklah kawan-kawan anda berkumpul dan bercerita tentang perkembangan masing-masing. Disamping bergurau senda, ketawa, berjenaka dan berkongsi cerita boleh membakar kalori.
20 minit = 200kcal
8. MEMANDIKAN SI KECIL

Gunakan waktu mandi bersama anak  anda selama 20 minit dengan bermain air dan buih-buih sabun. Ia bukan sahaja mendekatkan dengan anak-anak tetapi turut membakar kalori.
20 minit = 100kcal
9. MENULIS
Habiskan masa dengan menulis pengalaman hidup, kejadian yang menarik dan lucu atau sekadar mengekspresikan perasaan anda dapat membantu membakar kalori.
50 minit = 100kcal
10. BERMAIN BILLIARD
Keluarlah bersama kawan-kawan dengan mencari tempat untuk bermain billiard atau ke rumah kawan yang mempunyai permainan ini.
40 minit = 100kcal

Wednesday, April 3, 2013

Minum SUSU Untuk Kekal Langsing...

Wanita yang mengambil kalsium dalam jumlah yang besar dipercayai tidak mempunyai masalah berat badan.

Sebaliknya wanita yang kurang gemar mengambil kalsium akan mengalami peningkatan berat badan. 

Sekiranya kemasukan kalsium dibatasi, tubuh sebenarnya mengalami kenaikan berat badan.


Pengambilan kalsium yang terlalu rendah dapat merangsang penimbunan lemak dalam tubuh yang akhirnya menyebabkan kegemukan. 

Oleh itu, jika keperluan kalsium adalah mencukupi ia membantu memperlambatkan proses penimbunan lemak dalam tubuh.

5 PUNCA Gagal BERDIET...


Kecewa kerana gagal dalam usaha diet anda? Semak punca-punca di bawah;

1. Salah Memilih Makanan

Salah memilih makanan atau kurang arif tentang kandungan gizi yang terdapat pada makanan yang diambil. Amalan pemakanan sihat bermakna memilih makanan yang rendah kandungan kalorinya, tetapi cukup kandungan gizinya. Utamakan makanan dengan kandungan serat yang tinggi.

2. Faktor Persekitaran Yang Tidak Menyokong

Faktor persekitaran yang tidak menyokong, misalnya di sekitar rumah atau pejabat tersedia penjual makanan ringan yang manis dan mengenyangkan sehingga menggoda anda untuk sama ikut menikmati.

3. Keadaan Sosial Yang Menggalak Kepada Peningkatan Berat Badan

Keadaan sosial yang menggalak kepada peningkatan berat badan seperti disediakan hidangan manis-manis yang tinggi kalori di rumah. Apabila bersama teman-teman, selalu dihidangkan dengan makanan ringan sebagai makanan hiburan ketika menonton. Kebiasaan ini menyebabkan anda gagal mengawal diet.

4. Kesilapan Peribadi

Kesilapan peribadi dimana anda sendiri gagal menahan diri daripada makan makanan dan minuman manis. Anggapan peribadi bahawa sarapan pagi memiliki potensi untuk menggagalkan diet adalah salah. Tanpa sarapan pagi perut menjadi kosong, bila perut kosong badan akan jadi lemah kerana lapar. Anda akan cenderung makan apa saja untuk menghilangkan rasa lapar.

5. Tiada Disiplin dan Motivasi Dalam Diri

Tiada disiplin dan tidak ada motivasi dalam diri. Anda seharusnya menanamkan semangat disipli dan kecekalan sebaik merancang untuk mengatur program diet.


Tuesday, April 2, 2013

10 TIPS Kurangkan KALORI dan LEMAK...

1. Kurangkan Nasi dan Roti Putih

2. Makan sedikit sahaja makanan yang tinggi lemak dan kalori.

3. Kurangkan pengambilan gula.

4. Hindari alkohol

5. Pilih makanan yang mempunyai label rendah lemak atau rendah kalori.





6. Ambil satu peratus sahaja minuman susu skim dan keju rendah lemak.

7. Gantikan pengambilan aiskrim dengan yogurt rendah lemak yang dibekukan.




8. Gantikan krim masam dengan yogurt biasa rendah atau bebas lemak.

9. Pastikan lemak dibuang terlebih dahulu dari ayam, daging dan ikan sebelum memasaknya.

10. Makanan mesti direbus, kukus atau bakar.


Monday, April 1, 2013

3 Cara Mengelak Makan BERLEBIHAN..

1. THINK FIRST!!!!
 Daripada anda makan apa saja yang terlihat oleh mata, lebih baik anda tanyakan pada diri sendiri dahulu, adakah anda benar-benar ingin menikmati makanan tersebut.

2. MINUM BANYAK AIR
Pastikan anda membawa sebotol air minuman/air mineral walau ke mana saja anda pergi. Ini untuk mengelakkan anda daripada mengambil minuman ringan (soft drink) apabila berasa dahaga. Selain daripada mengurangkan pengambilan kalori, cara ini juga dapat mengelakkan dehidrasi.

3. MAKANLAH DENGAN TERATUR
Lebih baik memilih buah atau salad untuk menggantikan makan malam lengkap atau sarapan. Antioksida dalam buah dan sayur juga dapat membantu melawan sel-sel radikal bebas yang dapat merosakkan kulit kerana sinaran matahari.