Saturday, September 8, 2012

Kekal SIHAT Apabila CERIA....

Mengapa perlu anda merasa tertekan setiap kali anda mempunyai masalah? Jangan terlalu memikirkan masalah anda. Tahukah anda, tekanan yang anda hadapi akan membuatkan anda cenderung untuk diserang penyakit? 

Apa yang boleh anda lakukan setiap kali rasa tertekan adalah bergaul dengan orang-orang yang ceria di sekeliling anda. Apabila anda bersama dengan orang yang sentiasa ceria dan senang hati, maka anda akan terdorong merasa seronok dan selesa. 

Menurut pakar psikologi, seseorang itu akan mendapat tenaga tambahan sekiranya dia melakukan sesuatu yang disukai bersama-sama orang yang disayangi. Impian dan cita-cita yang baik akan mendorong kepada kesihatan yang lebih terjamin.





SAYANGI Tubuh Anda!!!

Tidak ramai yang sedar betapa pentingnya kita untuk mengekalkan kesihatan dan kecergasan. setiap sepuluh tahun, orang dewasa akan kehilangan antara 2.7 - 3.2 kilogram otot yang kemudiannya akan digantikan dengan lemak sekiranya tidak bersenam. 



Lingkungan umur 19 -39 merupakan tempoh kritikal untuk membina kesihatan tulang. Meminum air sebanyak lapan gelas sehari adalah perkara paling penting. Apa yang kita tidak ketahui adalah, peningkatan umur akan mengurangkan sensitiviti seseorang untuk berasa dahaga. 



Apabila kita keliru antara rasa lapar dan dahaga, kita akan lebih cenderung untuk makan secara berlebihan. Apa yang boleh anda lakukan adalah menghilangkan rasa lapar dengan minum lebih banyak air. Amalan ini bukan saja mengatasi masalah kulit kering bahkan ia juga akan membantu kita untuk mengurangkan berat badan.

Saturday, September 1, 2012

Banyaknya KALORI!!!!!!!






Jumlah purata kalori yang diperlukan oleh seorang wanita dewasa sehari = 1600 - 200kcal
Jumlah purata kalori yang diperlukan oleh seorang lelaki dewasa sehari = 2000 - 2500kcal

Setiap 8000kcal kalori yang terkumpul dalam badan anda akan menaikkan berat badan anda sebanyak 1 kg. Makanan Malaysia adalah antara hidangan yang mengandungi paras kalori tertinggi. 

Contohnya;

Kuih - muih;
Sekeping bingka ubi = 220kcal kalori
Seketul karipap = 130kcal kalori
Sekeping sandwich sardin = 70kcal kalori
Semangkuk bubur kacang = 100kcal

Lauk - pauk;
Seekor ikan kembung goreng =140kcal kalori
Sepotong ayam goreng = 255kcal kalori 
Sebiji telur goreng = 110kcal kalori
Sepotong ayam dalam kuah kari = 250kcal kalori

Makanan segera;
Sebiji burger keju = 425kcal kalori
Kentang lecek (satu bekas kecil) = 90kcal kalori
Seketul nugget ayam = 60kcal kalori
Secucuk sate ayam = 35kcal kalori
Sepotong pizza keju = 240kcal


 

Saturday, August 25, 2012

OBESITI - Ibu Segala Penyakit

Petikan daripada Ruangan Soal Jawab Doktor, Mingguan Malaysia, Ahad 12.08.2012


SOALAN:

Saya mempunyai berat badan yang obes kira-kira 90 kilogram (kg) dengan ketinggian 165 sentimeter (sm). Adakah saya perlu mengurangkan pengambilan makanan manis, berlemak dan berminyak yang kebanyakkannya dihidangkan pada musim perayaan ini? Adakah hidangan ini punca utama kolesterol yang sekaligus mengganggu kesihatan?

JAWAPAN:

Dengan berat 90 kg dan ketinggian 165 sm, indeks jisim badan Farah 33.3kg/m2. Memang tepat sekali Farah dikategorikan mengalami obesiti.

Obesiti adalah penyakit bukan keadaan. Ramai orang tidak mengganggap obesiti sebagai perkara serius atau punca utama penyakit. Dalam hal ini, kita perlu meletakkan obesiti dalam kedudukan pertama, diikuti masalah diabetes melitus, aras kolesterol yang tinggi, hipertensi, hati berlemak, strok, sakit jantung, barah hepar dan barah usus.


Dalam erti kata lain, obesiti adalah punca utama segala penyakit. Masalah timbul apabila orang ramai dan pesakit tidak menganggap obesiti sebagai satu penyakit. Mereka menganggap ia lebih kepada satu keadaan, bukan penyakit yang perlu diberi perhatian serius.

Jika orang ramai merawat obesiti, mereka melakukannya hanya untuk tujuan kosmetik dan bukan perubatan. Sekiranya pesakit yang datang ke klinik untuk menyambung ubat, tidak banyak perubahan yang dicapai dari segi tahap kesihatan. Mereka akan mengambil empat hingga lima jenis ubat dan bacaan gula atau tekanan darah dalam keadaan normal tetapi berat badan semakin bertambah. Maka keadaan mereka yang sihat adalah sementara. 


Apabila ubat dikurangkan, penyakit akan menjadi tidak terkawal semula. Jadi ubat perlu disambung, mereka datang ke klinik hanya sekadar menyambung ubat dan bukan untuk berubat. Golongan yang datang untuk berubat adalah lebih proaktif.

Terdapat beberapa rawatan obesiti termasuk mengurangkan kekerapan makan terutama waktu malam, kurang memakan makanan berlemak, bersantan dan bergoreng. Cara pemakanan atau menu juga perlu ditukar seperti mengamalkan makanan rebus, kukus atau panggang serta berserat dan berkhasiat seperti sayur-sayuran, buah-buahan kurang manis dan kurang lemak seperti epal, jambu dan lain-lain.

Golongan obes juga perlu banyak bersenam. Justeru anda tidak perlu supplemen atau ubat untuk mengurangkan berat badan sekiranya mengamalkan nasihat dia atas. Obesiti adalah satu penyakit bukan keadaan yang boleh diambil ringan. Ini kerana obesiti punca utama diabetes melitus, hipertensi, hiperkolesterol, kanser usus (kolorektal) dan lain-lain. Oleh itu, hendaklah mengelak daripada mengambil makanan yang manis, berlemak dan berminyak setiap masa dan bukanlah semasa musim perayaan sahaja. Ingat! pemakanan yang tidak sihat adalah punca utama pelbagai penyakit.

 

Monday, August 6, 2012

Cara Pemakanan Sihat Untuk Elak Risiko Penyakit Jantung...


  • Penuhi pengambilan tenaga seimbang sesuai dengan keperluan tubuh.
  • Hadkan kemasukan lemak iaitu maksimum 30 peratus daripada jumlah tenaga.
  • Kadar kolesterol tidak melebihi 300mg sehari.
  • Pengambilan garam sekitar lima gram sehari.
  • Banyakkan dan variasikan pengambilan buah-buahan dan sayuran.
  • Kurangkan pengambilan makanan ringan atau makanan diawet.
  • Banyakkan makanan segar dan bijirin.
  • Kawal pengambilan kopi dan alkohol.

Sunday, July 29, 2012

4 TIPS Mudah Agar Tidak TERGODA Dengan Makanan...


1. Percaya pada perut anda....
Sebelum tertarik dan mula makan tanya dahulu perut anda adakah anda benar-benar lapar? Jika tidak, segeralah berhenti...

2. Jika tekanan punca anda makan banyak, berhentilah dan lakukan aktiviti lain yang menjadikan tubuh anda lebih relaks..

3. Jika anda mula rasa tergoda, cubit titik saraf pencetus nafsu makan. Ia terletak di kawasan tulang rawan di mana rahang menempel tepat di bawah cuping telinga.

4. Aroma tertentu juga dapat membantu. Contohnya lilin beraroma pisang, pudina atau epal terbukti dapat membantu menahan nafsu makan. Sediakan aroma tersebut di segenap ruang rumah anda..   

Saturday, July 28, 2012

5 TIPS Hidup Sihat Oleh Jackie Warner..



1. Jangan Terpengaruh Dengan Label Makanan "Bebas Lemak"

Walaupun terdapat makanan yang dijual mempunyai label "bebas lemak", kita perlu berhati-hati jika mahu memakannya. Ini kerana kebanyakkan produk makanan yang bebas lemak, sarat dengan kandungan gula yang tinggi.

2. Lakukan Senaman Percuma Setiap Hari

 Kita tidak perlu mempunyai jurulatih perseorangan untuk menurunkan berat badan. Ini kerana kita boleh lakukan senaman secara pensendirian.

3. Belajar Melakukan Senaman Bagi Membina Perut

 Kita tidak perlu bekerja keras untuk membina perut yang cantik seperti 6-pack. Tetapi latihan otot perut dapat membantu, untuk membentuk bahagian perut menjadi cantik dan menawan.

4. Tingkatkan Usaha Ketika Bersenam

Seperti kata-kata Jackie Warner, " Ia bukan berapa lama kita bersenam, tetapi betapa kuat kita melakukan senaman itu. " Ini bermakna kita perlu tingkatkan usaha ketika melakukan senaman".

5. Letakkan Matlamat yang Spesifik

"Saya hanya mahu turunkan berat badan". 
Matlamat seperti ini tidak akan membantu kita menurunkan berat badan yang diinginkan. Menurut Warner, setiap klien beliau yang berjaya, khususnya selebriti mempunyai matlamat yang spesifik.
  



AWET MUDA Cara Semulajadi - Lindungi Usia Sebenarmu...

Penuaan merupakan proses semulajadi yang akan berlaku kepada setiap individu kerana faktor pertambahan usia. Namun terdapat beberapa TIPS mudah yang anda boleh amalkan setiap hari bagi melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kemudaan wajah..

1. Ceriakan Diri dan Ketawalah...

Sangat penting diri anda sentiasa gembira dan ceria. Ketawa dan bergembiralah seadanya kerana jika anda sentiasa tertekan dan tidak tenang, ia boleh menyebabkan anda kelihatan tua daripada umur. Jika masih tidak berhasil, pergilah bercuti dan manjakan diri di spa dan sebagainya.

2. Pastikan Berat Badan Sentiasa STABIL...

Kulit mempunyai serat elastik yang menyokong kulit. Peningkatan atau kekurangan berat badan yang keterlaluan boleh merosakkan kulit sehingga menyebabkan anda kelihatan tua sebelum waktu. Ia disebabkan kulit telah hilang keanjalan semulajadinya. oleh kerana itulah, anda perlu memastikan berat badan sentiasa ideal.

3. Elakkan Terik Matahari

Sangat  penting melindungi kulit daripada pancaran terik matahari yang berbahaya dan merosakkan jika anda ingin memastikan kulit sentiasa muda. Lindungi kulit yang terdedah dengan krim yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15.



4. Pastikan Terhidrat

Apabila badan kekurangan sel air, ia akan menyedut air dari sel walaupun sel-sel kulit. Air bertindak sebagai pelembab semulajadi kulit. Oleh kerana itulah anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari supaya tubuh terhidrat sepenuhnya.

Saturday, April 21, 2012

Info DIET Untuk Kekal SIHAT....


Berikut adalah beberapa TIPS untuk anda yang berDIET...



Kurangkan Kuantiti Makanan
Antara tip diet berkesan, kurangkan kuantiti makanan separuh daripada yang anda biasa ambil. Jika anda biasa makan dua senduk nasi, kurangkan kepada satu senduk nasi sahaja. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran dan menu anda serta tambahkan serat. 



Diet dan Senaman
Diet tidak akan sempurna tanpa senaman. Pastikan anda bersenam selama 20 minit, sebanyak tiga kali seminggu untuk mempercepatkan penurunan berat badan. Jangan lakukan terlalu drastik. Lakukan secara perlahan-lahan supaya badan dapat menyesuaikan diri dan tidak terkejut. 

Bahagiakan Diri Anda
Penuhkan aktiviti anda setiap hari. Jangan biarkan masa terbuang begitu sahaja. Lakukan apa yang anda rasa bagus untuk diri anda. Ini dapat mengelakkan anda makan apabila bosan. Oleh itu, masa berlalu dengan gembira dan ceria. Perasaan begitu membantu merealisasikan program diet anda.


Kawal Emosi Diri
Tingkatkan keyakinan dan hargai diri anda. Anda perlu lebih bijak mengawal emosi dan pemikiran menjadikan anda seorang yang bersedia menerima sebarang kemungkinan dalam hidup. Pengawalan emosi berkait dengan tabiat pemakanan. Jadi pastikan anda bijak mengawalnya kerana ia pasti berkesan.

TIPS Ringkas Untuk Tambah Kecergasan


Naik Tangga
Setiap kali naik tangga, 5 kalori akan dibakar. Walaupun sedikit, namun jika dilakukan berulang kali, lebih banyak kalori akan dibakar. Menaiki tangga juga dapat membentuk otot kaki, pinggul dan punggung.

Berjalan Selagi Boleh
Berjalan dimana sahaj, pada bila-bila masa yang boleh sebanyak mungkin.

Makan Makanan Pedas
Makanan pedas memanaskan badan dan menyebabkan badan membakar lebih banyak kalori.



Ketawa
Boleh mengurangkan stress dan membakar kalori.

Bermain Dengan Anak-anak
Bukan sahaja merapatkan hubungan kekeluargaan, tetapi senaman yang boleh membakar kalori.



Jalan-jalan di Shopping Complex
Bagi yang suka "window shopping", semakin banyak anda berjalan maka lebih banyak kalori yang anda bakar. Malah hati anda juga gembira dan stress pun hilang.

Khasiat HERBA Untuk Wanita BERPANTANG...

serai

Serai
- Membantu proses pencernaan
- Melegakan kekejangan dan ketegangan otot
- Menghilangkan sengal-sengal badan dan sakit kepala
- Merangsang sistem badan
- Menurunkan suhu badan

kurma

Kurma
- Membekalkan tenaga
- Menggantikan tenaga dan darah yang telah berkurangan
- Kaya dengan zat besi dan kalsium untuk merangsang penghasilan susu ibu

bawang putih


Bawang putih
- Menyembuhkan luka
- Menjadikan anda kekal bertenaga

halia

Halia
- Mengubati luka luar dan dalam
- Merawat kegatalan
- Merangsang kelenjar pencernaan
- Membangkit selera makan
- Menghangatkan tubuh
- Mengeluarkan peluh
- Membuang angin badan

kunyit

Kunyit
- Membersihkan perut
- Membuang lebihan gas pada usus
- Menghentikan pendarahan
- Melancarkan aliran darah
- Mencegah pengumpulan darah

lengkuas

Lengkuas
- Membantu membersihkan darah
- Menghalang gangguan perut
- Merangsang otot


Saturday, March 3, 2012

The BIG BREAKFAST Diet.


Hebatnya Protein
  •  "Eat breakfast like a king, lunch like a prince and dinner like a pauper..."
  • Berdasarkan teori The Big Breakfast, tulisan Daniela Jakubowicz.
  • Menitik beratkan masa anda makan, bukan apa yang anda makan.
  • Sarapan pagi sebanyak 610 - 850 kalori sebelum jam 9 pagi akan mempercepatkan metabolisme badan.
  • Protein dan karbohidrat memberikan kepuasan rasa kenyang.
  •  Sarapan pagi membuatkan anda kenyang sehingga 14 jam.
  • Tetapi anda tetap perlu makan tengahari dan malam untuk mengelakkan rasa lapar.
Cara Lakukan
  •  Tidak ada pantang larang mengambil nasi goreng, bubur ayam, roti, donat, aiskrim dan sebagainya.
  • Anda boleh ambil sehingga 300 kalori.
  • Tetapi perlu membuat catatan dan selesai sebelum jam 9 pagi.
Kesan
  •  Anda tidak perlu risau memikirkan makanan yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan.
  • Asalkan anda makan sebelum jam 9 pagi.
  • Dapat menurunkan berat badan antara 12.5kg dalam 30 hari.
Hasil
  • Sarapan yang baik akan membuatkan anda mampu mengawal jumlah kalori dengan lebih baik dan memiliki badan yang lebih ringan.
  • Jika melewatkan sarapan, ia mendorong risiko peningkatan berat badan dan obesiti.
  • Anda mungkin boleh menurunkan berat badan jika rutin sarapan anda sebanyak 600 - 1200 kalori.
  • Jika lebih 3000 kalori, ia akan mengganggu tujuan anda berdiet.
Sumber: Majalah Rapi, Bil. 185

    No CARB After 5pm Diet


    Pantau Ukuran Pinggang
    • Elakkan pengambilan karbohidrat selepas jam 5 petang.
    • Disaran tidak makan nasi, roti, pasta, kentang atau bijrin selepas jam 5 petang.
    • Diganti dengan sayuran, buah-buahan, ikan atau produk susu.
    • Karbohidrat hanya dibenarkan ambil semasa sarapan dan makan tengahari.
    • Perlu disertai program senaman iaitu berjalan kaki 30-60 minit setiap hari dan latihan mengempiskan perut.
    Cara Lakukan
    • Program diet selama 28 hari.
    • Anda perlu catat setiap waktu makan, jenis makanan dan aktiviti yang telah anda lakukan.
    • Pantau ukuran pinggang yang menjadi risiko ke arah menambahkan berat badan.
    Kesan
    • Diet ini mudah dijalankan dalam rutin harian anda.
    • Perlu bijak mengatur jumlah karbohidrat, berjalan kaki dan melakukan latihan perut.
    • Hanya satu minggu, anda boleh lihat perubahan pada badan anda.
    Hasil
    • Diet ini tidak sukar dicapai.
    • Anda perlu ingat karbohidrat tidak boleh diambil selepas jam 5 petang.
    • Namun, ia tidak menjanjikan penurunan berat badan yang minimum untuk dicapai.
    Sumber: Majalah Rapi, Bil.185

      The O2 Diet


      Utamakan Antioksidan
      •  Tidak perlu timbang jumlah makanan yang diambil tetapi ambil makanan yang kaya antioksida.
      •  Dicipta  oleh ahli nutrisi, Keri Glassman.
      • Anda perlu menghitung ORAC (oxygen radical absorbance capacity) atau kadar antioksidan dalam makanan.
      • Diet tinggi kadar antioksidan perlu mendapat 30,000 mata ORAC setiap hari.
      • Anda perlu ambil makanan yang sihat seperti buah-buahan, sayur-sayuran, ikan, protein rendah lemak atau teh hijau. 
      Cara Lakukan 
      •  Diet selama 32 hari
      • Fasa pertama dimulakan dengan mengambil sebanyak 1200 kalori dengan 50,000 mata ORAC setiap hari.
      • Fasa kedua selama dua minggu dengan 30,000 mata ORAC dan 1500 kalori.
      • Jalani fasa kedua dengan lebih lama jika ingin menurunkan lebih banyak berat badan.
       Kesan
      • Berat badan anda turun dengan mudah.
      • Antara 1 - 1.5 kg seminggu.
      • Pengambilan antioksidan yang banyak akan membuatkan kulit lebih cerah, meningkatkan tenaga dan meningkatkan daya ingatan.
      Hasilnya
      •  Diet kaya antioksida, nutrisi dan serat adalah diet rendah kalori.
      • Jenis-jenis makanan yang kaya dengan antioksidan akan meningkatkan imunisasi, menurunkan kadar kolesterol, meningkatkan kesihatan jantung dan melindungi diri daripada risiko kanser. 
      Sumber: Majalah Rapi, Bil. 182

        Friday, March 2, 2012

        The AMAZING Diet..


        Persiapkan Mental
        •  Menurut Mary Hegarty Nowlan, 75% penurunan berat badan disebabkan faktor psikologi.
        • Faktor ini berkait dengan kadar gula darah (glukosa).
        • Glukosa adalah makanan badan kerana ia membantu aktiviti otak, tenaga dan emosi.
        • Kekurangan glukosa menyebabkan keletihan, mengamtuk, mudah lupa, lesu, kurang tenaga sehingga depresi.
        Cara Lakukan
        •  Gabungkan pelbagai jenis makanan dan jadual makanan agar dapat mempertahankan kadar glukosa dalam darah.
        Kesan
        •  Selepas lima hari mengikuti pola pemakanan ini, badan anda akan jadi lebih bertenaga.
        • Tidak mengantuk pada waktu siang, memperbaiki aliran darah, meningkatkan metabolisme
        Hasil
        •  Boleh mempraktikkan diet ini di pejabat, majlis keraian, ketika melancong atau dalam keadaan tertekan.
        • Senaman menjadi salah satu bahagian penting dalam diet ini.

        Friday, January 20, 2012

        5 TIPS Mudah Atasi Masalah Perut Buncit..



        MINUM AIR
        Perut penuh adalah disebabkan oleh penyimpanan air, kurangkan masalah tersebut dengan minum banyak air. Ia akan mencairkan kepekatan garam dalam tubuh dan meningkatkan pengeluaran air dari sistem perkumuhan.

        MAKAN DENGAN PERLAHAN
        Amalkan makan dengan cara duduk dan kunyah makanan dengan perlahan. Makanan yang tidak dikunyah dengan betul, tidak dapat dicerna dan menimbulkan banyak gas.

        MENGURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
        Terlalu banyak garam hanya akan menambahkan lagi garam dalam tubuh dan melambatkan pengeluaran air keluar dari sel. Akibatnya, perut terasa penuh dan buncit.

        HINDARI SEMBELIT
        Untuk merangsang isi perut, tingkatkan pengambilan makanan berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

        OLAHRAGA
        Olahraga akan membantu menggerakkan cairan dalam perut dan keluar sebagai peluh atau dibawa ke pundi hempedu untuk keluar sebagai air kencing.

        Thursday, January 19, 2012

        9 Tanda Toksin Berlebihan Dalam Badan.

        SUCIKASIHCOLLECTION

         Kita mudah terdedah kepada BAHAYA TOKSIN melalui udara, makanan dan minuman. Jika toksin terlalu banyak dalam badan, masalah kesihatan boleh menyerang.JOM kita semak tanda-tanda toksin berlebihan.

        1. Sering letih dan lesu
        2. Lemah daya tumpuan dan daya ingatan.

        3. Sering alami sembelit dan cirit-birit.

        4. Timbulnya jerawat dan bintik hitam.
         5. Keguguran rambut dan kuku mudah rapuh.

        6. Sering alami sakit pada leher, kepala, bahu dan tengkuk.

        7. Cepat marah dan mudah murung.


        8. Kitaran haid tidak normal.

        9. Sering merasa sakit pada bahagian tulang belakang, pinggang dan sendi.

        Wednesday, January 18, 2012

        7 TIPS Permulaan Merangsang Diri Untuk Cergas...

        Jika anda mengalami masalah berat badan, meningkatkan kecergasan diri merupakan satu langkah efektif bagi menangani masalah anda. Selain membantu usaha menurunkan berat badan, senaman boleh meningkatkan metabolisme, mengurangkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi dan menstabilkan kandungan gula dalam darah. Malah pergerakan lebih cepat, paru-paru boleh bekerja lebih cekap dan anda akan rasa lebih HEBAT dan BERTENAGA...

        Mari kita lihat 7 TIPS untuk merangsang diri kita supaya CERGAS...


        1.MOTIVASI

        Tanamkan motivasi dalam diri anda. Motivasi diri merupakan penggerak paling utama yang akan membantu otak kita memprogram diri bagi mencapai matlamat..Tetapkan motivasi untuk bersenam bagi mengekalkan kesihatan anda atau untuk mencapai tahap kesihatan yang lebih baik.


        2.SUKA RELA

        Anda suka rela berusaha bersenam untuk langsing dan sihat. Keinginan suka rela adalah penting bagi memastikan usaha anda berterusan bagi jangka masa panjang. Jika tidak, anda akan rasa terbeban dan usaha anda tidak akan berkekalan untuk masa yang lama. Bagaimana anda ingin melihat hasilnya jika anda cepat putus asa?

        3. NASIHAT DAN TUNJUK AJAR PAKAR

        Dapatkan nasihat dan tunjuk ajar pakar. Yang ini bergantung kepada kemampuan anda. Sekiranya anda mampu, anda boleh menyertai kelas gimnasium yang menyediakan instruktor yang boleh membantu mencapai sasaran anda. Atau anda boleh menyertai kelas aerobik dengan bayaran lebih murah dari khidmat gim. Malah anda boleh membeli CD senaman dan ikuti gerak langkahnya di rumah.

        4.TETAPKAN SASARAN JANGKA PENDEK

        Tetapkan sasaran jangkamasa pendek. Contohnya, sasarkan senaman atau aerobik 3 kali seminggu minima 30 minit satu sesi dan penurunan berat 0.5kg -1.0 kg seminggu. Cuba capai sasaran jangka pendek dulu, barulah anda akan termotivasi untuk mencapai sasaran yang lebih besar.

        5. KIRA BMI SEKARANG DAN BMI SASARAN

        Kira BMI anda sekarang dan tentukan anda berada di tahap mana sekarang. Kemudian kira berapa BMI ideal bagi anda,kemudian tentukan berapa jumlah kg yang perlu anda turunkan dari sekarang. Sekiranya anda perlu turun 15kg, maka sasarkan 1 kg seminggu. Oleh itu, anda perlu sekurang-kurangnya 15 minggu untuk mencapai sasaran anda..Setkan dalam minda anda, pastikan anda mampu capai target tersebut.

        6.RANCANG JADUAL MENU HARIAN
         
        Rancang jadual menu harian anda. Tentukan jumlah kalori yang anda boleh ambil sehari dan elakkan pengambilan gula, garam dan minyak berlebihan. Contohnya, jika anda biasa minum minuman manis pada waktu pagi, tengahari dan petang, cuba kurangkan pengambilan kepada 2 atau 1 kali sahaja sehari. Gantikan minuman manis dengan air kosong kerana kalorinya adalah sifar.

        7. BANYAKKAN AKTIVITI FIZIKAL 
         
        Anda boleh banyakkan aktiviti fizikal tidak kira di pejabat atau di rumah seperti menaiki tangga ke pejabat, letak kereta di tempat yang sedikit jauh, berkebun, mengemas rumah, menyapu sampah, mengemas rak buku, mengemas almari, mengemop lantai, mengelap cermin rumah atau membasuh kereta.

        Friday, January 13, 2012

        Jenis Bentuk Badan Anda dan Kaitannya Dengan Kesihatan Anda...

        BENTUK EPAL

        Bentuk anda: Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki juga langsing.

        Maksudnya: Keseimbangan antara hormon seksual termasuklah testosteron dan estrogen dan hormon tekanan misalnya serotonin dan 'dopamine' mungkin boleh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di sekitar pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin menjadi sebegini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah dan terlalu sedikit aktiviti.


        contoh bentuk badan epal

        Isu Kesihatan: Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.

        BENTUK PEAR

         Bentuk anda: Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha yang besar.

        Maksudnya: Berita baiknya lemak yang ada pada bahagian punggung dan paha anda tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan juga diabetes. Jadi jangan risau dengan saiz punggung yang lebar.




        contoh bentuk badan pear
        Isu Kesihatan: Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan memeriksa payudara sendiri setiap bulan.

        BENTUK PISANG
        Bentuk anda: Anda memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki (lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.

        Maksudnya: Berita baiknya ialah risiko untuk anda mendapat penyakit jantung, diabetes, dan kanser payudara sangat rendah. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai lemak tubuh berbanding otot, anda tetap berisiko.

        contoh bentuk badan pisang
        Isu Kesihatan: Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan pengambilan kalsium.

        BENTUK AVOCADO
        Bentuk anda: Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha anda akan kelihatan beroto dan kuat.

        Maksudnya: Anda berisiko mendapat tiroid. Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar menurunkannya. Orang yang mempunyai berat badan ini mudah diserang tekanan dan sukar tidur.


        contoh bentuk badan avocado
        Isu Kesihatan: Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah anda. cubalah untuk sentiasa hidup riang.

        Sumber: Majalah Rapi, Bil. 139.



        Thursday, January 12, 2012

        Apa Bahaya TOKSIN Terhadap Tubuh ????


        Toksin badan berkumpul kerana beberapa faktor. Toksin masuk ke dalam badan melalui makanan, minuman, udara, kosmetik dan sumber-sumber lain. 

        Apa itu toksin?
        Toksin adalah bendasing dalam badan yang tidak dikenali oleh badan dan tidak disimpan dan cuba disingkirkan oleh organ perkumuhan seperti hati dan ginjal. Toksin juga bendasing yang biasanya cuba dikeluarkan oleh peluh melalui pori-pori kulit atau ditolok keluar dari badan melalui pundi atau kolon (usus).

        Apa Bahaya Toksin?
        Masalah kesihatan berlaku akibat perasa dan pewarna tiruan, bahan penjeruk, racun serangga, dan makanan diproses yang bersifat karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser dan toksik yang meracun badan dan darah. Kanser bukanlah satu-satunya masalah kesihatan yang boleh berlaku namun ia adalah yang paling sering berlaku kerana toksin..
        Satu lagi penyakit yang boleh berlaku ialah Lupus. Penyakit ini menyebabkan sistem pertahanan badan menyerang diri sendiri dan organ-organnya. Lupus berlaku kerana toksin terdapat dalam darah dan organ badan serta badan tidak boleh membezakan toksin dengan organ yang mengandunginya.


        Selain kesan diatas, toksin terutamanya racun serangga dan logam berat boleh meyebabkan sakit otot, keletihan dan tekanan. Toksin menyebabkan anda lemah dan sukar untuk fokus. Jika anda tidak mengamalkan pemakanan seimbang, toksin-toksin ini akan masuk kedalam badan setiap hari dan tidak dinafikan anda akan merasa kesan negatif daripadanya...

        Tuesday, January 10, 2012

        Kurangkan KALORI Tanpa Kurangkan Makan???

        Prinsip paling mudah untuk menurunkan berat badan adalah dengan mengurangkan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari. Anda dinasihatkan mengurangkan 500kcal kalori sehari daripada pengambilan kalori harian sekiranya ingin susut antara 0.5kg - 1.0 kg seminggu. Akan tetapi, anda dinasihatkan JANGAN BERLAPAR kerana ia akan menurunkan metabolisme tubuh. Maka, badan tidak akan menyusut walaupun anda berlapar..

        Jadi, macam mana caranya anda nak KURANGKAN KALORI tanpa KURANGKAN MAKAN?

        TIPS PERTAMA

        1. Pilih makanan yang berNILAI tinggi

        Makanan yang mengandungi sumber tenaga yang tinggi biasanya mengandungi kalori yang tinggi dan jumlah air yang sedikit. Jadi, berhati-hati memilih makanan sebegini. Lebih tinggi faedah kesihatan yang terkandung dalam makanan, lebih rendah jumlah kalorinya maka ia lebih baik untuk anda.

        Contohnya,

        Satu set Mc Chicken Mc Donald mengandungi;

        1 biji  burger Mc Chicken : 365 kcal
        Kentang goreng (medium sized) : 360kcal
        1 gelas Coca cola: 105kcal
        Jumlah: 830 kcal
        (41.5% daripada pengambilan 2000kcal keperluan kalori harian)

        Satu set nasi ayam mengandungi;

        1 mangkuk nasi ayam, 1 ketul ayam panggang, sedikit salad dan tomato, sedikit kicap dan sos, serta semangkuk kecil sup : 600kcal

        (30% daripada pengambilan kalori harian 2000kcal)







        Bandingkan antara dua makanan di atas, yang mana akan memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan lebih berkhasiat dari segi kandungan nutrisinya. Malah, anda boleh bandingkan yang mana lebih kurang kualiti makanan contohnya mempunyai paras lemak dan gula yang lebih tinggi?

        TIPS KEDUA
        Pilih cara penyediaan makanan yang sihat, misalnya bakar, kukus atau rebus. Juga kurangkan penggunaan santan dan minyak dalam penyediaan makanan.


        Contohnya;

        Kalori seketul ayam goreng: 255kcal












        Kalori seketul ayam bakar: 173kcal







        Jadi, antara dua pilihan di atas? Yang mana satu pilihan anda, tepuk dada tanya minda anda...



        TIPS KETIGA

        Kawal saiz hidangan anda. Lebih baik anda makan dalam saiz hidangan kecil tetapi kerap (5 kali sehari) daripada makan dalam saiz hidangan besar tetapi tidak kerap (2-3 kali sehari). Ini kerana, makan lebih kerap dalam saiz yang kecil boleh meningkatkan metabolisme tubuh. Sebaliknya, makan dalam saiz yang besar walaupun hanya 2 kali sehari akan menyebabkan anda mudah rasa lapar dan mendorong anda makan lebih banyak. Malah, masa makan yang agak jauh akan menyebabkan metabolisme badan menurun.



        TIPS KEEMPAT
        Baca label makanan...

        Contoh
        Label makanan ini menunjukkan;

        1. Serving size ( saiz hidangan) : jumlah yang diambil sekali makan ialah 1/2 cawan (114g)

        2. Calories (kalori bagi sekali hidangan) : 90kcal

        3. Serving Per Container (Jumlah hidangan dalam satu pek) : 4, maksudnya satu pek ini ialah untuk 4 kali makan

        4. Bahan - bahan lain dalam hidangan :
            sodium (kandungan garam) : 300mg bagi setiap hidangan (114g)
            Dietary fiber (serat) : 3g bagi setiap hidangan (114g)

        5. Nutrien-nutrien lain
            Vitamin A: 80%, Vitamnin C: 60%, Calcium: 4% dan Iron 4%
           
        Dengan membaca label makanan, anda boleh menentukan saiz hidangan yang perlu anda ambil dan berapa jumlah kalori yang anda makan..

        Selamat mencuba, dengan azam & disiplin pasti anda akan berjaya...