Bentuk anda: Berat anda tertumpu pada bahagian pinggang ke atas. Punggung anda kecil dan kaki juga langsing.
Maksudnya: Keseimbangan antara hormon seksual termasuklah testosteron dan estrogen dan hormon tekanan misalnya serotonin dan 'dopamine' mungkin boleh menjadi penyebab berkumpulnya lemak di sekitar pinggang anda. Bentuk tubuh anda mungkin menjadi sebegini disebabkan oleh terlalu banyak tekanan, pengambilan makanan yang salah dan terlalu sedikit aktiviti.
contoh bentuk badan epal |
Isu Kesihatan: Apabila anda mengalami kenaikan berat badan, lazimnya ia tertumpu pada bahagian merbahaya. Lebihan lemak ini dipanggil 'visceral' dan terbina di bawah kulit. Jika tidak dikawal, ia mampu meningkatkan kolesterol dan masalah insulin. Jangan lupa melakukan ujian kolesterol dalam darah anda, gula darah dan juga tekanan darah. Tindakan ini dapat mengelakkan anda dari risiko penyakit jantung, diabetis tahap 2 dan angin ahmar.
BENTUK PEAR
Bentuk anda: Bahagian dada anda lazimnya kecil. Pinggang anda juga ramping. Badan anda boleh dikatakan seperti ikan duyung. Anda mempunyai pinggang, punggung dan paha yang besar.
Maksudnya: Berita baiknya lemak yang ada pada bahagian punggung dan paha anda tidak akan meningkatkan risiko penyakit jantung, angin ahmar dan juga diabetes. Jadi jangan risau dengan saiz punggung yang lebar.
contoh bentuk badan pear |
Isu Kesihatan: Dengan lebihan lemak pada bahagian bawah tubuh anda, bentuk pear mudah berisiko mempunyai masalah pengedaran darah misalnya 'vericose vein' dan juga lebihan air pada buku lali dan kaki. Bahkan anda juga mempunyai tahap estrogen yang tinggi yang mana mampu meningkatakan risiko barah payudara. Anda dinasihatkan mengamalkan memeriksa payudara sendiri setiap bulan.
BENTUK PISANG
Bentuk anda: Anda memiliki pinggang yang kurus, kaki yang panjang dan bentuk badan seperti lelaki (lurus sahaja). Biasanya bentuk badan seperti buah pisang ini dicemburui teman-teman.
Maksudnya: Berita baiknya ialah risiko untuk anda mendapat penyakit jantung, diabetes, dan kanser payudara sangat rendah. Tetapi jika anda tidak 'fit' dan mempunyai lemak tubuh berbanding otot, anda tetap berisiko.
contoh bentuk badan pisang |
Isu Kesihatan: Oleh sebab bentuk badan anda seperti pisang ini lebih cenderung seperti lelaki, anda mungkin mempunyai tahap estrogen yang rendah. Tidak mustahil ini akan menganggu ovulasi dan kesuburan anda. Oleh itu, rancangkan plan keluarga anda mencecah usia 30. Rangka tubuh yang kecil dan BMI yang rendah meningkatkan risiko anda mendapat osteoporosis. Silalah bersenam mulai sekarang dan banyakkan pengambilan kalsium.
BENTUK AVOCADO
Bentuk anda: Bentuk anda di tengah-tengah antara epal dan pir. Anda tidak kurus dan juga tidak gemuk. Anda mempunyai ukuran dada dan pinggang yang lebar. Jika anda cergas, lengan dan paha anda akan kelihatan beroto dan kuat.
Maksudnya: Anda berisiko mendapat tiroid. Ini kerana anda mudah mengalami peningkatan berat badan tetapi agak sukar menurunkannya. Orang yang mempunyai berat badan ini mudah diserang tekanan dan sukar tidur.
contoh bentuk badan avocado |
Isu Kesihatan: Anda mudah merasa penat dan ini sering menyukarkan anda untuk bersenam dan melakukan aktiviti cergas. Untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, selalulah lakukan aktiviti yang menenangkan minda. Kerana setiap kali anda tertekan, hati anda akan membebaskan lemak ke dalam salur darah anda. cubalah untuk sentiasa hidup riang.
Sumber: Majalah Rapi, Bil. 139.
tq atas info inie.. saya share ye ;)
ReplyDelete