Sunday, January 1, 2012

10 KESAN Terbaik Turunkan Berat badan...

1. MENINGKATKAN DAYA INGATAN

Dalam satu kajian di Sweden, para pengkaji menggunakan imbasan CAT bagi mengukur saiz otak 290 wanita lingkungan usia 70an.

Hasil mendapati, wanita yang mempunyai masalah kebocoran kecil pada otak mereka pernah berhadapan masalah berat badan semasa usia muda. Manakala, wanita yang sihat sel otaknya tergolong dalam kelompok yang mempunyai berat badan ideal semasa muda.

Masalah kebocoran kecil ini mengurangkan daya ingatan seseorang.Pakar sains percaya, penyakit salur darah yang dihidapi penghidap obesiti boleh mengganggu peredaran darah ke sel-sel otak, seterusnya boleh membunuh.

2. JIMAT WANG

Kajian membuktikan seseorang perlu menurunkan berat badan sekurang-kurangnya 5% bagi menjimatkan perbelanjaan perubatan sebanyak RM3000 dalam setahun.

3. LEBIH KUAT

Kajian terhadap 9400 dewasa pertengahan umur mendapati orang dewasa yang mempunyai perut berlapis (spare tires) lebih berisiko menghadapi masalah lemah otot dan daya bersenam yang rendah sebanyak 57%.

4. PANJANGKAN JANGKA HAYAT JANTUNG

Risiko masalah pada dinding jantung dan denyutan jantung tidak normal adalah 50% lebih tinggi di kalangan pesakit obesiti berbanding mereka yang mempunyai berat badan normal dan sihat. Obesiti boleh menyebabkan atrium jantung (bahagian atas jantung sebelah kiri) meregang dan seterusnya menyebabkan denutan jantung semakin laju dan tidak selari.

5. LINDUNGI LUTUT

Setiap satu paun berat badan berlebihan meningkatkan risiko osteoartritis (masalah lutut yang melanda usia 40an) sebanyak 10% hingga 15% dikalangan wanita dan 5% hingga 10% dikalangan lelaki.

6. ELAK KANSER

Kajian mendapati, mereka yang berlebihan berat badan tetapi berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 20 paun atau lebih mengurangkan risiko kanser payudara sebanyak 21%.

Wanita yang obes juga berisiko menghidap kanser endometriosis sebanyak tiga kali ganda berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.

7. MUDAH BERNAFAS
Kajian menunjukkan, bagi individu obes, setiap 10% berat badan yang turun membantu melancarkan fungsi paru-paru sehingga 5%. Mereka yang berjaya menurunkan 25% berat badan pula akan melancarkan sistem pernafasan sebanyak 10%. 

Berat badan berlebihan mengakibatkan tekanan berlebihan kepada otot-otot pernafasan seterusnya menyebabkannya terpaksa bekerja lebih keras dan kurang efektif.

8. LUASKAN SALURAN DARAH

Mereka yang obes yang berjaya menurunkan berat badan sehingga 7% mampu mengelakkan gejala kerosakan pada salur darah. Keadaan ini secara tidak langsung mangatasi masalah atherosclerosis, serangan sakit jantung dan strok.

9. KESEIMBANGAN BADAN

Obesiti boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang membuatkan seseorang itu sukar mengawal tubuh badannya, walaupun dengan bantuan persenyawaan in vitro (IVF). 

Kajian terhadap 372 wanita yang menjalani IVF mendapati, mereka yang obes mempunyai 32% lebih rendah peluang untuk hamil berbanding wanita dengan berat badan ideal.

Mereka yang obes juga berisiko mengalami keguguran kandungan sehingga 43% daripada mereka yang mempunyai berat badan normal.

10. MELANCARKAN PROSES KELAHIRAN

Kajian terhadap  612  wanita oleh University North Carolina mendapati wanita yang obes memerlukan masa yang lama sehingga dua jam semasa proses kelahiran anak berbanding wanita yang mempunyai berat badan normal.

No comments:

Post a Comment