1. Jika sering rasa sakit perut, segeralah berjumpa doktor bagi mengenalpasti punca sebenar.
2. Elak makan ubat tahan sakit aspirin, ibuprofen atau lain-lain ubat anti keradangan bukan steroid (NSAIDs). Gantikan dengan parasetamol . Pengambilan ubatan berasaskan herba juga tidak digalakkan.
3. Makan secara bijak. Makan lebih kerap tetapi dalam kuantiti sedikit. Ini boleh menampan penghasilan asid perut.
4. Elak makan makanan pedas, masam dan makanan yang dijerukkan.
5. Kurangkan pengambilan makanann berminyak, bergoreng dan berlemak.
6. Berhenti merokok. Asap rokok memberi kesan kepada penghasilan asid dalam perut.
Merokok menambahkan penghasilan asid perut, melambatkan proses penyembuhan luka, dan meningkatkan risiko ulser menjadi kanser.
7. Bersenam secara konsisten mampu membantu anda untuk mengurangkan risiko diserang pelbagai penyakit.
8. Tangani masalah dan tekanan yang anda alami. Emosi negatif seperti kemurungan, depresi, dan suka marah mampu mencetuskan masalah gastrik. Sentiasa bertenang dan luahkan masalah anda dengan keluarga atau teman rapat yang boleh dipercayai.
No comments:
Post a Comment