KESIHATAN ITU KEKAYAAN, MAKA HARGAINYA |
Makanan mengandungi toksin yang berpunca daripada bahan kimia dan penambah perisa yang terdapat dalam makanan diproses. Manakala sesetengahnya berpunca daripada penggunaan racun serangga terhadap tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.
2. Air
Air yang tidak dirawat dengan sempurna mngkin mengandungi dadah atau bahan-bahan kimia daripada produk farmaseutikal yang larut dalam air. Antaranya antibiotik, ubat penenang, ubat perancang kehamilan dan ubat penahan sakit.
3. Persekitaran
Samaada anda berada didalam atau diluar rumah, persekitaran merupakan antara sumber utama toksin. Pencemaran daripada kilang, asap kereta, asap rokok, bahan pencuci rumah seperti peluntur, ammonia, bahan pencuci detergent dan sebagainya.
4. Bahan penjagaan diri dan kecantikan
Bahan penjagaan diri dan kecantikan seperti ubat gigi, losyen, krim, sabun, syampu, perapi, minyak wangi dan mekap mengandungi bahan toksin.
Antara bahan toksin yang terdapat dalam bahan kecantikan yang perlu anda elakkan penggunaanya antaranya;
sodium laurel sulfate, sodium laureth sulfate, tricloson (dalam produk antibakteria), paraben (Methlparaben, Ethylparaben, p-Propylparaben, Isobutylparaben, n-Butylparaben, dan Benzylparaben), Diethanolamine DEA, Cocamide DEA, alpha and beta hydroxy acid, talc, lanolin dan phthalates.
5. Tekanan dan berfikiran negatif
Satu kajian yang dijalankan menanggarkan 90% penyakit berpunca daripada tekanan. Tekanan boleh membunuh bakteria baik dan yis yang hidup dalam sistem penghadaman dan usus yang membantu anda hidup sihat..
Sumber artikel: http://bodyecology.com/articles/top-5-sources-of-toxins.php
No comments:
Post a Comment