1. Jaga Pola Pemakanan
Makan secara teratur iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Jika anda tidak biasa bersarapan anda boleh minum segelas susu atau jus buah pada waktu pagi.
Makanan pada waktu tengahari pastikan anda ambil makanan yang seimbang. Sebaiknya elakkan makanan ringan atau makanan segera.
Waktu antara waktu makan utama, anda boleh ambil makanan berkhasiat yang rendah kalori seperti buah-buahan, biskut bijrin, segelas susu atau jus bagi mengekalkan metabolisme. Elakkan diri anda daripada menahan makan. sebaliknya ganti sikap tersebut dengan ambil makanan yang seimbang dalam kuantiti kecil atau sederhana.
Tindakan menahan makan hanya akan melambatkan lagi metabolisme badan anda.
2. Tidur Malam Yang Cukup
Kurang tidur akan menyebabkan seseorang mudah marah, letih dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara atau kerja.
Jadi, cubalah untuk tidur malam selama 8 jam.
3. Elakkan Tekanan
Tekanan akan menyebabkan metabolisme badan merosot. Malah memudahkan badan mendapat penyakit dan melambatkan proses penyembuhan penyakit.
Elakkan tekanan dengan meluangkan masa bercerita atau berbincang masalah yang anda hadapi dengan rakan yang boleh dipercayai. Jadilah seorang yang sentiasa BAHAGIA...
4. Senaman Yang Teratur
Senaman yang teratur akan meningkatkan kesegaran tubuh selain membakar kalori dan mengekalkan stamina. Tubuh juga akan kelihatan lebih menarik dan berotot jika anda mengamalkan pola senaman yang teratur setiap minggu.
5. Minum Air Putih
Minum air sebanyak 2 liter setiap hari membantu mengawal suh badan, sistem aliran darah dan dapat menyingkirkan garam berlebihan dalam tubuh anda.
No comments:
Post a Comment