Wednesday, December 14, 2011

5 Sumber Utama TOKSIN Yang Masuk Ke Dalam Tubuh...

KESIHATAN ITU KEKAYAAN, MAKA HARGAINYA
1. Makanan
Makanan mengandungi toksin yang berpunca daripada bahan kimia dan penambah perisa yang terdapat dalam makanan diproses. Manakala sesetengahnya berpunca daripada penggunaan racun serangga terhadap tanaman sayur-sayuran dan buah-buahan.

2. Air
Air yang tidak dirawat dengan sempurna mngkin mengandungi dadah atau bahan-bahan kimia daripada produk farmaseutikal  yang larut dalam air. Antaranya antibiotik, ubat penenang, ubat perancang kehamilan dan ubat penahan sakit.

3. Persekitaran
Samaada anda berada didalam atau diluar rumah, persekitaran merupakan antara sumber utama toksin. Pencemaran daripada kilang, asap kereta, asap rokok, bahan pencuci rumah seperti peluntur, ammonia, bahan pencuci detergent dan sebagainya.

4. Bahan penjagaan diri dan kecantikan
 Bahan penjagaan diri dan kecantikan seperti ubat gigi, losyen, krim, sabun, syampu, perapi, minyak wangi dan mekap mengandungi bahan toksin.

Antara bahan toksin yang terdapat dalam bahan kecantikan yang perlu anda elakkan penggunaanya antaranya;
sodium laurel sulfate, sodium laureth sulfate, tricloson (dalam produk antibakteria), paraben (Methlparaben, Ethylparaben, p-Propylparaben, Isobutylparaben, n-Butylparaben, dan Benzylparaben), Diethanolamine DEA, Cocamide DEA, alpha and beta hydroxy acid, talc, lanolin dan phthalates.

5. Tekanan dan berfikiran negatif
Satu kajian yang dijalankan menanggarkan 90% penyakit berpunca daripada tekanan. Tekanan boleh membunuh bakteria baik dan yis yang hidup dalam sistem penghadaman dan usus yang membantu anda hidup sihat..


Sumber artikel:   http://bodyecology.com/articles/top-5-sources-of-toxins.php

Tuesday, December 13, 2011

14 Jenis DIET Popular di Dunia....

pelakon hollywood kristie alley sebelum dan selepas turun berat badan
MENYUKAT KALORI
Ia melibatkan pengambilan makanan rendah kalori dan mengutamakan makanan yang sihat dan semulajadi

THE GREAT SKIN DIET
Wanita sanggup menghabiskan beribu-ribu ringgit untuk menjaga kulit. Namun tidak ramai yang tahu kulit sebenarnya adalah cermin kepada tahap kesihatan dalaman tubuh anda.

THE MODEL DETOX DIET
Diet jenis ini bertindak mencuci toksin dan menyimpan tenaga dan kekuatan tubuh.

THE ACAI BERRY DIET
Diet melibatkan buah-buah beri yang dianggap 'superfood' yang membantu anda hidup dengan penuh tenaga dan keseimbangan.

THE APPLE CIDER VINEGAR DIET
Diet melibatkan khasiat cuka epal yang sudah lama digunakan sebagai perawat kesihatan semulajadi. Namun akhir-akhir ini kajian berjaya membuktikan ia boleh menjadi supplemen paling berkesan menurunkan berat badan.

ATKINS DIET
Sangat popular dikalangan lelaki dan perempuan. Diet Atkins diamalkan secara melaus dalam industri fesyen dan hiburan.

MENCUCI DAN BERPUASA
Mencuci atau detoksifikasi adalah teknik yang digunakan model-model peragaan dalam kerjaya mereka. Ia bukan sahaja membantu anda mudah menurunkan berat badan bahkan menambah keserian wajah. Ia membantu membersihkan organ dalaman anda dan memberikan rambut yang kuat dan sihat.

THE BLOOD TYPE DIET
Diet ini menyatakan bahawa setiap kumpulan darah mempunyai kecenderungan mengidap penyakit tertentu. Oleh itu. ada jenis diet yang mengikut kategori darah. Orang yang ingin mengamalkannya perlu makan kumpulan makanan yang sesuai dengan kumpulan darah mereka sahaja.

THE GRAPEFRUIT DIET
Diet ini diwarisi sehingga generasi ketiga dan keempat. Ia juga dikenali sebagai 'Fad Diet'. Sangat popular di kalangan selebriti Hollywood.

THE GREEN TEA DIET
Ada dua terbaik untuk mengurangkan berat badan iaitu mengurangkan jumlah pengambilan kalori dan meningkatkan penggunaan tenaga tubuh. Diet jenis ini melibatkan kedua-dua unsur tersebut dan dianggap sebagai diet paling mudah di pasaran.

THE LOW FAT DIET
Diet ini bukan hanya meningkatkan kesihatan bahkan juga membantu anda menurunkan berat badan.Diet ini menerangkan yang lemak bukan sahaja mengandungi gandaan kalori untuk karbohidrat dan protein bahkan ia juga boleh memberikan risiko pada sistem kardiovaskular.

THE MEDITERRANEAN DIET
Ia bukan asahaja setakat diet bahkan juga perubahan gaya hidup yang menggantikan makanan proses dengan makanan semulajadi yang lazat, Diet ini menawarkan makanan yang sempurna, kaya dengan antioksida demi membantu anda kelihatan muda dan bertenaga.

THE SOUTH BEACH DIET
Diet ini tidak menghalang anda mengambil karbohidrat. Sebaliknya ia menerangkan tentang perbezaan antara karbohidrat baik dan karbohidrat tidak baik begitu juga dengan lemak baik dan lemak tidak baik.

WEIGHT WATCHERS DIET PLAN.
Ia direka pada tahun 1960-an dan telah menjadi antara kaedah diet popular di dunia.



Monday, December 12, 2011

7 TANDA Diet Anda Berbahaya..






Walaupun anda mengamalkan diet, namun pastikan anda mengamalkan diet yang seimbang dan tidak memudaratkan kesihatan anda.  Perbuatan menahan diri daripada makan boleh menyebabkan seseorang individu mengalami penyakit aneroksia nervosa.

Berikut adalah tanda-tanda bahawa diet anda BERBAHAYA!!!!

Anda tetap mahu meneruskan diet walaupun anda tidak mengalami masalah berat badan

Berlaku perubahan pada fizikal misalnya letih, sakit kepala dan pening.

Menyisishkan diri daripada keluarga dan rakan-rakan.

Makan secara sembunyi-sembunyi.

Asyik memikirkan makanan setiap masa.

Takut pada makanan.

Senaman secara berlebihan.

Friday, December 9, 2011

Mengunyah Boleh Membuat Anda Kurus?



Mengunyah bukan sahaja makanan tetapi gula-gula getah boleh mengurangkan berat badan. Mengikut kajian daripada Obesity Society (New Orleans, Lousiana), berat badan boleh berkurangan apabila anda mengunyah gula-gula getah.  Selain itu, Universiti Caledonian di Scotland menyatakan mengunyah gula-gula getah dapat mengelakkan rasa lapar dan rasa ingin makan.
Individu yang mengunyah gula-gula getah selepas makan tengahari didapati akan merasa kenyang lebih lama, kurang keinginan untuk makanan manis, dan makan snek minum petang lebih sedikit berbanding orang yang tidak mengunyah gula-gula getah.

Bagaimana Mengunyah Gula-gula Getah Boleh Menyekat Keinginan Untuk Makan?
Apabila kita mengunyah makanan, deria rasa dirangsang oleh rasa makanan. Pendedahan kepada rasa dan bau makanan akan menyebabkan makanan rasa semakin kurang sedap. Otak akan menghantar signal bahawa anda telah kenyang dan keinginan untuk makan berkurang.


Mengunyah gula-gula getah juga memberi kesan yang sama tetapi TANPA KALORI...Pastikan anda memilih gula-gula getah tanpa gula unntuk dikunyah...


CARA BERDIET Tapi Tidak Kelaparan...

Anda tidak perlu kelaparan semata-mata untuk berdiet. Ikuti tips ini yang dapat membantu anda menurunkan berat badan tanpa rasa lapar.

Jangan lupa ambil sarapan dan makan 3-4 jam sekali untuk mengimbangkan kadar gula dalam darah.

Rehatkan badan 2-3 jam sebelum tidur

Nikmati setiap suapan dengan makan secara perlahan-lahan. Ia juga akan membantu anda cepat kenyang.

Selepas makan dan rehat seketika, lakukan aktiviti atau berjalan sekejap untuk mengelakkan makan tersimpan menjadi lemak.

Menu Yang Patut DIELAK Semasa Sarapan!!!

http://sucikasihcollection.blogspot.com

MUFFIN KEK LOBAK
Satu hidangan mengandungi 680kcal dan 40gram lemak.








DONUT 
Donut adalah makanan bergoreng. Satu keping donut yang dihiasi lapisan coklat dan manisan yang pelbagai mengandungi 200kcal.






WAFEL SEJUK BEKU
Ia biasanya kaya dengan gula dan lemak, selain kurang mengandungi vitamin, mineral dan serat.






SET DELUXE BREAKFAST MAKANAN SEGERA
Dengan menu 'hash brown', telur hancur, sosej, pancakes dengan sirap dan mentega, set ini biasanya mengandungi 1120kcal dan 61gram lemak.

5 JENIS Makanan Yang Membantu Anda Kekal Awet Muda....

minyak zaitun
MINYAK ZAITUN
Mengandungi 'polyphenols' sejenis antioksida yang berkesan menghindari penyakit berkaitan usia.

Yogurt
YOGURT
Mengandungi bakteria baik yang membantu mengekalkan kesihatan dan masalah usus yang berkaitan dengan usia.

Ikan
IKAN
Ikan adalah sumber asid lemak Omega 3 yang membantu pembinaan kolesterol baik pada arteri dan melindungi jantung daripada masalah kelainan ritma/degupan jantung.


Coklat
COKLAT
Koko kaya dengan flavanoid membantu mengekalkan kesihatan saluran darah. Ia mengekalkan kesihatan saluran darah, merendahkan risiko diserang tekanan darah tinggi, diabetis tahap 2, dementia dan penyakit buah pinggang.

Kekacang
KEKACANG
Kaya dengan asid lemak tak tepu dan juga pelbagai vitamin, mineral dan 'phytochemicals' termasuklah antioksida.

MAKSUD;

Polyphenols - sekumpulan bahan kimia ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran dan tumbuhan lain seperti buah beri, walnut, buah zaitun, daun teh dan anggur. Ia dikelaskan sebagai antioksida yang berfungsi mengeluarkan radikel bebas dari tubuh.

Radikel bebas boleh menyebabkan kerosakan sel dan tisu dalam tubuh.

Flavonoid - sejenis sebatian ditemui merupakan pigmen yang larut air ditemui dalam tumbuhan terutama yang berwarna. Mempunyai sifat antioksida dan anti jangkitan (anti-inflammatory). Ia membantu mengurangkan kesan pengoksidaan sel badan (kerosakan sel) dan mencegah penyakit jantung dan kanser.

Asid lemak Omega 3 - sejenis lemak tidak tepu yang tidak dapat dihasilkan sendiri oleh badan manusia tetapi penting untuk metabolisme badan. Ia mempunyai sifat anti-jangkitan (anti-inflammatory), antioksida, bermanfaat mengawal paras kolesterol dan mengurangkan risiko penyakit jantung.

Phytochemicals - Sebatian yang dihasilkan oleh tumbuhan, ditemui dalam buah-buahan, sayur-sayuran, kekacang, bijrin dan tumbuhan lain. Penting untuk mengurangkan atau mengelak risiko penyakit kronik. Contoh phtochemicals adalah beta carotene, ascorbic acid, carotenoids, folic acid, vitamin E dan banyak lagi..

5 CARA Efektif Menjaga Metabolisme Tubuh...


1. Jaga Pola Pemakanan

Makan secara teratur iaitu pada waktu pagi, tengahari dan malam. Jika anda tidak biasa bersarapan anda boleh minum segelas susu atau jus buah pada waktu pagi.

Makanan pada waktu tengahari pastikan anda ambil makanan yang seimbang. Sebaiknya elakkan makanan ringan atau makanan segera.

Waktu antara waktu makan utama, anda boleh ambil makanan berkhasiat yang rendah kalori seperti buah-buahan, biskut bijrin, segelas susu atau jus bagi mengekalkan metabolisme. Elakkan diri anda daripada menahan makan. sebaliknya ganti sikap tersebut dengan ambil makanan yang seimbang dalam kuantiti kecil atau sederhana.

Tindakan menahan makan hanya akan melambatkan lagi metabolisme badan anda.

2. Tidur Malam Yang Cukup

Kurang tidur akan menyebabkan seseorang mudah marah, letih dan tidak dapat memberi tumpuan terhadap sesuatu perkara atau kerja.
Jadi, cubalah untuk tidur malam selama 8 jam.

3. Elakkan Tekanan

Tekanan akan menyebabkan metabolisme badan merosot. Malah memudahkan badan mendapat penyakit dan melambatkan proses penyembuhan penyakit.

Elakkan tekanan dengan meluangkan masa bercerita atau berbincang masalah yang anda hadapi dengan rakan yang boleh dipercayai. Jadilah seorang yang sentiasa BAHAGIA...

4. Senaman Yang Teratur

Senaman yang teratur akan meningkatkan kesegaran tubuh selain membakar kalori dan mengekalkan stamina. Tubuh juga akan kelihatan lebih menarik dan berotot jika anda mengamalkan pola senaman yang teratur setiap minggu.

5. Minum Air Putih

Minum air sebanyak 2 liter setiap hari membantu mengawal suh badan, sistem aliran darah dan dapat menyingkirkan garam berlebihan dalam tubuh anda.