Saturday, July 28, 2012

AWET MUDA Cara Semulajadi - Lindungi Usia Sebenarmu...

Penuaan merupakan proses semulajadi yang akan berlaku kepada setiap individu kerana faktor pertambahan usia. Namun terdapat beberapa TIPS mudah yang anda boleh amalkan setiap hari bagi melambatkan proses penuaan dan mengekalkan kemudaan wajah..

1. Ceriakan Diri dan Ketawalah...

Sangat penting diri anda sentiasa gembira dan ceria. Ketawa dan bergembiralah seadanya kerana jika anda sentiasa tertekan dan tidak tenang, ia boleh menyebabkan anda kelihatan tua daripada umur. Jika masih tidak berhasil, pergilah bercuti dan manjakan diri di spa dan sebagainya.

2. Pastikan Berat Badan Sentiasa STABIL...

Kulit mempunyai serat elastik yang menyokong kulit. Peningkatan atau kekurangan berat badan yang keterlaluan boleh merosakkan kulit sehingga menyebabkan anda kelihatan tua sebelum waktu. Ia disebabkan kulit telah hilang keanjalan semulajadinya. oleh kerana itulah, anda perlu memastikan berat badan sentiasa ideal.

3. Elakkan Terik Matahari

Sangat  penting melindungi kulit daripada pancaran terik matahari yang berbahaya dan merosakkan jika anda ingin memastikan kulit sentiasa muda. Lindungi kulit yang terdedah dengan krim yang mempunyai SPF sekurang-kurangnya 15.



4. Pastikan Terhidrat

Apabila badan kekurangan sel air, ia akan menyedut air dari sel walaupun sel-sel kulit. Air bertindak sebagai pelembab semulajadi kulit. Oleh kerana itulah anda perlu minum sekurang-kurangnya lapan hingga sepuluh gelas air setiap hari supaya tubuh terhidrat sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment