Ini adalah petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan..Petua ni saya dapat daripada majalah RAPI BIL.62 keluaran 15 FEBRUARI 2007...
Jika anda seorang yang rajin mengamalkan petua-petua tradisional, mungkin anda boleh mencuba petua-petua ini;
1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA:
Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah
airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya
minuman anda setiap kali selapas makan tengahari dan malam.
CARANYA:
Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti
sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya
dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut lepas minum)
CARANYA:
Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin
boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu
manis dan madu.
CARANYA:
Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan
bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis.
Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam
pantang.(ps: kalau lepas pantang pun still makan macam ni, memang boleh
kurus rasanya)
5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA:
Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah
jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur,
biarkan kering sampai pagi.
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.
No comments:
Post a Comment