Wednesday, February 6, 2013

Cara Buang TOKSIN Dalam Badan...Pembersihan Dari Dalam



MINUM

Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air atau lebih kurang 2 liter air setiap hari membantu membuang toksin yang banyak dalam badan.

Cecair membantu mengeluarkan kekotoran melalui sistem perkumuhan badan anda. Tetapi elakkan minuman manis, kopi atau teh semasa program detoks kerana ia boleh mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.

SAYUR SAYURAN

Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan nutrisi penting dan bertindak sebagai agen antioksida. Apabila anda melalui program detoks, anda perlu memastikan tubuh mengekalkan jumlah nutrisi yang konsisten untuk tenaga sepanjang hari.

Anti oksidan membantu menghadapi radikal bebas, mengukuhkan sistem imun dan melambatkan penuaan. 

BANYAKKAN PENGAMBILAN BUAH DAN SAYUR

Apabila anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran, anda sebenarnya mengambil banyak karbohidrat dan serat. Sebagai makanan yang rendah indeks glisemik (GI), ia memberi aliran tenaga yang stabil sepanjang hari dan membantu anda mengelakkan snek yang tidak bermanfaat seperti makanan ringan.

Semasa program detoks, makanlah buah-buahan segar sebagai snek untuk menambah jumlah serat dan membenarkan badan mengekalkan kesihatan usus.

MINUM SUP

Memasak sup sayur yang menyihatkan dalam satu periuk yang besar dan menyimpan dalam bekas hidangan harian di dalam peti ais, memberikan anda keselesaan pra-penyediaan makanan yang tinggi dalam nutrisi.

Terdapat pelbagai resepi sup detoks dalam laman web yang boleh anda pilih. Walau bagaimanapun, berhati-hati dengan pilihan perasa sup anda.

Sungguhpun garam penting dalam diet, pengambilan garam yang terlalu banyak boleh membatalkan usaha detoks anda. Pilih garam laut semulajadi dan gunakan secara berhati-hati.

ELAKKAN TERLAMPAU MEMAKSA DIRI

Objektif melakukan program detoks adalah untuk menggalakkan kesihatan yang lebih baik. Pastikan anda mengikuti program yang seimbang dan mudah dicapai untuk membantu peralihan gaya hidup yang sihat dan ini termasuk pilihan makanan yang betul.

Elakkan 'pembersihan' drastik yang memakan masa pendek, menimbulkan ketidakselesaan dan kesukaran dalam jangka masa panjang.

Semoga berjaya!



No comments:

Post a Comment