Tips dan petua-petua ini saya himpunkan dari bahan-bahan bacaan, semoga ada yang bermanfaat untuk anda amalkan........SELAMAT MENCUBA
PERBAIKI KULIT WAJAH KUSAM GUNA KOBIS
Tumbuk beberapa helai daun kobis dan perah airnya. Campur sedikit air dan satu camca besar madu.
Sapu ramuan ini pada muka dan leher, biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Amalkan 3-4 kali sebulan.
Sapu ramuan ini pada muka dan leher, biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan kapas menggunakan air suam. Amalkan 3-4 kali sebulan.
INGIN WAJAH AWET MUDA
Amalannnya mudah sahaja, cuma perlukan disiplin diri yang berterusan. Lambatkanlah minum air suam selepas makan. Jika ingin minum, minumlah seteguk sahaja. Kemudian, minumlah kesemua air setelah setengah jam selepas makan. Amalan ini juga boleh mengelakkan perut buncit.
MENGHALUSKAN KAKI DENGAN STRAWBERI
Buah strawberi memang sedap dimakan lebih-lebih lagi apabila dicelup dengan coklat. Selain rasanya yang lazat, strawberi juga boleh menghaluskan kulit kaki. Caranya, campurkan sebiji strawberi dengan dua sudu teh minyak zaitun, satu sudu teh garam dan setengah sudu teh kacang badam yang dihancurkan kasar. Gunakan sebagai scrub kaki dan amalkan selalu...
CARA MUDAH KISAR CILI
Masukkan beberapa titis minyak masak semasa mengisar cili. Hasilnya biji cili akan hancur dan berbau harum.
Cili kering yang telah di mesin dan ingin disimpan lama dalam peti sejuk hendaklah dipanaskan hingga kering airnya dan masukkan sedikit garam halus.
Setelah sejuk, barulah dimasukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk.
MENURUNKAN TEKANAN DARAH TINGGI
an apple a day keeps the doctor away |
Ambil dua biji epal hijau, buangkan kulit dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan menggunakan dua cawan air sehingga empuk. Biarkan sejuk dan tapis airnya. Minum sekali sehari dan amalkan selalu walaupun tekanan darah telah turun. Lama-kelamaan, badan anda akan terasa sihat dan segar.
HILANGKAN PARUT LUKA
Ambil sebiji ubi kentang yang telah direbus hingga masak, lumatkan hingga halus dan sapukan pada parut luka. Biarkan hingga kering. Lama-kelamaan, bekas parut akan hilang dengan sendirinya jika selalu diamalkan.
No comments:
Post a Comment