TIPS 1
JANGAN BERDIET..
Terkejut tak baca? Selalunya kalau nak langsing mesti kena kena dietkan? Tapi menurut majalah ni, katanya program pelangsingan yang berjaya bukanlah semata-mata kerana anda berdiet tetapi lebih kepada perubahan tabiat pemakanan dan gaya hidup. Pastikan anda pertahankan perubahan tersebut dan lakukan dengan penuh keseronokan...
TIPS 2
KUNYAH PERLAHAN-LAHAN MASA MAKAN
Tujuannya melambatkan proses tubuh anda menerima makanan. Lebih lambat kunyahan, lebih sikit anda akan makan sebab anda akan rasa cepat kenyang.
TIPS 3
JANGAN JAUHI MAKANAN
Terutamanya makanan kegemaran anda. Lagi anda jauhkan diri, lagi anda akan rasa "teringin" nak makan makanan tersebut. Jadi makan makanan kegemaran anda dalam kuantiti kecil dari semasa ke semasa.(ps:kalau anda suka makan aiskrim, janganla pulak anda makan tiap-tiap hari)
TIPS 4
TETAPKAN MATLAMAT JANGKA PENDEK
Jika anda nak mengurangkan berat badan, pastikan anda tetapkan matlamat yang realistik dalam jangkamasa pendek. Contohnya 2-3kg sebulan. Jangan terlalu berangan-angan jauh, sebab jika anda tidak mencapainya anda akan mudah rasa kecewa. Kemudian, teruskan pula dengan bulan seterusnya sampaila anda capai berat badan ideal anda.
TIPS 5
JANGAN PUTUS ASA
Melangsingkan badan bukanlah satu perkara yang mudah. Kunci utamanya mestilah disiplin.Jangan mengharapkan penurunan berat badan yang banyak dalam masa yang singkat. Jadi anda mesti tanamkan dalam hati untuk sentiasa konsisten dengan usaha anda.
TIPS ENAM
BAYANGKAN BENTUK BADAN IDAMAN ANDA
Bayangkan bentuk badan idaman anda untuk memberikan anda kesungguhan untuk terus berusaha melangsingkan badan. Apabila telah berjaya, bayangkan pula bagaimana fesyen yang anda ingin gayakan?
TIPS TUJUH
SIMPAN DIARI MAKANAN
Catatkan jumlah kalori atau makanan yang anda ambil setiap hari. Cara ini membolehkan anda mengenalpasti makanan/minuman yang perlu anda kurangkan, waktu dan perkara yang menyebabkan anda terlebih makan. Atau adakah anda mendapat diet yang merangkumi cukup fiber(dari buah-buahan dan tumbuh-tumbuhan).
TIPS LAPAN
ELAKKAN BELI MAKANAN DALAM KEADAAN LAPAR
Jika anda keluar membeli makanan dalam keadaan lapar, kemungkinan anda akan makan banyak memang tidak dapat disangkal. Jadi alas perut anda terlebih dahulu sebelum keluar rumah agar anda tidak tergoda untuk makan berlebihan.
TIPS SEMBILAN
FIKIR DAHULU SEBELUM MAKAN
Ini untuk mengelakkan anda berasa bersalah sebelum makan. Fikir dahulu kenapa anda makan dan mengapa mahu memakannya. Adakah kerana anda memang berasa lapar atau memenuhi kehendak emosi?
TIPS SEPULUH
FAHAMI KENAPA ANDA LAPAR
Tidak ramai yang sedar dan faham kenapa mereka berasa lapar. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan makan semasa anda tidak betul-betul lapar(contohnya:gosok gigi semasa rasa lapar dan tunggu 30 minit, jika rasa lapar dah hilang anda tak perlu makan). Perasaan lapar hanyalah mainan minda. Minda boleh mempengaruhi tabiat ke arah pengamalan pemakanan sihat.
TIPS SEBELAS
SAYANGI DIRI ANDA
Sekiranya anda mengalami perkara-perkara buruk dalam hidup seperti putus cinta, dimarahi bos. Jangan jadikan makanan "teman" menghiburkan hati. Gantikan dengan aktiviti mendengar muzik menyenangkan atau bersiar-siar di taman.
TIPS DUA BELAS
LAKUKAN SEDIKIT SENAMAN
Anda tak perlu mneyeksa diri melakukan senaman di luar kemampuan, cukup sekadar berjalan pantas 20-30 minit sehari. Tambahkan dua sesi latihan beban (yang akan membantu membakar kalori semasa tidur). Cari peluang untuk bergerak aktif setiap hari.
BERJALAN 20-30 MINIT SEHARI DAH CUKUP |
TIPS TIGA BELAS
BACA KISAH KEJAYAAN
Baca kisah kejayaan orang lain sebagai satu motivasi dan inspirasi. Anda akan berasa lebih yakin anda juga boleh melakukannya.
TIPS EMPAT BELAS
BERIKAN GANJARAN KEPADA DIRI SENDIRI
Berikan ganjaran kepada diri anda setiap kali anda berjaya mengurangkan berat badan. Antaranya membeli pakaian merupakan insentif untuk terus berusaha gigih.
TIPS LIMA BELAS
JADIKAN IA KENYATAAN
Ingatlah kunci kebahagiaan ialah dengan bermimpi. Kunci kejayaan pula adalah menjadikan mimpi itu satu kejayaan.
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA!!!
SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT BERJAYA!!!
kalau kite stop mkan iz fibre ni...adakh badan kita akan naik mendadak???
ReplyDelete