HALIA BAIK UNTUK PENGHADAMAN
Halia merupakan satu jenis rempah ratus yang banyak digunakan dalam masakan. Antara khasiat halia ialah menghadamkan makanan dan membantu membuang angin yang terdapat dalam usus besar dan usus kecil. Halia boleh diambil dalam bentuk minuman, air rebusan halia, halia kering, jeruk halia atau dimasukkan dalam masakan anda.
MENGHILANGKAN RASA LAPAR
Jika anda terasa lapar, cium bau daun pudina atau pisang bagi menghilangkan rasa tersebut. Cara ini telah dijalankan oleh Alan R. Hirsch, M.D pengarah neurologi daripada Smells & Taste Treatment and Research Foundation ke atas 3000 orang sukarelawan. Beliau mendapati, lagi kerap kita mencium daun pudina atau pisang, semakin kurang rasa lapar yang dialami dan lebih banyak berat badan dapat diturunkan. Satu teori yang digunakan ialah, mencium bau makanan memberi mesej palsu kepada otak untuk berfikir bahawa anda menikmati makanan tersebut.
CEPAT KENYANG DENGAN TEMBIKAI
Kandungan air di dalam tembikai mencecah 90 peratus dan 10 peratus lagi ialah nutrien yang menyihatkan. Tembikai juga mengandungi kalori yang berpatutan. Sekiranya anda ingin menikmati buah yang memberi rasa kenyang yang berpanjangan dan mengekang selera makan, tembikai perlu dijadikan pilihan utama.
ATASI PERUT BUNCIT
Ambil tiga cubit bedak sejuk, campurkannya dengan kapur sirih dan air perahan asam limau. Gaulkan semua bahan dan lumur pada perut. Biarkan ia kering seketika, kemudian ikat perut dengan sehelai kain. Amalkan sebelum tidur malam.
MANFAAT AIR NANAS UNTUK BATU KARANG
Masalah batu karang memang menyakitkan. Cuba petua ini, mungkin dapat membantu. Kupas sebiji nanas dan cincang. Campur segelas air serta sedikit garam dan dikisar halus. Minum air nanas setiap hari sehingga penyakit anda sembuh.
ELAK URAT TIMBUL PADA KAKI
Ambil segenggam kacang hijau dan rebus tanpa gula tetapi jangan sampai hancur. Makan kacang ini pada setiap pagi dan petang.
Satu lagi petua yang boleh dicuba ialah mengangkat kaki ke atas setinggi mungkin sambil duduk berlunjur dan badan bersandar pada dinding selama 10 minit. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
RINGANKAN BADAN DAN BERTENAGA
Minum air rebusan serai, halia (yang dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Amalkan pada waktu pagi dan malam menyebabkan badan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu, untuk meningkatkan tenaga wanita, amalkan pengambilan empat biji telur mentah sehari...
TOMATO SEGAR TANPA DISIMPAN DALAM PETI AIS
Buah tomato yang baru dibeli jangan dibasuh jika tidak digunakan tetapi simpan dalam bekas yang kering. Bekas tersebut jangan ditutup dan pastikan tidak terkena cahaya matahari bagi mengelakkan mudah layu dan kecut.
No comments:
Post a Comment