Wednesday, November 23, 2011

7 Perkara Yang Jangan Dilakukan Selepas Makan..

Larangan 1: Jangan merokok

Kajian mendapati menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan dengan merokok 10 batang rokok.

Larangan 2: Jangan makan buah-buahan
Memakan buah-buahan sebaik habis makan, akan menyebabkan perut anda dipenuhi udara (kembung) . Oleh itu, makan buah hanya 1-2 jam sebelum makan.

Larangan 3: Jangan minum teh
Daun teh akan menyebabkan protein dari makanan anda mengeras dan sukar untuk dihadam dan dicerna.

Larangan 4: Jangan loggarkan tali pinggang

 Melonggarkan tali pinggang selepas makan hanya akan menyebabkan usus anda bermasalah terbelit atau tersumbat.

Larangan 5: Jangan mandi
Mandi selepas makan hanya akan mengurangkan kadar pengaliran darah ke kawasan perut anda. Ini akan melemahkan sistem penghadaman anda.


Larangan 6: Jangan berjalan-jalan
Berjalan-jalan selepas makan hanya akan menyebabkan kesukaran sistem pencernaan anda untuk menyerap nutrisi daripada makanan yang anda telah telan.


Larangan 7: Jangan tidur
Makanan yang anda ambil itu tidak dapat dicerna dengan baik. Ini boleh mendatangkan masalah seperti gastrik dan jangkitan kepada usus.

No comments:

Post a Comment