Semua wanita mengimpikan bentuk badan yang cantik dan menarik serta sesuai menggayakan apa jua fesyen pakaian, malah sanggup menahan lapar dan berdiet semata-mata untuk mendapatkan berat badan yang ideal disamping bentuk tubuh yang menarik...Pernahkah anda berjuang keras untuk DIET namun berat badan masih tak TURUN-TURUN? Pastinya rasa KECEWA bukan? Mari kita semak adakah anda melakukan kesilapan semasa BERDIET?
KESILAPAN PERTAMA
Mengamalkan 'crash diet'
"No fat diet, no carbs diet, high protein diet" . Diet-diet ini tidak seimbang dan membahayakan fungsi tubuh. Lemak mempunyai fungsi penting dalam tubuh kita, membantu penyerapan Vitamin A, D, E dan K. Apabila lemak tidak diambil maka tubuh akan kekurangan vitamin-vitamin tersebut.
Tidak mengambil karbohidrat juga sangat berbahaya kerana tubuh memerlukan karbohidrat sebagai sumber tenaga utama. Malah otak juga memerlukannya!!!! Diet sebenar yang disarankan adalah diet seimbang.
KESILAPAN KEDUA
Menetapkan "cheat day"
Kebanyakan orang berdiet sering menetapkan satu hari dalam seminggu sebagai "cheat day" untuk makan bebas biasanya pada hujung minggu. Menetapkan "cheat day" dianggap sebagai memberi "reward" kepada diri setelah berjaya melepasi 6 hari berdiet.
Diet sebenarnya adalah "lifestyle". Menetapkan "cheat day" memprogramkan otak anda bahawa enam hari berdiet sebelumnya adalah hari penuh sengsara. Anda tidak perlu terus berdiet jika pola ini diteruskan, lama-kelamaan anda akan berasa penat untuk berdiet. Anggaplah berdiet sebagai sebuah gaya hidup, bukan tuntutan atau tekanan daripada sesiapa pun.
KESILAPAN KETIGA
Makan hanya sekali sehari
Makan banyak boleh menambahkan berat badan manakala makan sedikit boleh menurunkan berat badan. Oleh sebab itu, ramai yang sanggup menahan lapar untuk mengurangkan berat badan tanpa menyedari ia turut menrunkan metabolisme tubuh yang melambatkan pembakaran lemak.
Lapar petanda perut anda kosong dan gula dalam darah sudah berkurang. Apabila anda terus tidak makan, anda akan rasa pening-pening. Sebaik-baiknya anda perlu makan 5-6 kali sehari dalam kuantiti yang sederhana dimana 3 kali makanan 'biasa' dan 3 kali snek untuk mendorong metabolisme tubuh supaya terus meningkat.
KESILAPAN KEEMPAT
Pengambilan Kalori Terlalu Rendah...
Untuk wanita, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, manakala lelaki memerlukan 2500 kalori setiap hari. Apabila pengambilan kalori dikurangkan kepada 1000 kalori atau kurang sehari, maka ia akan menyebabkan metabolisme badan rendah dan boleh menyebabkan penyakit anaemia.
KESILAPAN KELIMA
HANYA MENUMPUKAN KEPADA PEMAKANAN SEMATA-MATA..
Pengambilan Kalori Terlalu Rendah...
Untuk wanita, tubuh memerlukan sekitar 2000 kalori setiap hari, manakala lelaki memerlukan 2500 kalori setiap hari. Apabila pengambilan kalori dikurangkan kepada 1000 kalori atau kurang sehari, maka ia akan menyebabkan metabolisme badan rendah dan boleh menyebabkan penyakit anaemia.
KESILAPAN KELIMA
HANYA MENUMPUKAN KEPADA PEMAKANAN SEMATA-MATA..
Mengapa? Sedangkan OLAHRAGA mampu meningkatkan metabolisme tubuh dan membantu proses pembakaran lemak dan kalori, berat badan pun akan lebih cepat turun. Jika anda rasa susah nak berolahraga, apa kata gantikan dengan gaya hidup aktif. Contohnya, meletakkan kereta jauh dari pintu masuk pusat membeli belah supaya anda berjalan kaki lebih lama dan lebih jauh.
KESILAPAN KEENAM
TIDAK MINUM SUSU.............
Meminum susu setiap hari adalah penting dan tetap diutamakan, terutamanya susu rendah lemak berkalsium tinggi kerana ia membantu menguatkan tulang dan melengkapkan zat tubuh.
KESILAPAN KETUJUH
TIDAK MAKAN SELEPAS BEROLAHRAGA
Makan selepas berolahraga adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam selepas latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga.
KESILAPAN KETUJUH
TIDAK MAKAN SELEPAS BEROLAHRAGA
Makan selepas berolahraga adalah makan terpenting untuk tubuh. Adalah disarankan meminum protein dan karbohidrat paling lewat 15 minit setelah latihan dan makan seperti biasa 1 jam selepas latihan untuk memperbaiki tubuh setelah berolahraga.
No comments:
Post a Comment