Thursday, July 4, 2013

Lelaki Juga Alami BABY BLUES?



Walaupun kaum adam dilihat sebagai golongan yang keras hati dan gagah, namun mereka juga tidak terkecuali daripada memiliki sisi sentimental apabila berkaitan dengan soal anak.

Menurut pengkaji dari Eastern Virginia Medical School's Center for Pediatric Research di Norfolk, Amerika Syarikat, kemurungan pasca kelahiran (postpartum depression) boleh juga dihadapi oleh lelaki yang baru bergelar bapa.

Hasil kajian pertama yang dilaporkan dalam jurnal Pediatrics pada bulan Ogos 2006 mendapati daripada 5000 pasangan yang baru bergelar ibu bapa, terdapat 14% ibu yang mengalami kemurungan dan 10% bapa yang mengalami gejala kemurungan pasca kelahiran, baik tahap sederhana atau berat.

Kenyataan ini sekaligus menyangkal teori bahawa kemurungan setelah melahirkan anak adalah disebabkan oleh perubahan hormon pada si ibu.

Para pengkaji berpendapat, perubahan besar dalam hiduplah yang menjadi penyebab kemurungan ini.

No comments:

Post a Comment