Saturday, July 6, 2013

Langkah Mengatasi RESDUNG..






Untuk yang menghadapi masalah RESDUNG..mungkin langkah-langkah di bawah dapat membantu mengurangkan masalah resdung.

1. Elak membela haiwan berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab
2. Elak menggunakan kain selimut yang diperbuat daripada bulu binatang, sebaliknya gunakan selimut daripada bahan sintetik (tiruan)
3. Elak menggunakan bantal dan tilam daripada bulu haiwan. Selalu basuh sarung bantal dan tilam dengan air panas bagi membunuh pijat atau serangga kira-kira dua kali seminggu.
4. Guna pembersih hampagas yang mempunyai penapis yang baik.
5. Kurangkan penggunaan permaidani dan set sofa yang diperbuat daripada fabrik berbulu.
6. Berhati-hati bagi anda yang tidur di katil bawah (katil bertingkat) kerana anda akan menyedut segala habuk daripada tilam atas.
7. Selalu basuh tuala dan pakaian sehingga bersih dan segar.
8. Simpan pakaian di dalam almari tertutup dan elak penggunaan langsir yang berat.
9. Gunakan kain lembap untuk membersihkan barangan atau peralatan rumah.
10. Gunakan penutup hidung ketika membersihkan rumah.

No comments:

Post a Comment