Friday, July 12, 2013

Kenapa Rasa Sayur PAHIT?


Sayur memang begitu rasanya. Tetapi ada cara terbaik untuk anda menikmati sayur tanpa rasa terseksa.
Satu kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Universiti of Ulster di England mendapati wanita yang tidak mendapat khasiat zink pada kadar yang cukup iaitu 7mg sehari (USDA mencadangkan 8mg), mereka akan merasa pahit setiap kali makan sayur.

Tetapi jika mereka mendapat cukup zink, sayur yang mereka makan pasti terasa lebih enak. Tingkatkan amaun zink anda dengan ikan, daging lembu tanpa lemak, ayam, yogurt dan kekacang.

No comments:

Post a Comment