Thursday, October 24, 2013

Faedah Bersenam Ketika Mengandung..






Wanita hamil yang tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual samaada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengahari boleh dilakukan selama 15 - 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih dari 120 sehingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan nadi seminit)

Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.

Antara faedah bersenam semasa hamil;

~ Meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Mereka yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih, mereka yang bersenam mungkin kurang sebulan.

~ Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung

~ Mengurangkan risiko pertambahan berat badan selepas bersalin

~ Mengurangkan risiko perlu pembedahan semasa proses bersalin

~ Memudahkan proses kelahiran anak


No comments:

Post a Comment