Sunday, June 16, 2013

Apa itu "Gila Meroyan" Selepas Bersalin atau "Postpartum Blues" ?

Detik kelahiram cahaya mata sepatutnya sangat membahagiakan, namun terdapat ibu-ibu yang mengalami kesan emosi selepas melahirkan bayi..

Terdapat 3 jenis kesugulan atau kemurungan yang boleh berlaku selepas bersalin,

1. MATERNITY BLUES

Serangan singkat yang berlaku beberapa hari selepas melahirkan bayi terutama ketika emosi wanita itu dalam keadaan kacau.
Kebanyakkan berlaku seketika dan ia dianggap normal dan tidak memerlukan rawatan.
Boleh dikatakan kebanyakan ibu dalam pantang mengalami maternity blues terutama jika ibu dalam keadaan rungsing dan memikirkan bukan-bukan.

2. PUERPERAL PSYCHOSIS

Dalam 500 wanita bersalin, hanya seorang sahaja yang terkena serangan puerperal phychosis
60 - 80 peratus ibu-ibu yang melahirkan anak akan mengalami perubahan emosi pada hari ketiga hingga hari kelima selepas bersalin.
Ia akan berkurangan selepas lebih sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.
Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran berbeza.

TIP MEMBANTU MASALAH INI..

* Lakukan persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibu bapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung

* Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi sekiranya anda merasa tertekan.

* Dapatkan bantuan orang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang.

* Rehat mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di luar rumah walaupun sedang berpantang.

* Beri masa untuk diri sendiri

* Amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.


No comments:

Post a Comment