Sunday, June 23, 2013

5 TIPS Melangsingkan Tubuh Tanpa Terlalu TERTEKAN...


Ingin melangsingkan badan dan rasa tertekan memikirkan cara yang sesuai?
Relaks, tenangkan diri anda dan jauhkan dari tekanan yang boleh menyukarkan lagi proses menurunkan berat badan. Disini ada 5 TIPS Untuk Melangsingkan Tubuh Tanpa Rasa Terlalu Tertekan...

1. Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi anda boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.

2. Jangan kira jumlah kalori yang masuk. Sebaiknya kurangkan saiz makanan yang anda ambil. Elakkan memotong kemasukan kalori secara drastik kerana ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh. Jika anda mahu mengurangkan kemasukan kalori dari 2500 kepada 2000 kalori sebaiknya anda fokus kepada saiz makanan sekitar 20 peratus yang biasa anda makan.

3. Dengar sahaja perkataan diet, anda pasti membayangkan pelbagai makanan yang melazatkan harus dipisahkan daripada menu diet. Seharusnya, anda tidak perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.

4. Pastikan kalori yang masuk adalah daripada makanan bukan minuman. Sebotol minuman soda mengandungi kira-kira 150 kalori. Gantikan dengan pengambilan air kosong secukupnya.

5. Diet anda akan lebih efektif jika disertakan dengan senaman dan aktiviti kecergasan. Sesuaikan aktiviti dengan diet. Fokuskan minda bahawa anda mahu kelihatan bagaimana. Elakkan fokus kepada berapa berat yang ingin diturunkan sebaliknya fikir berapa inci yang mahu diturunkan bukan berapa kilogram.

No comments:

Post a Comment