Jemput menjamu mata, lihat-lihat kain sulam bandung yang cantik-cantik, window shopping..kalau ada yang berkenan di hati, boleh sms saya..atau boleh juga baca tips-tips tentang kesihatan yang saya kongsikan disini..semoga bermanfaat untuk kita semua..
Wednesday, July 3, 2013
TIDUR LAMA PUNCA LESU?
Pernahkan anda terasa begitu mengantuk walaupun anda tidur lama? Sedangkan pada hari biasa anda bekerja, anda tidak pula rasa mengantuk?
Sebenarnya badan anda kelesuan kerana anda terlebih tidur!
Timothy Rogers, Pengarah Pusat Kajian Masalah Tidur dari Hospital Henry Ford di Detroit mengatakan tabiat tidur lama pada hari minggu telah mengganggu pusingan biologi dalam tubuh anda.
Apabila kita bangun dari tidur dengan tidak mengikut rutin biasa, pengeluaran hormon kortisol akan terganggu. Hormon ini adalah sejenis hormon kecergasan.
Jika anda bangun awal dan terus sahaja bergerak aktif selepas itu, ia sebenarnya dipengaruhi hormon kortisol. Maka, apabila anda lewat bangun anda telah 'terlepas' daripada menggunakan hormon ini.
Itulah yang menyebabkan rasa letih dan lesu.
Labels:
INFO DAN PETUA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment