Thursday, June 13, 2013

SEJUKKAN HATI Untuk Turunkan Kadar Gula Darah


BELAJAR UNTUK MENYEJUKKAN HATI DAN MENGURANGKAN TAHAP STRESS membantu mengurangkan gula ke tahap yang sihat, saranan daripada pakar Medical University of Ohio.

Kajian yang dilakukan ke atas 30 pesakit diabetes selama 10 minggu mendapati pesakit yang menjalani latihan pengawalan stress lebih relaks dan berjaya menurunkan kadar gula dalam darah berbanding bulan sebelumnya.

Hal ini membawa kepada pengurangan risiko serangan jantung, buta dan kerosakan saraf.

Menurut Ronald McGinnis, MD, ketua kajian tersebut, stress merangsang hormon yang meningkatkan gula darah. Oleh itu, pengawalan stress yang baik dan hati yang sentiasa tenang membantu anda lebih sihat.



No comments:

Post a Comment