Thursday, June 27, 2013

4 PANDUAN Kekal Sihat Dan Aktif


BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA LIMA KALI SETIAP MINGGU

Bersenam dapat membantu meningkatkan metabolisme dan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia membantu dalam memperbaiki sistem keimunan dengan mempercepatkan kelancaran nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menentang patogen.

Hanya dengan berjalan selama 20 minit, lima kali seminggu dapat membantu memelihara kecergasan tubuh badan secara keseluruhannya

HIDUP BEBAS DARI BAKTERIA

Bagi mereka yang gemar ke gimnasium, pakai seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat di kawasan kelangkang. Aktiviti berlari sememangnya akan mengeluarkan peluh yang banyak.

Oleh itu, pakaian dalam yang dipakai haruslah mampu menyerap peluh dan kelembapan dengan baik. Peningkatan suhu badan dan peluh semasa bersenam menyebabkan bakteria lebih mudah untuk menyerap.
Pakaian dalam yang terbaik ialah yang dibuat dari gentian asli seperti kapas, dan bukannya kain sintetik.

CUCI DAN LAP DENGAN CARA BETUL DARI DEPAN KE BELAKANG

Cara yang betul untuk mengelap selepas membuang air kecil turut mempengaruhi dalam mengelakkan UTI. 

Pastikan anda mengelap dari bahagian depan, kemudian ke belakang untuk menghalang penyebaran bakteria usus dari dubur ke saluran kencing selepas membuang air kecil.

BUANG AIR KECIL SEBAIK SELESAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Satu amalan yang terbaik yang boleh dilakukan untuk menghalang UTI ialah membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks, kerana ia dapat mengeluarkan sebarang bendasing dan bakteria, dan menghalang jangkitan di dalam saluran kencing.

 
  

 

No comments:

Post a Comment