Friday, April 12, 2013

10 CARA Mudah Bakar 100 KALORI...


1. BERBINCANG SAMBIL BERDIRI
Berdiri selama 20 minit beberapa jam sehari semasa bekerja boleh membakar ekstra 100 kalori. Selain berbincang, anda boleh lakukan aktiviti menjawab telefon, minum atau memeriksa fail sambil berdiri.
20 minit = 100kcal
2. TELEFON KAWAN
Berbual di telefon juga dapat mengurangkan kalori yang berlebihan. Tidak perlu 50 minit berterusan, anda boleh telefon kawan yang berbeza sebanyak lima hingga enam kali.
50 minit = 100kcal
3. WINDOW SHOPPING
Berjalan-jalan di pusat membeli belah selama 40 minit. Anda boleh berjalan dari satu kedai ke satu kedai untuk melihat barang yang anda suka.
40 minit = 100kcal
4. CIUMAN KASIH SAYANG
Menurut pakar seksologi, Jaiya Kinzbach  ciuman bersama pasangan boleh membakar sehingga 90 kalori.
5. JURUFOTO AMATUR
Jika anda mempunyai masa terluang pada hujung minggu, cubalah mengambil gambar yang cantik di kawasan rumah anda. Berjalan-jalan sambil memetik kamera, kalori pun terbakar sama.
30 minit = 100kcal
6. BERJOGGING
Jika anda bosan berjogging seorang diri, ajaklah kawan-kawan berjogging bersama atau berjogging sambil ditemani muzik.
20 minit = lebih 100kcal
7. BERGURAU SENDA
Ajaklah kawan-kawan anda berkumpul dan bercerita tentang perkembangan masing-masing. Disamping bergurau senda, ketawa, berjenaka dan berkongsi cerita boleh membakar kalori.
20 minit = 200kcal
8. MEMANDIKAN SI KECIL

Gunakan waktu mandi bersama anak  anda selama 20 minit dengan bermain air dan buih-buih sabun. Ia bukan sahaja mendekatkan dengan anak-anak tetapi turut membakar kalori.
20 minit = 100kcal
9. MENULIS
Habiskan masa dengan menulis pengalaman hidup, kejadian yang menarik dan lucu atau sekadar mengekspresikan perasaan anda dapat membantu membakar kalori.
50 minit = 100kcal
10. BERMAIN BILLIARD
Keluarlah bersama kawan-kawan dengan mencari tempat untuk bermain billiard atau ke rumah kawan yang mempunyai permainan ini.
40 minit = 100kcal

No comments:

Post a Comment