Wednesday, April 3, 2013

5 PUNCA Gagal BERDIET...


Kecewa kerana gagal dalam usaha diet anda? Semak punca-punca di bawah;

1. Salah Memilih Makanan

Salah memilih makanan atau kurang arif tentang kandungan gizi yang terdapat pada makanan yang diambil. Amalan pemakanan sihat bermakna memilih makanan yang rendah kandungan kalorinya, tetapi cukup kandungan gizinya. Utamakan makanan dengan kandungan serat yang tinggi.

2. Faktor Persekitaran Yang Tidak Menyokong

Faktor persekitaran yang tidak menyokong, misalnya di sekitar rumah atau pejabat tersedia penjual makanan ringan yang manis dan mengenyangkan sehingga menggoda anda untuk sama ikut menikmati.

3. Keadaan Sosial Yang Menggalak Kepada Peningkatan Berat Badan

Keadaan sosial yang menggalak kepada peningkatan berat badan seperti disediakan hidangan manis-manis yang tinggi kalori di rumah. Apabila bersama teman-teman, selalu dihidangkan dengan makanan ringan sebagai makanan hiburan ketika menonton. Kebiasaan ini menyebabkan anda gagal mengawal diet.

4. Kesilapan Peribadi

Kesilapan peribadi dimana anda sendiri gagal menahan diri daripada makan makanan dan minuman manis. Anggapan peribadi bahawa sarapan pagi memiliki potensi untuk menggagalkan diet adalah salah. Tanpa sarapan pagi perut menjadi kosong, bila perut kosong badan akan jadi lemah kerana lapar. Anda akan cenderung makan apa saja untuk menghilangkan rasa lapar.

5. Tiada Disiplin dan Motivasi Dalam Diri

Tiada disiplin dan tidak ada motivasi dalam diri. Anda seharusnya menanamkan semangat disipli dan kecekalan sebaik merancang untuk mengatur program diet.


No comments:

Post a Comment