Monday, October 14, 2013

5 Makanan Terbaik Untuk Kulit Anda...

Dalam tubuh kita terutamanya kulit juga memerlukan makanan yang sihat seperti protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi, untuk memastikan kulit kita juga nampak cantik dan berseri, terdapat lima jenis makanan yang sihat untuk kulit anda.

1. BADAM
Mengambil segenggam badam sehari dapat meningkatkan kadar vitamin E dan ia merupakan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit dan melembapkan kulit kering. Selain itu, badam dapat melindungi kulit daripada penuaan, peradangan dan kanser kulit.

2. TEH HIJAU
Amalkan minum teh sebanyak tiga cawan sehari dapat membantu memberikan antioksidan pada tubuh anda. Bukan sahaja dapat mengelakkan penuaan tetapi dapat menghalang risiko kanser kulit.


3. BROKOLI
Ia kaya dengan vitamin A, C dan K. Vitamin A dapat mengurangkan keaktifan minyak pada kulit, vitamin C memberi antioksidan yang kuat dan vitamin K membantu mencegah lebam pada kulit.

4. IKAN
Contohnya makan ikan salmon atau ikan kod yang kaya dengan lemak Omega-3. Lemak Omega-3 membantu memelihara kulit, melembapkan dan memperbaiki kulit daripada penyakit. Ikan ini juga mengandungi vitamin D  yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Bagi anda yang tidak menggemari ikan ini bolehlah menggantikannya dengan kekacang.

5. MINYAK BUNGA MATAHARI
Ia mengandungi lemak Omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering dan radang. Ia juga dapat membantu menjaga sel-sel tubuh dengan baik. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, anda boleh mencuba masakan yang berasaskan salmon dicampur dengan brokoli dan letakkan sedikit minyak bunga matahari. Tentu menyelerakan dan menyihatkan.




1 comment:

  1. NJ Sports Betting - How to Start Betting on Horse Racing
    The top 10 online 경상북도 출장샵 horse racing and 고양 출장안마 betting sites in New Jersey. 순천 출장샵 Bet365 is one of the most 대딸 야동 popular 아산 출장마사지 online sports betting brands

    ReplyDelete