Agak sukar sebenarnya untuk menggambarkan tekanan secara tepat. Namun, kalau ada beberapa perkara yang anda rasai, besar kemungkinan anda mungkin sedang tertekan.
1. Tidak mampu tidur dengan tenang dan fikiran kerap terganggu kerana perkara yang sama.
2. Mudah merasa baran dan tidak sabar terhadap perkara-perkara kecil.
3. Sukar menumpukan fikiran kerana terlalu banyak perkara yang menyesakkan minda.
4. Sukar untuk membuat keputusan.
5. Anda mengambil alkohol atau merokok secara berlebihan.
6. Walaupun anda makan, anda sebenarnya tidak menikmati makanan itu dengan sempurna.
7. Setiap kali tubuh anda ingin berehat, fikiran seakan enggan melakukannya. Ada sahaja kerja yang tidak selesai.
8. Sentiasa merasa tegang. Kadangkala anda kerap berpeluh, bibir menjadi kering dan jantung yang berdebar kencang.
9. Ada juga keadaan dimana tekanan akan terjadi secara tiba-tiba, misalnya kesesakan lalu lintas. Ada juga tekanan yang berpanjangan misalnya tugasan yang diberikan oleh ketua anda sangat sukar untuk anda laksanakan.
No comments:
Post a Comment