Thursday, October 31, 2013

PENGHABISAN STOK....

 KAIN SULAM PENGHABISAN STOK...

CARA ORDER & PEMBELIAN MELALUI SMS
1. SMS kod kain yang anda inginkan ke 012-6411953    
2. Nyatakan nama & alamat untuk tujuan POSLAJU dan pilih samaada nak buat bayaran melalui MAYBANK, CIMB atau PUBLIC BANK
 3. No akaun akan diSMS kepada anda (no akaun hanya diberikan pada serious buyer sahaja)  
4. Selepas anda lakukan pembayaran, sila inform pada saya
5. Barang akan diposlaju secepat mungkin, dan selepas barang dipos tracking number akan diberikan. 
6. Happy Shopping
SULAM SUJI 5
WARNA: MERAH BELACAN
BIDANG 60" 3.5M
HARGA ASAL: RM130 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM110 including poslaju

SULAM SUJI 6
WARNA: KUNING
BIDANG 60" 3.5M
HARGA ASAL: RM130 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM110 including poslaju

SULAM SUJI 9
WARNA: PINK GELAP
BIDANG 60" 3.5M
HARGA ASAL: RM130 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM110 including poslaju

SULAM MENJALAR 4
DARK PINK
MATERIAL: SATIN ROSELLA
BIDANG 60" 3.5M
HARGA ASAL: RM120 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM100 including poslaju
SOLD

 SULAM MENJALAR 7
KUNING
BIDANG 60" 3.5M including poslaju
MATERIAL: SATIN ROSELLA
HARGA ASAL: RM120 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM100 including poslaju

 SULAM MENJALAR 10
SOFT PINK COLOUR
MATERIAL : SATIN ROSELLA
BIDANG 60" 3.5M
HARGA ASAL : RM120 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM100 including poslaju
SOLD

KOD: HITAM POLKADOT
SULAM BUNGA KECIL
WARNA HITAM POLKADOT
BIDANG 45' 4 METER
HARGA ASAL: RM90 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM80 including poslaju 

KOD: PURPLE POLKADOT 
SULAM BUNGA KECIL
WARNA PURPLE POLKADOT
BIDANG 45' 4 METER
HARGA ASAL: RM90 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM80 including poslaju 

KOD: COKLAT POLKADOT 
SULAM BUNGA KECIL
WARNA COKLAT POLKADOT
BIDANG 45' 4 METER
HARGA ASAL: RM90 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM80 including poslaju 

 KOD: SULAM MANIK BATU COKLAT
 BIDANG 60' 3.5 METER
HARGA ASAL: RM100 including poslaju
HARGA PENGHABISAN STOK: RM90 including poslaju




Sunday, October 27, 2013

LATEST UPDATE..AVAILABLE KAIN SULAM BANDUNG AND BUKIT TINGGI STOCKS FOR SALE..


CARA ORDER & PEMBELIAN MELALUI SMS
1. SMS kod kain yang anda inginkan ke 012-6411953    
2. Nyatakan nama & alamat untuk tujuan POSLAJU dan pilih samaada nak buat bayaran melalui MAYBANK, CIMB atau PUBLIC BANK
 3. No akaun akan diSMS kepada anda (no akaun hanya diberikan pada serious buyer sahaja)  
4. Selepas anda lakukan pembayaran, sila inform pada saya
5. Barang akan diposlaju secepat mungkin, dan selepas barang dipos tracking number akan diberikan. 
6. Happy Shopping

SULAM SUJI 
THANK U TO ALL CUSTOMERS AND THANK U ALLAH 
Kain jenis satin rosella (tidak panas dan tidak mudah berkedut)
Bidang 60" 3.5m
Sulaman pada bahagian depan baju dan pergelangan tangan
Harga termasuk kos poslaju : RM130
SULAM SUJI 3
SOLD
SULAM SUJI 4
SOLD
SULAM SUJI 5

SULAM SUJI 6
SULAM SUJI 8
SOLD
SULAM SUJI 9
SULAM SUJI 10
SOLD

SULAM TULIP

Kain jenis satin rosella (tidak panas dan tidak mudah berkedut)

Bidang 60" 3.5m

Sulaman pada bahagian depan baju dan pergelangan tangan
Harga termasuk kos poslaju : RM130 
SULAM TULIP 2
SOLD
SULAM TULIP 10
SOLD



SULAM MENJALAR
Kain jenis satin rosella (tidak panas dan tidak mudah berkedut)

Bidang 60" 3.5m

Sulaman pada bahagian depan baju dan pergelangan tangan
Harga termasuk kos poslaju : RM130  


SULAM MENJALAR 2
SULAM MENJALAR 4
SULAM MENJALAR 10

CLEARANCE SALE

PENGHABISAN STOK Kain jenis kelly (tak panas dan tidak mudah berkedut)

Bidang 60" 3.5m
Sulaman pada bahagian depan baju dan pergelangan tangan
Harga termasuk kos poslaju : RM90 SAHAJA

SULAM BUNGA BINTANG MERAH CILI
SOLD
SULAM BUNGA BINTANG BIRU
SOLD
SULAM ROSES OREN
SOLD
SULAM MANIK BATU COKLAT
SOLD
SULAM MANIK BATU BIRU MUDA
SOLD
COTTON POLKADOT MAROON
SOLD
COTTON POLKADOT COKLAT

COTTON POLKADOT HITAM


CLEARANCE SALE

PENGHABISAN STOK
 Kain jenis cotton dobby (berat, sejuk, selesa dan tidak mudah berkedut)

Bidang 60" 3.5m
Sulaman pada bahagian depan baju dan pergelangan tangan
Harga termasuk kos poslaju : RM100 SAHAJA

COTTON DOBBY BIRU
SOLD
COTTON DOBBY KELABU
SOLD
SULAM COTTON PARIS KELABU
SOLD

















Thursday, October 24, 2013

Faedah Bersenam Ketika Mengandung..






Wanita hamil yang tidak mempunyai sebarang masalah atau komplikasi boleh melakukan senaman pada bila-bila masa mengikut kesesuaian jadual samaada pagi, tengah hari atau petang. Senaman pagi dan tengahari boleh dilakukan selama 15 - 30 minit mengikut kemampuan. Kadar denyutan nadi pula jangan lebih dari 120 sehingga 140 seminit (normal 100 hingga 110 denyutan nadi seminit)

Perkara asas senaman ketika hamil ialah secara sederhana seperti yoga, pilates, senaman keseimbangan badan, tai chi, berjalan dan berenang. Ia bukan sahaja lembut, tetapi turut memberi penekanan kepada teknik pernafasan yang sangat penting, khususnya kepada wanita hamil.

Antara faedah bersenam semasa hamil;

~ Meningkatkan pemulihan selepas bersalin. Mereka yang tidak bersenam mungkin memerlukan masa sekitar dua bulan untuk pulih, mereka yang bersenam mungkin kurang sebulan.

~ Mengurangkan kekejangan yang sering berlaku semasa mengandung

~ Mengurangkan risiko pertambahan berat badan selepas bersalin

~ Mengurangkan risiko perlu pembedahan semasa proses bersalin

~ Memudahkan proses kelahiran anak


Tuesday, October 22, 2013

TIPS Merawat Rambut...







~ Rawatan rambut dimulakan dengan mencuci menggunakan syampu.

~ Setelah itu, cuci rambut sebelum menyapu perapi. Jangan biarkan perapi terlalu lama.

~ Seterusnya, gunakan cream bath ginseng yang dilumur ke seluruh rambut untuk memperbaiki rambut yang rosak, menguatkan akar rambut selain mencegah keguguran rambut.

~ Kemudian, urutkan kulit kepala untuk melancarkan perjalanan darah serta mengembalikan kesegaran pada rambut. Urut perlahan-lahan ke seluruh kulit kepala.

~ Setelah siap diurut, stim rambut lebih kurang 15 minit sebelum mencuci semula rambut.

~ Seterusnya, sapukan tonik rambut pada seluruh rambut untuk membantu menghilangkan kelemumur, kegatalan kulit kepala serta menghindari rambut gugur.

~ Setelah itu, sapukan serum pada tapak tangan lalu gosok ia terlebih dahulu bagi memanaskannya sebelum menyapu ke akar rambut. Ia bertujuan melembutkan rambut.

Tuesday, October 15, 2013

Apa itu HIPOTENSI?


HIPOTENSI

Keadaan dimana seseorang diserang tekanan darah rendah lebih dari 90/60 mmHG. Tekanan darah rendah ini cukup merbahaya sehingga boleh menimbulkan gejala-gejala seperti pening, pitam dan pengsan. Apabila tekanan darah rendah ini berada di luar kawalan, darah tidak dapat memberikan oksigen dan zat makanan yang cukup untuk sel.

Apakah tindakan yang perlu dilakukan?

~ Kawal minda anda dan cubalah untuk berfikiran positif.
~ Penyakit ini boleh dikawal menerusi ubat-ubatan tertentu dan pemakanan yang seimbang.
~ Banyakkan mengambil air suam boleh mengatasi dehidrasi dan meningkatkan aliran darah dalam tubuh.
~ Berhati-hati dalam setiap pergerakan, misalnya bangun dari katil
~ Tarik nafas dalam-dalam selama beberapa minit dan ubah pergerakan dengan tersusun
~ Tinggikan badan semasa tidur untuk melawan kesan graviti
~ Amalkan pemakanan seimbang dan pelbagaikan menu harian anda misalnya buah, sayur, daging, ikan, ayam dan makanan lain yang seimbang.

Monday, October 14, 2013

5 Makanan Terbaik Untuk Kulit Anda...

Dalam tubuh kita terutamanya kulit juga memerlukan makanan yang sihat seperti protein, buah-buahan dan sayur-sayuran. Jadi, untuk memastikan kulit kita juga nampak cantik dan berseri, terdapat lima jenis makanan yang sihat untuk kulit anda.

1. BADAM
Mengambil segenggam badam sehari dapat meningkatkan kadar vitamin E dan ia merupakan antioksidan yang penting untuk kesihatan kulit dan melembapkan kulit kering. Selain itu, badam dapat melindungi kulit daripada penuaan, peradangan dan kanser kulit.

2. TEH HIJAU
Amalkan minum teh sebanyak tiga cawan sehari dapat membantu memberikan antioksidan pada tubuh anda. Bukan sahaja dapat mengelakkan penuaan tetapi dapat menghalang risiko kanser kulit.


3. BROKOLI
Ia kaya dengan vitamin A, C dan K. Vitamin A dapat mengurangkan keaktifan minyak pada kulit, vitamin C memberi antioksidan yang kuat dan vitamin K membantu mencegah lebam pada kulit.

4. IKAN
Contohnya makan ikan salmon atau ikan kod yang kaya dengan lemak Omega-3. Lemak Omega-3 membantu memelihara kulit, melembapkan dan memperbaiki kulit daripada penyakit. Ikan ini juga mengandungi vitamin D  yang baik untuk melindungi kulit daripada sinaran matahari. Bagi anda yang tidak menggemari ikan ini bolehlah menggantikannya dengan kekacang.

5. MINYAK BUNGA MATAHARI
Ia mengandungi lemak Omega-6 yang penting untuk mencegah kulit kering dan radang. Ia juga dapat membantu menjaga sel-sel tubuh dengan baik. Untuk mendapatkan kulit yang sihat, anda boleh mencuba masakan yang berasaskan salmon dicampur dengan brokoli dan letakkan sedikit minyak bunga matahari. Tentu menyelerakan dan menyihatkan.




Faktor, Penyebab & Gejala Hipotensi...


Faktor-faktor Hipotensi

~ Usia
~ Aktiviti harian misalnya merokok, pemakanan yang tidak seimbang, minum minuman keras dan sebagainya
~ Pendarahan tertentu
~ Jangkitan
~ Amalan ubat-ubatan tertentu
~ Kawalan emosi

Penyebab Hipotensi

~ Keadaan otot yang lemah
~ Dehidrasi dan ini ini menyebabkan pengurangan kandungan cecair dalam badan, misalnya muntah dan cirit birit
~ Kekurangan aliran darah iaitu pendarahan yang tidak dapat dikawal
~ Denyutan jantung yang agak cepat mahupun terlalu lambat

Gejala - gejala Yang Mungkin Akibat Hipotensi

~ Serangan jantung
~ Demam
~ Sakit dada
~ Angin
~ Cepat haus
~ Sukar untuk fokus
~ Mudah penat
~ Pening setiap kali menukar posisi tubuh
~ Pandangan mudah menjadi gelap
~ Tekanan yang melampau
~ Mual dan muntah

Sunday, October 13, 2013

Kebaikan EPAL HIJAU..


Mengamalkan epal hijau tidak akan mengundang tragedi teruk bahkan ia amat baik untuk kesihatan anda.
Sekiranya anda mula merasai tanda-tanda mendapat migrain seperti sakit kepala yang berpanjangan, kurangkan kesakitan itu dengan mengunyah epal hijau.

Menurut Alan Hirsh, pengarah The Taste Research Foundation di Chicago, epal hijau amat membantu penghidap migrain. Ia dikatakan mempunyai aroma harum tersendiri serta mampu membangkitkan "mood" ceria dan meredakan ketegangan yang dialami.


Thursday, October 10, 2013

Cinta Lebih BERMAKNA Tanpa TEKANAN...


1. Jangan terlalu serius dalam perhubungan
Sikap yang terlalu serius, tidak fleksibel dan terlalu mengawal boleh menimbulkan ketegangan. Relaks dan cuba nikmati setiap detik dengan lebih bermakna.

2. Elakkan terlalu mengawal perasaan pasangan anda
Ini boleh menimbulkan kebosanan dan konflik. Kepercayaan antara satu sama lain menjadi asas dalam perhubungan percintaan.

3. Jangan meletakkan kebahagiaan anda di tangan pasangan anda semata-mata
Menurut Abraham Lincoln, kebahagiaan terletak kepada cara seseorang itu berfikir. Kesilapan yang berlaku boleh menambahkan kelemahan individu. Tetapi jika individu berfikiran positif, kehidupan akan lebih gembira dan bahagia.

4. Jangan mengharapkan pasangan memenuhi segala impian dan kehendak
Pasangan anda tidak bertanggungjawab dalam menjamin kebahagiaan anda. Tetapi bagi pasangan yang bahagia, mereka bersedia untuk berkongsi segalanya dan tidak memaksa untuk mencapai impian.