Saturday, June 29, 2013

KAIN SULAM COTTON DOBBY...

ALL SOLD OUT...THANK U VERY MUCH TO ALL CUSTOMERS

KAIN SULAM COTTON DOBBY
RM120 only including poslaju..
stok kain terhad (ekslusif), sepasang sahaja setiap corak
bidang 60" 3.5m 
pm for more details ,012-6411953 (azila@intan)
stok tinggal 3 pasang sahaja, 4 pasang sudah terjual offline..

CD 01 SOLD

CD 02 SOLD

CD 03 SOLD

CD 04 SOLD

KAIN SULAM BUNGA BINTANG......

NEW ARRIVAL STOCKS
FOR SALE
KAIN SULAM BUNGA BINTANG
RM120 only including poslaju..
stok kain terhad (ekslusif), sepasang sahaja setiap corak
4 pasang sahaja lagi yang AVAILABLE..
bidang 60" 3.5m 
pm for more details ,012-6411953 (azila@intan)
ALL SOLD only two available SB02 & SB09

SB 01 SOLD

SB 02 AVAILABLE

SB 03 SOLD

SB 04 SOLD

SB 05 SOLD

SB 06 SOLD

SB 07 SOLD

SB 08 SOLD

SB 09 AVAILABLE

SB 10 SOLD

KAIN SULAM ROSES...

NEW ARRIVAL STOCKS
FOR SALE
KAIN SULAM ROSES 
RM120 only including poslaju..
stok kain terhad (ekslusif), sepasang sahaja setiap corak
4 pasang sahaja lagi yang AVAILABLE
bidang 60" 3.5m 
pm for more details ,012-6411953 (azila@intan)
ALL SOLD only two available SR03 & SR08

SR 01 SOLD

SR 02 SOLD

SR 03 AVAILABLE

SR 04 SOLD

SR 05 SOLD

SR 06 SOLD

SR 07 SOLD

SR 08 AVAILABLE

SR 09 SOLD

SR 10 SOLD

KAIN SULAM COTTON PARIS MANIK....

NEW ARRIVAL STOCKS
FOR SALE
KAIN SULAM COTTON PARIS MANIK
RM120 only including poslaju..
stok kain terhad (ekslusif), sepasang sahaja setiap corak
4 pasang sahaja lagi yang AVAILABLE
bidang 60" 3.5m 
pm for more details ,012-6411953 (azila@intan)
ALL SOLD only one available SCP08

SCP 01 SOLD

SCP 02 SOLD

SCP 03 SOLD

SCP 04 SOLD

SCP 05 SOLD

SCP 06 SOLD

SCP 07 SOLD

SCP 08 AVAILABLE

SCP 09 SOLD

SCP 10 SOLD

Thursday, June 27, 2013

4 PANDUAN Kekal Sihat Dan Aktif


BERSENAM SEKURANG-KURANGNYA LIMA KALI SETIAP MINGGU

Bersenam dapat membantu meningkatkan metabolisme dan peredaran darah. Secara tidak langsung, ia membantu dalam memperbaiki sistem keimunan dengan mempercepatkan kelancaran nutrien yang diperlukan oleh badan untuk menentang patogen.

Hanya dengan berjalan selama 20 minit, lima kali seminggu dapat membantu memelihara kecergasan tubuh badan secara keseluruhannya

HIDUP BEBAS DARI BAKTERIA

Bagi mereka yang gemar ke gimnasium, pakai seluar yang longgar dan tidak terlalu ketat di kawasan kelangkang. Aktiviti berlari sememangnya akan mengeluarkan peluh yang banyak.

Oleh itu, pakaian dalam yang dipakai haruslah mampu menyerap peluh dan kelembapan dengan baik. Peningkatan suhu badan dan peluh semasa bersenam menyebabkan bakteria lebih mudah untuk menyerap.
Pakaian dalam yang terbaik ialah yang dibuat dari gentian asli seperti kapas, dan bukannya kain sintetik.

CUCI DAN LAP DENGAN CARA BETUL DARI DEPAN KE BELAKANG

Cara yang betul untuk mengelap selepas membuang air kecil turut mempengaruhi dalam mengelakkan UTI. 

Pastikan anda mengelap dari bahagian depan, kemudian ke belakang untuk menghalang penyebaran bakteria usus dari dubur ke saluran kencing selepas membuang air kecil.

BUANG AIR KECIL SEBAIK SELESAI MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS

Satu amalan yang terbaik yang boleh dilakukan untuk menghalang UTI ialah membuang air kecil selepas melakukan hubungan seks, kerana ia dapat mengeluarkan sebarang bendasing dan bakteria, dan menghalang jangkitan di dalam saluran kencing.

 
  

 

Wednesday, June 26, 2013

5 SARANAN "SIMPLE" Untuk Kawal Berat Badan


SARANAN PERTAMA

Tetapkan ambil sarapan yang berpatutan setiap pagi

SARANAN KEDUA

Tetapkan atur waktu makan yang tepat, 6 kali sehari

SARANAN KETIGA

Pelbagaikan gizi seimbang dengan mengambil semua jenis sumber zat dalam menu harian

SARANAN KEEMPAT

Minum 8 gelas air kosong sehari

SARANAN KELIMA

Lebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan serta elakkan makan lemak berlebihan




Monday, June 24, 2013

7 Garis Panduan Makanan Yang SIHAT...

Garis panduan makanan ini dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan boleh anda jadikan panduan untuk mengetahui apa yang sepatutnya anda makan untuk memastikan kesihatan terjamin.



1. Makan pelbagai jenis makanan dengan kandungan pelbagai zat makanan seperti karbohidrat, protein, garam galian dan juga air.

2. Amalkan juga pemakanan berserat

3. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk membekalkan lebih serat dalam tubuh.

4. Imbangkan pengambilan makanan dengan aktiviti fizikal.

5. Pilihlah makanan yang mengandungi lebih banyak bijirin dan juga kekacang.

6. Berusaha memilih makanan rendah kalori dan kolesterol.

7. Elakkan mengambil makanan kaya gula dan garam yang terlalu tinggi seperti kentang goreng.

8. Minum air dalam jumlah yang banyak.


Sunday, June 23, 2013

5 TIPS Melangsingkan Tubuh Tanpa Terlalu TERTEKAN...


Ingin melangsingkan badan dan rasa tertekan memikirkan cara yang sesuai?
Relaks, tenangkan diri anda dan jauhkan dari tekanan yang boleh menyukarkan lagi proses menurunkan berat badan. Disini ada 5 TIPS Untuk Melangsingkan Tubuh Tanpa Rasa Terlalu Tertekan...

1. Setiap hidangan perlu ada sumber protein, karbohidrat, lemak dan sejumlah serat. Untuk sarapan pagi anda boleh mengambil sebiji epal bersama yogurt rendah lemak.

2. Jangan kira jumlah kalori yang masuk. Sebaiknya kurangkan saiz makanan yang anda ambil. Elakkan memotong kemasukan kalori secara drastik kerana ia akan menurunkan kadar metabolisme tubuh. Jika anda mahu mengurangkan kemasukan kalori dari 2500 kepada 2000 kalori sebaiknya anda fokus kepada saiz makanan sekitar 20 peratus yang biasa anda makan.

3. Dengar sahaja perkataan diet, anda pasti membayangkan pelbagai makanan yang melazatkan harus dipisahkan daripada menu diet. Seharusnya, anda tidak perlu menghindarinya. Sebaliknya, beri perhatian kepada kuantiti yang sedikit dan terkawal.

4. Pastikan kalori yang masuk adalah daripada makanan bukan minuman. Sebotol minuman soda mengandungi kira-kira 150 kalori. Gantikan dengan pengambilan air kosong secukupnya.

5. Diet anda akan lebih efektif jika disertakan dengan senaman dan aktiviti kecergasan. Sesuaikan aktiviti dengan diet. Fokuskan minda bahawa anda mahu kelihatan bagaimana. Elakkan fokus kepada berapa berat yang ingin diturunkan sebaliknya fikir berapa inci yang mahu diturunkan bukan berapa kilogram.

Tuesday, June 18, 2013

Info Senarai Makanan TINGGI LEMAK dan RENDAH LEMAK

MAKANAN TINGGI LEMAK
  • KAMBING DAN DAGING LEMBU
  • SEMUA JENIS DAGING BERLEMAK
  • SUSU PEKAT PENUH KRIM
  • MENTEGA DAN KEJU
  • LEMAK MASAKAN DALAM SAYURAN
  • KELAPA, SANTAN DAN MINYAK SAYURAN
  • SOSEJ DAN BURGER
  • KRIM SALAD DAN MAYONIS
  • MAKANAN BERGORENG
 MAKANAN RENDAH LEMAK
  • TAUHU, KEKACANG DAN TEMPE
  • BIJIRIN SARAPAN SEPERTI GANDUM DAN OAT
  • SUSU SEGAR DAN RENDAH LEMAK
  • KEJU RENDAH LEMAK
  • BUAH-BUAHAN
  • IKAN 
  • NASI, ROTI, MI DAN BIJIAN
  • KRIM SALAD RENDAH LEMAK DAN JUS LEMON
  • MAKANAN KUKUS, REBUS DAN BAKAR

Sunday, June 16, 2013

Apa itu "Gila Meroyan" Selepas Bersalin atau "Postpartum Blues" ?

Detik kelahiram cahaya mata sepatutnya sangat membahagiakan, namun terdapat ibu-ibu yang mengalami kesan emosi selepas melahirkan bayi..

Terdapat 3 jenis kesugulan atau kemurungan yang boleh berlaku selepas bersalin,

1. MATERNITY BLUES

Serangan singkat yang berlaku beberapa hari selepas melahirkan bayi terutama ketika emosi wanita itu dalam keadaan kacau.
Kebanyakkan berlaku seketika dan ia dianggap normal dan tidak memerlukan rawatan.
Boleh dikatakan kebanyakan ibu dalam pantang mengalami maternity blues terutama jika ibu dalam keadaan rungsing dan memikirkan bukan-bukan.

2. PUERPERAL PSYCHOSIS

Dalam 500 wanita bersalin, hanya seorang sahaja yang terkena serangan puerperal phychosis
60 - 80 peratus ibu-ibu yang melahirkan anak akan mengalami perubahan emosi pada hari ketiga hingga hari kelima selepas bersalin.
Ia akan berkurangan selepas lebih sepuluh hari selepas bersalin dan akhirnya emosi mereka kembali kepada sediakala.
Ia boleh berlaku selepas kelahiran pertama dan seterusnya kerana setiap kelahiran berbeza.

TIP MEMBANTU MASALAH INI..

* Lakukan persediaan dengan mempelajari tanggungjawab sebagai ibu bapa dari kawan-kawan, keluarga atau bahan-bahan bacaan sebelum mengandung

* Pastikan anda mendapat bantuan daripada suami, ahli keluarga yang lain untuk memberi sokongan emosi sekiranya anda merasa tertekan.

* Dapatkan bantuan orang lain untuk menguruskan kerja-kerja seharian dan membantu penjagaan bayi dan anak anda yang lain semasa tempoh berpantang.

* Rehat mencukupi adalah penting. Ambil udara segar di luar rumah walaupun sedang berpantang.

* Beri masa untuk diri sendiri

* Amalkan pemakanan yang berkhasiat untuk kembali cergas.


Friday, June 14, 2013

Apa PUNCA Postpartum Blues atau "Gila Meroyan" Selepas Bersalin?


1. Penurunan tahap hormon estrogen dan progesteron secara mendadak (hormon penting untuk kawalan emosi)

2. Rasa kecewa kerana bayi yang banyak meragam dan sukar tidur

3. Keletihan yang tidak surut selepas melahirkan bayi

4. Sikap sambil lewa suami (tidak peduli perasaan isteri)

5. Tidak bijak mengawal emosi dan tidak mempunyai pengetahuan cukup untuk menjaga anak (terutamanya yang melahirkan bayi sulung)

6. Wanita bersalin jauh dari ibunya

7. Masalah sekeliling ( baik dengan keluarga, kerja di pejabat dan lain-lain)

8. Mudah merasa bosan

9. Bayi kurang sihat

10. Kegagalan menyusukan bayi

11. Takut memulakan hubungan kelamin

" Pastikan anda mengandung dalam keadaan GEMBIRA. JANGAN MUDAH RISAU. Semua orang ada masalah, selesai dan kongsikan dengan orang lain.
JIKA TIADA MASALAH. anda TIDAK AKAN mempunyai masalah ketika melahirkan.
Penurunan hormon secara mendadak akan menggalakkan masalah gila meroyan"

- Dr Siti Esah  -

Thursday, June 13, 2013

SEJUKKAN HATI Untuk Turunkan Kadar Gula Darah


BELAJAR UNTUK MENYEJUKKAN HATI DAN MENGURANGKAN TAHAP STRESS membantu mengurangkan gula ke tahap yang sihat, saranan daripada pakar Medical University of Ohio.

Kajian yang dilakukan ke atas 30 pesakit diabetes selama 10 minggu mendapati pesakit yang menjalani latihan pengawalan stress lebih relaks dan berjaya menurunkan kadar gula dalam darah berbanding bulan sebelumnya.

Hal ini membawa kepada pengurangan risiko serangan jantung, buta dan kerosakan saraf.

Menurut Ronald McGinnis, MD, ketua kajian tersebut, stress merangsang hormon yang meningkatkan gula darah. Oleh itu, pengawalan stress yang baik dan hati yang sentiasa tenang membantu anda lebih sihat.



Thursday, June 6, 2013

Cara Mudah BAHAGIAKAN Diri Anda.....


Penuhkan aktiviti anda setiap hari. Jangan biarkan masa terbuang begitu sahaja. Lakukan apa yang anda ingin lakukan jika ia bagus untuk diri dan membahagiakan anda.

Semua ini dapat mengelakkan diri daripada memikirkan mengenai makanan apabila bosan. Oleh itu, masa juga berlalu dengan gembira dan ceria.

Perasaan begitu cukup membantu merealisasikan program diet anda....