Thursday, May 23, 2013

Awasi 3 PERKARA Untuk Hidup Lebih Sihat........


1. HINDARI GARAM DAN LEMAK BERLEBIHAN
Terlalu banyak garam dan lemak dalam makanan menyebabkan tekanan darah tinggi dan kemungkinan kejadian strok dan diabetis. Biasakan makan lima sajian buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.

Pakar kesihatan menyatakan bahawa makan sekurang-kurangnya 400 gram buah dan sayuran setiap hari boleh menurunkan risiko masalah kesihatan yang serius seperti jantung, strok, diabetes dan obesiti.

2. KAWAL BERAT BADAN
Banyak manfaat kesihatan dari berolahraga untuk menjaga keseimbangan badan. Kegiatan-kegiatan harian seperti berjalan, berbasikal mahupun kerja-kerja rumah dan tempat kerja boleh menurunkan risiko penyakit kronik utama seperti penyakit jantung koroner, strok dan diabetis sehingga 50 peratus.

Mulakan aktiviti-aktiviti menyenangkan dan praktis untuk membantu tubuh bergerak sekaligus menggalakkan pembakaran lemak secara semulajadi.

3. JAUHI ALKOHOL
Tabiat buruk ini hanya memberi pelbagai masalah kesihatan jangka panjang, terutamanya kanser. Mereka yang sering minum alkohol juga terdedah risiko serangan strok lebih awal.

Justeru, jauhi sama sekali minuman ini sebaliknya minum lebih banyak air putih.

Wednesday, May 22, 2013

Mudah PANIK? Atasi Dengan 5 Langkah Mudah...

 

Apabila anda diserang panik, belajarlah untuk RELAKS..
Ada beberapa cara dan teknik untuk menenangkan diri anda..

1. Duduk atau berbaring dan pejamkan mata
Biarkan rahang terbuka, kelopak mata relaks tetapi tidak tertutup rapat.

2. Visualkan tubuh anda secara mental
Bermula dari hujung kaki, naik perlahan-lahan ke betis, paha, punggung, tubuh, lengan, jari, leher dan kepala. Fokus pada setiap bahagian dan cari bahagian yang mengalami ketegangan. Visualkan bahawa ketegangan itu mengalir keluar dari tubuh.

3. Regangkan otot-otot di satu bahagian tubuh
Regangkan otot dalam kiraan 5 dan relaks. Pindah ke otot lain seperti bahu, muka, lengan, kaki dan punggung. Ini cara yang baik untuk melepaskan ketegangan.

4. Biarkan semua fikiran bersatu tetapi jangan fokus
Katakan kepada diri anda sendiri bahawa anda sedang relaks dan tenang. Tangan anda berasa hangat, jantung berdegup normal dan berasa damai.

5. Bernafas perlahan, teratur dan dalam
Bayangkan anda di tempat yang paling anda gemari, indah dan tenang. Setelah 5-10 minit, kembalilah ke keadaan asal secara perlahan.



Tuesday, May 21, 2013

CARA PEMBELIAN MELALUI SMS

CARA ORDER & PEMBELIAN MELALUI SMS

1. SMS kod kain yang anda inginkan ke 012-6411953    
2. Nyatakan nama & alamat untuk tujuan POSLAJU dan pilih samaada nak buat bayaran melalui MAYBANK, CIMB atau PUBLIC BANK 
 3. No akaun akan diSMS kepada anda (no akaun hanya diberikan pada serious buyer sahaja)  
4. Selepas anda lakukan pembayaran, sila inform pada saya
5. Barang akan diposlaju secepat mungkin, dan selepas barang dipos tracking number akan diberikan.
TERIMA KASIH

Monday, May 20, 2013

Kebaikan AEROBIK...





Aerobik bukan sekadar gabungan senaman dan tarian. Latihan aerobik yang terbaik termasuklah berlari, berjogging, berbasikal dan berjalan.

KEBAIKANNYA?


  • Meningkatkan respitori kardio
  • Menguatkan jantung
  • Memperbaiki perjalanan darah
  • Mengurangkan tekanan darah
  • Mengurangkan kadar kolesterol tidak baik
  • Memastikan kelenturan tubuh
  • Mencantikkan otot dan postur


Wednesday, May 15, 2013

Kaitan Antara KEGEMUKAN Dan KEMURUNGAN...


Kajian yang dijalankan ke atas 9000 orang dewasa di Amerika Syarikat mendapati bahawa terdapat hubungan yang kuat antara kegemukan dengan kemurungan.

Hasil kajian ini diterbitkan oleh Archives of General Psychiatry, pimpinan Dr. Gregory Simon, seorang peneliti di Group Health Cooperative, Seattle, Amerika Syarikat. 

Satu pertiga populasi orang dewasa di AS mengalami kegemukan. 

Daripada jumlah ini, 10 peratus daripadanya mengalami masalah kemurungan iaitu hampir 21 juta orang dewasa setahun.



7 Makanan SEDAP Untuk Melawan SELULIT..


1. Protein yang diperolehi daripada ikan, isi ayam dan kekacang. Makanan ini juga kaya dengan kandungan asid amino yang mana dapat membantu memerangi water retention.

2. Avokado kaya dengan anti-oksidan dan baik untuk kulit. Ia juga mengandungi lemak baik yang dapat membantu tubuh membakar lemak dengan lebih pantas.

3. Buah beri biru, anggur dan raspberi adalah antara buah yang tinggi kandungan anti-oksidan.

4. Telur sangat kaya dengan agen detoks.

5. Bijrin bran dan oat boleh dijadikan pilihan sarapan terbaik. Ia membantu merangsang kadar metabolisme dan tinggi serat yang memudahkan proses pelangsingan badan.

6. Tembikai, timun, seleri dan asparagus adalah pilihan untuk membantu mengurangkan masalah water retention. Ia menggalakkan proses detoksifikasi tubuh.




7. Buah-buahan sitrus, nanas dan betik mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi.




Sunday, May 12, 2013

DIET 30 HARI DENGAN OAT....


HARI 1-7
Tujuh hari pertama, anda disarankan mengambil setengah cawan oat setiap kali waktu makan. Amalkan makan bersama susu rendah lemak dan pastikan pengambilan kalori anda setiap hari adalah antara 900 - 1200 kalori sehari.

HARI 8 - 30
Selesai tujuh hari pertama, anda disarankan meneruskan sehingga sebulan, sekurang-kurangnya secawan oat sehari.

Jika anda mengambil oat segera, pastikan kadar lemak dan gula pada setiap paket mengandungi kurang dari 60 peratus dari jumlah keseluruhan makanan.
Pastikan juga kalori anda antara 1000-1300 kalori setiap hari.

Bosan mengambil oat setiap hari, anda boleh selitkan kudapan sihat di setiap tiga kali makan oat. Cuba tambah strawberi, beri biru, pisang, epal, oren serta anggur. 

HARI 30 DAN SETERUSNYA
Usai diet 30 hari, perlahan-lahan kurangkan oat untuk hari seterusnya.
Terapkan hanya satu kali oat setiap hari dan mula perkenalkan tubuh dengan daging rendah lemak.
Walaupun begitu, pastikan bahawa sayuran dan buah tetap dijadikan pilihan diet anda setiap hari.

Tuesday, May 7, 2013

5 TIPS Mudah Untuk SIHAT...


LANGKAH SATU
Tetapkan ambil sarapan pagi yang berpatutan setiap pagi.

LANGKAH DUA
Tetapkan atur waktu makan yang tepat, 6 kali sehari.

LANGKAH TIGA
Pelbagaikan gizi seimbang dengan mengambil semua jenis sumber zat dalam menu harian.

LANGKAH EMPAT
Minum 8 gelas air kosong setiap hari.

LANGKAH LIMA
Lebihkan sayuran dan buah-buahan serta elakkan makan lemak berlebihan.


Thursday, May 2, 2013

Mengapa Perlu BERDIET atau MENJAGA PEMAKANAN?


Sebab kebanyakan orang berdiet tentulah untuk KURUS...
Namun itu cuma sedikit manfaat sahaja, jika anda mengamalkan diet yang sihat dan seimbang, berikut adalah MANFAAT yang akan diperoleh;

1. Kadar kolesterol yang rendah atau kekal pada tahap yang selamat.

2. Sistem imunisasi diperbaiki.

3. Sistem tenaga semakin baik.

4. Tenaga dan kekuatan makin meningkat.

5. Kulit, gigi dan tulang bertambah sihat dan kuat.

6. Risiko penyakit jantung, diabetes dan beberapa penyakit kronik lain dapat diturunkan.


Wednesday, May 1, 2013

SABARLAH SEDIKIT......

Ramai yang mahu berdiet tapi tidak sabar dan mahu hasilnya nampak SEGERA...
Buat apa-apa pun haruslah bersabar. Diet sihat memang berkesan tetapi ia mengambil sedikit masa untuk menunjukkan hasilnya. Jika mahu turun berat badan secara sihat, DIET SEIMBANG dan SENAMAN adalah dua perkara yang wajib dilakukan.

Ingat, KONSISTEN adalah kunci kejayaan...Oleh itu, teruskan usaha anda dan JANGAN MUDAH PUTUS ASA.....