Thursday, November 24, 2011

Petua - petua Tradisional Mengurangkan Berat Badan.

SUCIKASIHCOLECCTION


Ini adalah petua-petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menurunkan berat badan..Petua ni saya dapat daripada majalah RAPI BIL.62 keluaran 15 FEBRUARI 2007...
Jika anda seorang yang rajin mengamalkan petua-petua tradisional, mungkin anda boleh mencuba petua-petua ini;


1.MINUM AIR LIMAU NIPIS
CARANYA: Sediakan 2 biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya dalam gelas berisi air sejuk, masukkan dalam peti ais. Jadikannya minuman anda setiap kali selapas makan tengahari dan malam.

2. MINUM AIR ASAM JAWA
CARANYA: Ambil sebuku asam jawa dan ramas dalam segelas air. Masukkan dalam peti sejuk dan jadikan minuman selepas makan tengahari dan malam. (ps:saya dah pernah cuba cara ni, rasa sakit perut dan akan buang air besar lepas minum) 

3. MINUM TEH CINA/TEH HIJAU
CARANYA: Jika anda tak berminat minum air limau atau air asam jawa, anda mungkin boleh mencuba teh cina. Bancuh seuncang teh cina, tambahkan serbuk kayu manis dan madu. 

4. NAK LANGSINGKAN BADAN SELEPAS BERSALIN
CARANYA: Ambil 5 halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemua bahan sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.(ps: kalau tiap-tiap hari makan macam ni, memang boleh kurus rasanya)

5. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT
CARANYA: Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah diperah jusnya. Gaulkan bersama dan lumurkan di bahagian perut sebelum tidur, biarkan kering sampai pagi.

6. NAK KURANGKAN PERUT BUNCIT LAGI! 
CARANYA: Campur perahan air limau nipis bersama teh tanpa gula. Amalkan minum setiap hari.

SELAMAT MENCUBA petua-petua yang telah disenaraikan. Nak tahu berkesan ke tak kenala cuba sendiri..mana tahu anda boleh jadi kartun kat bawah ni...


Makan MALAM tapi tetap LANGSING?



Makan malam memang boleh merosakkan DIET anda dan membuatkan anda RASA BERSALAH. Namun ada beberapa tips yang anda boleh lakukan untuk menghilangkan rasa bersalah anda.

1.  Minum 2 Gelas Air Putih
 Setelah makan malam, minum 2 gelas air putih kerana air putih dapat melarutkan lemak dalam badan.

2. Minum secawan teh tanpa gula
Teh dapat melancarkan pencernaan. Ini kerana kafein dan polifenol yang terdapat dalam teh dapat melancarkan proses pencernaan dan melarutkan lemak dalam makanan.

3. Makan sebiji EPAL
SERAT yang terkandung dalam epal dapat menurunkan kadar kolesterol darah. Selain serat, VITAMIN C berfungsi sebagai antioksidan yang mencegah LDL (lemak jahat)

4. Jangan terus TIDUR!
Cuba lakukan aktiviti yang menyihatkan sebelum anda tidur contohnya mengelap dan mengemas dapur. sekurang-kurangnya dapat mengeluarkan peluh dan mengurangkan kalori dalam badan.

5. SENAMAN Pagi
Selepas bangun tidur, mulakan senaman ringan dalam 30 - 45 minit. Aktiviti ini sangat baik untuk membakar kalori dan membuang lemak tubuh. 

Minuman Berserat Boleh Kurangkan Berat Badan? Betul ke?





Ramai beranggapan sebiji buah atau semangkuk sayur hijau sudah cukup untuk keperluan serat harian.
Anggapan ini sebenarnya salah. Jumlah serat yang lengkap sehari adalah 20-30 gram.Sebiji buah atau semangkuk sayur-sayuran hanya mengandungi 5-10gram serat sahaja.

FUNGSI SERAT
Serat adalah agen utama yang membantu usus menjalankan proses pencernaan dengan sempurna. Selain menjamin kesihatan, serat juga membantu meningkatkan kesihatan dalaman tubuh. Serat juga memperlahankan sistem pencernaan dan penyerapan makanan. Glukosa dalam makanan akan masuk ke sistem pembuluh darah dan memastikan kandungan gula darah sentiasa berada pada tahap memuaskan gula dalam darah

JENIS- JENIS SERAT
SERAT TIDAK LARUT- Berfungsi dalam penyerapan dan pembuangan toksin.
SERAT LARUT- Juga berfungsi dalam penyerapan dan pembuangan toksin, tetapi mempunyai fungsi tambahan iaitu memberi paras keupayaan dan menstabilkan paras gula dalam darah dan mengurangkan kolesterol serum, Serat larut juga membantu mencegah penyakit seperti diabetes, sakit jantung dan tekanan darah tinggi.

KEBAIKAN MINUM SERAT

1. Membantu memudahkan proses pencernaan dan meningkatkan kekerapan membuang air besar.



2. Memperbaiki pembiakan mikroflora yang baik dan mengekalkan kesihatan saluran dalaman tubuh.



3. Membantu mengurangkan pengumpulan bahan-bahan yang tidak diperlukan tubuh, khususnya organ dalaman.


YANG PERLU ANDA TAHU:
Serat hanya boleh diperolehi dari tumbuh-tumbuhan. Tidak kira betapa enak atau rangup produk berasaskan haiwan yang anda makan , ia langsung tidak mengandungi serat termasuklah pada tulang mahupun kulit telur!



3 Tanda Anda Salah BERDIET!!!!


1. MENGURANGKAN TERLALU BANYAK KALORI

Jika anda mengurangkan sehingga 500 kalori sehari, anda memaksa tubuh berlapar. Ini kerana tubuh memerlukan banyak kalori untuk berfungsi dengan sempurna. Menurunkan kalori dengan drastik mungkin boleh menyebabkan anda mengalami masalah kesihatan yang lain seperti letih, pening, sakit kepala, penyusutan tulang dan hipotermia.
 


Pengurangan terlalu banyak kalori juga menurunkan metabolisme menyebabkan pembakaran kalori berlaku lebih lambat.


2. PIL DIET

Pil diet merupakan jalan pantas mengurangkan berat badan namun kesan jangkamasa panjangnya boleh membawa mudarat. Pil diet kadangkala tidak dikenalpasti kandungannya malah ada orang pernah terkena serangan jantung kerana mengambil pil diet.
 
3. FAD DIET
Diet jenis ini meninggalkan kelas makanan tertentu dan makan sesetengah kelas makanan tertentu sahaja. Contohnya anda makan protein tetapi mengelakkan karbohidrat.  

Diet yang sesuai adalah diet yang mengandungi semua jenis kelas makanan iaitu karbohidrat, protein, lemak, serat, vitamin, garam mineral dan air agar tubuh bukan sahaja mendapat berat ideal malah sihat. Yang penting adalah memastikan jumlah makanan yang diambil sesuai dengan keperluan badan dan makan secara sederhana adalah kunci utama untuk mengawal berat

Fakta Tentang Serat.


1. Diet yang bagus mesti mengandungi sekurang-kurangnya 25 - 30 gram serat dalam sehari. Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menganbil 1/3 daripadanya.

2. Rakyat Amerika mengambil kira-kira 10 peratus serat sahaja. Statistik ini masih kekal sejak 100 tahun lalu.

3. Bran mempunyai kandungan serat tertinggi, kira - kira 25 - 45 peratus.

4. Serat membantu melembutkan najis dan memudahkan pembuangannya. 


Senarai di bawah ini boleh dijadikan panduan untuk mengukur jumlah pengambilan serat harian anda

Bakar Kalori Dengan Kerja Rumah?


 KERJA RUMAH                          KALORI DIBAKAR DALAM 1 JAM 

Membersihkan habuk                                   173.6

Mengecat dinding ruang tamu                      66

Berkebun                                                       287.8

Mengelap lantai                                            193.7

Mencuci kereta                                              234

Membersihkan tingkap                                 180.3

Seterika Baju                                                113.2
(5 helai dalam 1 masa)

Memasang kertas dinding                            133.2

Mendaki naik dan turun tangga                   516.3

Membersihkan habuk                                  193.7
(Mesin hampagas)

Gula Buah Boleh Cepatkan Proses OBESITI...


FRUKTOSA, gula yang ada pada buah, madu dan pemanis dalam tin.
Pengkaji menyatakan gula ini membuatkan tubuh sering berasa lapar dari yang sebenarnya dan membuatkan orang makan lebih banyak dari yang diperlukan.
Ini membuktikan bagaimana makanan manis menyebabkan orang menjadi obes.

Dengan kajian yang dilakukan pada tikus, pengkaji dari Universiti Florida mengenalpasti FRUKTOSA sebagai satu tindakbalas biokimia yang menyebabkan pertambahan berat badan dan sindrom metabolisme.

FRUKTOSA juga mampu meningkatkan asid urik dalam darah.

Makan 5 Kali Sehari Untuk Kurus?


Makan 5 kali sehari? Banyaknya...Mungkin ada yang terkejut dengan statement ni...
Menurut Majalah Rapi BIL.27 edisi 1 SEPTEMBER 2005, 

Untuk mengurangkan lemak, mesti makan lebih kerap. 
Makan setiap 3 jam sekali, contohnya pukul 7 pagi, 10 pagi, 1 tengahari, 4 petang dan 7 malam.
 
Makan ikut sukatan keperluan tubuh anda. (Jangan makan terlalu banyak setiap kali, makan kerap tapi dalam kuantiti kecil)
Metabolisme badan akan meningkat...
CUBALAH!!!!